Bila Anak "Tantrum" Di Dalam Kereta

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
"Tantrum" anak-anak itu boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira tempat, tidak kira waktu dan tidak kira apa yang ada di sekeliling mereka. Kalau dah nak hamuk tu, memang mereka akan hamuk. Ha ha ha... "tense" tak ibu-ibu atau bapa-bapa menghadapi situasi sebegini? Dan cerita tentang "tantrum" ini bukanlah pertama kali Farah kongsikan di dalam Bubblynotes.Com. Sebelum-sebelum ini pun ada. Antara entri-entri yang pernah dikongsikan adalah:



Kali ini berkisarkan "tantrum" di dalam kereta... Yang Farah akui, pernah berpengalaman melaluinya lebih kurang dua kali. Setakat hari ini, dua kali jer lah...Belum lagi yang terjadi kali ketiga... Ha ha ha... Setiap ibu, setiap bapa pasti melaluinya. Kalau berdua tu, gigih dan gagah juga nak mengendalikan, tetapi jika kita seorang diri memandu, dalam masa yang sama mengendalikan anak? Memang kena tau bagaimana caranya untuk berhadapan dengan situasi ini.

Cara Farah Mengendalikan "Tantrum" Ash Di Dalam Kereta

"Ignore, Ignore And Ignore" ~ Buat Tidak Tahu
Kedengaran bunyinya memang sedikit macam kejam dan mungkin akan dikecam. Sepanjang "travel" dengan Ash, dari yang paling dekat, sehingga yang paling jauh, ada masa-masanya Ash akan rasa bosan jika duduk terlalu lama di "car seat" dia. Kalau dah "travel" berdua tu, memang tak ada pilihanlah kan? Nak tak nak, kena duduk di dalam "car seat" juga. Kalau tidak? Siapa yang nak pegang Ash? Siapa yang nak jaga Ash?

Sejak-sejak dah berusia 2 tahun ni, dia dah mula pandai tidak mahu duduk di dalam "car seat" terlalu lama. Dia minta dilepaskan dan dia mahu berdiri di tempat duduk belakang. Bukan tak boleh, tetapi jika memandu seorang diri, keyakinan itu masih tidak ada untuk membiarkan dia duduk seorang diri di tempat duduk belakang kereta. Memanglah, dah siap-siap "child lock" untuk kedua-dua belah pintu, akan tetapi ada banyak lagi kemungkinan lain yang tidak memungkinkan Farah membiarkan dia duduk di belakang seorang diri.

Bila Mommy tak beri "permission", maka akan bermulalah adegan "tantrum" kerana tunjuk perasaan... Ha ha ha... Sama juga dengan halnya bila melintas di hadapan pasar raya TESCO, kalau kita terus jer dan tak singgah, mulalah dia menangis sekuat-kuat hati. Sedihhh, Mommy tak bawa dia singgah dan jalan-jalan masuk ke TESCO... Wakakakaka...

Bukan nak berlaku kejam, tetapi nak didik dia. Selalunya bila insiden ini berlaku, Farah akan "ignore" sahaja setiap apa "tantrum" yang dilakukan. Ternyata "it works"... Dia memang akan bising dan kadang kala boleh membingitkan telinga kita untuk seketika. Kena tahanlah. Dah nama pun ibu bapa. Tapi percayalah, ianya tidak lama...errrr, anak Farah lah, anak orang lain Farah tak berapa nak pasti... Paling-paling tinggi, kurang dari 10 minit jer kejadian berlaku. Kemudian, dia akan senyap sendiri. Nampak kejam tetapi berhasil. Ngee...

Alihkan Perhatian
Bila bab mengalihkan perhatian ni, sebenarnya ada pelbagai cara dan macam-macam cara... Pendapat mengatakan tidak bagus jika terlalu mendedahkan anak kepada gajet. Akan tetapi kalau dah teriak, kalau dah "tantrum". Kita ni nak memandu. Secara automatiknya kita secara tangkas akan berfikir apakah perkara terbaik untuk bagi anak berhenti teriak dan "tantrum". Apa yang ada dengan kita pada waktu itu?

Selalunya, gajet akan menjadi pilihan Farah untuk memberhentikan "tantrum" Ash. Buka tablet dia, kemudiannya pasangkan video-video yang dia gemari untuk menarik perhatian dia. Alhamdulillah, sekali lagi "it works"...berhasil... Dia akan berhenti dari "tantrum" dan akan menumpukan perhatian kepada video yang ditonton. Ataupun dia kan tertumpu kepada aplikasi permainan di tablet dengan sepenuh hati. Seperti video di bawah ini:

A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Berikan Susu Ataupun Air Suam
Salah satu lagi cara adalah sumbatkan mulut tu dengan botol susu. Ha ha ha...Kalau masih menghisap botol susu lah... Kalau tidak, berikan air suam yang memang Farah dah letakkan di dalam cawan khas Ash. Yang paling mujarab untuk hentikan "tantrum" dan juga tangisan adalah air suam, kerana Ash sukakan air suam. ~ Tips & Trik Menggalakkan Anak Minum Air Suam. Memang akan berhenti "tantrum" punya dan keadaan akan kembali tenang seperti sediakala. 

Berhenti Seketika
Kalau itu dah tak boleh, ini dah tak boleh. Ambillah pendekatan untuk berhenti seketika di bahu jalan di mana-mana yang boleh dan dibenarkan. ~ jangan sampai melakukan kesalahan lalu lintas pula yer tak? Nanti dah membayar saman pula kerjanya. Berhenti seketika, kemudian cuba pujuk, peluk dan cium anak itu sehingga dia tenang. Mungkin dengan cara itu akan dapat menenangkan anak? Kadang-kadang "tantrum" sebab mengantuk pun boleh jadi. Kalau perlu tidurkan, tidurkanlah dia seketika, lepas dah tidur tu, mulakanlah perjalanan kembali. Mulakan perjalanan dengan selamat semula setelah keadaan tenang.

Ahaksss... memandu dengan anak-anak kecil ada kalanya boleh jadi mencabar, tetapi walaupun ia mencabar ianya masih boleh dikendalikan. Bukannya sehingga tidak boleh dikendalikan, bukannya sehingga kita sendiri rasa nak menangis dan tidak terdaya. In Shaa Allah, boleh, bila kita bergelar ibu ataupun bapa, benda tu datang dengan sendirinya dan secara tanpa kita sedar sebenarnya kita tahu bagaimana mengawal situasi yang berlaku. 

Sebab tu kannn? Kalau ibu-ibu atau bapa-bapa yang memandu bersendirian dengan anak kecil atau anak-anak kecil, kena faham, kalau ada kelewatan yang tidak terjangka berlaku. Al-maklumlah bila "travel" dengan anak-anak kecil ini memang pelbagai ragamnya. Dan sebab itu juga, bila "travel" dengan anak kecil, jika kita hendak menepati masa temujanji, kita sendiri pun kena rancang masa perjalanan kita dengan sebaiknya dan keluar dengan lebih awal, sebab "there are things that we couldn't see or expect that will happen in between the journey.".... ;-)

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. :>) boleh jadi rujukkan untuk ibu bapa ni...

    ReplyDelete
  2. hihihi...yang penting hati kena keras..tu je...kalau tak hati kental..mau ikut semua ape yg dia nak :P

    ReplyDelete
  3. sejak Zhafran setahun mmg byk buat perangai dalam kereta... nasib lah travel dekat jer dr taska blk rmh.. tu pun mcm nk rasa cepatlah smpai rmh...

    ReplyDelete
  4. dah terjadi hihii berani mati bawa sebelah pegang stereng sebelah pegang si comel yg berusia 5bulan..

    ReplyDelete
  5. anak buat perangai dlm kete maknye boleh tahan lagi buat tak tau...tapi ayahnye yg tak tahan..acaner???last2 keluar la si anak dari car seat sbb ayah xboleh dgr anak nye nangis...

    ReplyDelete
  6. Ibu kena hati kental dan kebal huhu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !