
Bangun seawal 3.30 pagi... Siapkan pakaian, siapkan "shawl", siapkan barangan solek dan bersiap-sedia ke pejabat. Pukul 7.00 pagi harus dah tercacak di pejabat. Semalam hari penting! Semua orang kena ada di pejabat seawal mungkin. Ada persiapan akhir yang perlu dilakukan untuk "hari besar" kami. Persiapan yang telah diusahakan sejak dari pertengahan bulan 12 tahun 2015 lagi. Memang dinanti-nantikan sangat sebab nak helakan nafas lega selesainya satu acara besar sebelum bergerak kepada persiapan yang seterusnya untuk acara yang seterusnya di bulan yang akan datang pula.
Yang penting selesaikan yang ini dulu! Iya... Memang satu hari yang sangat panjang! Selesai acara di pejabat harus bergerak ke Menara Kuala Lumpur pula untuk acara makan malam. Phewww... Dengan kaki sakitnya... Dengan tak cukup tidurnya... Bha ha ha... Allah jer yang tau bagaimana sakitnya kakiku. Sehinggakan bertampal 5 keping koyok cili. Kalau nampak kerusi tu memang nak duduk saja rasanya. Memang badan sungguh-sungguh tak "fit" dah ni. Huwaaa... Sedar pun! Sila turunkan berat badan yang tembun tu lagi! "Losing 3.5kg is not good enough! I need more, I need more"... Bha ha ha...
Sebabkan kaki yang sakit tu lah terasa waktu sangat panjang hari semalam. Kalau tak? Memang orang kata boleh tahan lagi! Buat majlis memang bukan mudah, mengkoordinasi majlis memang bukan mudah, nak nak lagi kalau bekerja dengan si "perfectionist"... Haruslah! Semua orang nak majlis yang terbaik, berjalan lancar dan sempurna. Nangis? Ha ha ha... Memang sepanjang perjalanan ni, ada sesi menangis pun bilamana sepanjang perjalanan ada "a bit of unpleasant journey"... Nangis dalam hati, nangis secara terang-terangan. Ha ha ha.
Bukannya sebab lembik ke apa? Sebab ada masa-masanya terlalu penuh bersarang di dada dan kepala. Dan adatlah tu, asam garam bekerja. Ada masanya memang akan ada tekanan. Tekanan atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan. Tak apa "it's a part and parcel of life"... Hari ini akan tetap berlalu, namun apa yang perlu diselesaikan memang tetap perlu diselesaikan. Teruskan menuju ke hadapan. Ada perkara lagi yang menanti di hadapan.
Sekarang? Sekarang rasa nak tidur jer! Lain tak ada! Nanti beberapa jam nak kena bangun kembali... Kerja seperti biasa pagi nanti yer? Tiada cuti khas dan selamat bekerja untuk diri sendiri...
*Seharian terbiar sepi tanpa celoteh maya... Saja jer ni "ice breaking"... Ekekekeke...
Itulah pesanan Nabi, ingat lima perkara sebelum lima perkara..
ReplyDelete