Tak kisahlah, Mommy dia bau Gucci Flora ke? Bau Miracle ke? Bau Paco Rabbane ke? Mahupun sekali bau ashemm ke? Ha ha ha..... Hakikatnya, dia akan tetap kenal dengan bau badan maknya nih! Kisah tidur... Iyalah kadang-kadang Mommy lewat sampai di rumah. Kadang-kadang, bila dia dah tidur lena, tidur nyenyak di waktu malam, baruuu mak dia ni muncul di muka pintu rumah. Nak buat macam mana kan? Banyak agenda yang perlu diselesaikan.
Owhhh, tapi kan, Ash memang faham... Dari Isnin bawa ke Jumaat, waktu untuk kami bersama memang agak terhad. Sebab tu lah kalau Sabtu, Ahad... memang fokus pada dia sahaja. Benda lain memang akan jadi prioriti kedua, ketiga dan seterusnya. Kecuali kalau ada acara2 yang berkait dengan blog yang perlu dihadiri. (Kalau ada yer? Bukan sentiasa ada). Kadang-kadang. :-).
Nak dijadikan cerita, walau selena mana pun dia tidur, jika dia membelakangi Mommy dia di tilam. Secara automatik, bila Mommy meluruskan pinggang di atas tilam sahaja, daripada posisi membelakangkan Mommy dia akan terus berpusing menghadap Mommy walaupun mata dia terpejam rapat. Sehinggalah situasi menjadi seperti ini:
Manja sangat kannn? Tapi sepertimana yang dinyatakan di dalam gambar di atas, memang indah sangat perasaannya weiii. Esok-esok anak dah besar pasti rindu oiii dengan "moment" indah ni. Ye lah, tak selamanya akan tidur dengan anak begini. Tiba masa harus dipisahkan tidurnya juga, yer tak? :-).
Dia boleh tau bau Mommy walaupun dalam tidur yang lena. Eratnya "bonding" antara ibu dan anak, eksklusifnya pertalian ibu dan anak. Kuatnya hubungan ibu dan anak. Semoga berkekalan sehingga ke akhirnya. In Shaa Allah. Amin.
![]() |
Sumber dari Google |

Sweetnye :) Naluri anak, naluri ibu..
ReplyDelete:) amin..amin..amin...moga Ash sentiasa ingat mommy walau pun dah ada keluarga sendiri kelak..
ReplyDeleteAnak saya yang perempuan selalu macam ni dengan saya. Yang lelaki .. kaki naik atas kepala ada la .. hahahaha
ReplyDelete