Cadar Kalis Air Untuk Potty Training???

Farah Waheda Wahid
8

Sekali pandang memang tiada bezanya dengan cadar-cadar biasa, akan tetapi ini adalah cadar kalis air. Ala... Tak perlu nak hairan pun... Memang ada dijual di pasaran. Kalau susah sangat nak cari, Google ajer! Kalau "keyword" pencarian anda adalah "waterproof mattress", anda pasti ketemu jawapannya. Memang ini adalah salah satu "tools" untuk "potty training". Memang ada yang menyarankan penggunaan cadar kalis air ni. Farah sendiri dah lebih dari 5 kali bercerita tentang "potty training" dan juga perkembangan "potty training" Ash di Bubblynotes.Com. Memang kini, sejak lebih kurang 2 bukan kebelakangan ini, Farah lebih agresif melatih tandas Ash. Secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringat. Setakat ini ia menunjukkan perubahan yang positif dari semasa ke semasa. 

Sebenarnya belum merancang untuk membeli lagi cadar kalis air ni. Cumanya, agaknya mungkin rezeki Ash apabila ada insan bermurah hati menghadiahkan cadar kalis air ini untuk Ash. Terima kasih yer? Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik kamu dan kamu dimurahkan lagi rezeki oleh Allah SWT. 


Corak kegemaran Ash pula tu dan kualiti kainnya memang bagus. Lembut serta selesa. Apakah perbezaannya dengan cadar biasa? Mari lihat bagi yang belum pernah melihat atau bagi yang belum tahu. 


Inilah rupa di belakang cadar kalis air itu dan ianya tidaklah keras yang boleh menjadikan anak tidak selesa. Lembut jer dan selesa pula tu. Bagus juga nih! Sebagai langkah persediaan supaya tidak perlu mengangkat tilam untuk dijemur ataupun supaya tilam tidak dibiarkan sebegitu sahaja berbau hancing serta basah kemudian disembur Febreeze. Nak mengangkat tilam tu borek oiii... Mau terbuka jahitan perut kakak ni karang! Mintak simpang... 

Boleh dicuci dan digunakan semula yang mana sekurang-kurangnya kita tahu yang kebersihannya akan tetap terjaga. Tak perlu risau lagi sekiranya tilam basah dengan air kecil anak. Sebab dah ada als yang khas. Ash pun bolehlah tidur malam "berangin" sikit kannn? Ha ha ha... Maksudnya tidak dipakaikan lampin pakai buang. Jimat jimat jimat selagi boleh jimat. Dannn... Memang Farah buat "test run" pun malam semalam. Ajaran turun-temurun dari kakak-kakak sepupu dan Nek Ma Ash sendiri, serta kawan-kawan yang rapat dengan Farah, malam sebelum tidur, sila bawa anak ke tandas dahulu. Biasakan anak untuk buang air kecil sebelum tidur. 2 jam sebelum tidur, berhenti seketika dari memberi susu ataupun air suam. 

Dengan penuh tawakal dan doa, :-)... Ashhh, malam ni Ash tidur jangan pakai lampin pakai buang yer? Ha ha ha... Memang sudahnya Mommy dia bukan tidur sangat... Sekejap sekejap dok perhati dan rasa cadar, sekejap sekejap dok perhati dan rasa cadar. Ash tidur pada jam 10.45 malam semalam. Cuba teka sehingga jam berapa cadar kalis air kekal bersih dan tidak basah? Jeng jeng jeng... Yang mampu buat Mommy tersenyum girang di atas perkembangan yang positif itu... Sehingga lebih kurang jam 3.55 pagi... Bermakna hampir 6 jam tidur tanpa lampin pakai buang... Itu pun dah cukup baik dah tu pada Farah bagi usia kanak-kanak 2 tahun 3 bulan kan? 

Bila dah basah, bersihkan Ash dengan kain tuala yang telah dibasahkan, salinkan pakaian sambil mata masih lena terpejam, pakaikan lampin pakai buang semula dan alihkan cadar kalis air tersebut. Dia masih tidur dengan lena. Ha ha ha... Tak apa pelan-pelan kita kayuh yer Ash? Sikit jer lagi sikit jer... Ini bukan namanya memaksa anak tetapi kita berusaha sahaja... Manalah tau kot-kot boleh diceraikan lampin di usia awal kan? Tak cuba tak tahu kan? Kalau dah cuba baru tau walaupun ada yang yakin sangat percubaan ini akan gagal... Ha ha ha... In Shaa Allah, dengan kesabaran yang maha tinggi pada diri sendiri dan kuasa Allah, kalau Allah izinkan jadilah ia... :-)... Tidak mengapa "using the hard and long way/process" asalkan hasilnya memuaskan hati. ;-). 

Dilatih dari sekarang untuk memudahkan serta menyelesakan Ash juga. Manalah tau tahun 2017 nak masuk "school" dah pula ke? Kalau dah cerai lampin, mudahlah sikit kerjanya kot? Moga-moga begitulah kan? Kesian juga tengok dia pakai lampin pakai buang sekarang ni, macam terkuwap jer... Bila buka lampin pakai buang nak salin, walaupun kerap bersalin lampin pakai buang... Dia sesekali tergaru-garu dan nampak lega bila lampin pakai buang dibuka... Di siang hari pula, sekarang ni bila dia rasa nak buang air kecil, kalau sempat dia tarik tangan Nek Ma dia ke tandas. Kalau tak sempat pun, dia akan minta Nek Ma dia buka lampin pakai buang tu dan gantikan dengan lampin pakai buang yang baru. Tak selesa lettew... 

Mungkin sedang elok dah kot untuk dia bebas dari memakai lampin tahun ini? Umur pun dah nak menginjak ke usia 3 tahun dah... In Shaa Allah Mommy In Shaa Allah, yakin boleh! Ha ha ha... 

*Dengan Mommy2 sekali baring atas cadar kalis air tu... Habis tu? Dah namanya tidur bergandingan... Macam tu lah... Hari ni diri sendiri rasa mengantuk... Bha ha ha... Sebab tak lena sangat tidur kan? Biasalah tu...

*Bukan wajib ada cadar kalis air ni, terpulang kepada ibu bapa sama ada nak membeli serta menggunakannya ataupun tidak. Ianya sekadar satu kemudahan yang disediakan untuk mempermudahkan lagi tugasan ibu bapa dari mengangkat tilam dan menjemur tilam... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nak cari jugalah.. thanks ye share.. nak ajar anak dara yg besar tu..
    semoga boleh hentikan terus dari pakai pampers..

    ReplyDelete
  2. blom beli lagi, masih mencari harga yg mampu milik sbb nak beli 3 helai terus. senang bila anak terkencing atau muntah tak kena tilam.

    ReplyDelete
  3. Wah..semangat nih..Good Luck to you & Ash..huhu

    ReplyDelete
  4. Bila la fisha nak try pakai benda nie ek....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !