Adegan Merajuk Dan Menyanyi

Farah Waheda Wahid
9

Dalam sehari ada macam-macam cerita Iman Firash, kalau nak cerita memang panjang berjela dan tak habis. Mak-mak biasalah, kalau tidak bercerita tentang anak sendiri memang tak sah! 

Kannn? Gittew... "Straight to the point"... 

Adegan Merajuk

Sekarang dah pandai merajuk. Bila merajuk, bawa diri... ngeee... Makan pujuk tak? Agak-agak? Ok tak susah sangat yang penting segala taktik untuk memikat kena ada dalam poket. Bagaimana gayanya dia merajuk? Nahhh... 


Macam tulah lebih kurang... tapi keadaan tak adalah tegang mana pun, seumpama berguling-guling atas lantai ke? Menghentak-hentakkan kaki ke? Ash tidak pula begitu setakat ini. Alhamdulillah, merajuknya adalah dalam keadaan yang tenang. Kena pandai bodek sikit jer. Setakat ini, Mommy dia adalah seorang yang penyabar dan masih rajin memujuk lagi. Wakakaka... 

Adegan Menyanyi

Ini semalam punya cerita lah ni... pukul 4 pagi, dia boleh capai tablet dia dan dia boleh layan YouTube sorang-sorang. Amboiii... Ingatkan apalah yang bercahaya dan suara comel menyanyi di waktu pagi. Rupa-rupanya Ash. Ehhh, jangan salah sangka, YouTube itu adalah aplikasi YouTube for Kids, Farah pernah kongsi dulu di dalam entri YouTube for Kids ¦ YouTube Khas Buat Kanak-Kanak. Jadi, tak perlu risau jika kalau-kalau dia terbuka apa-apa video yang tidak sepatutnya.



Senang hati nampak? Ha ha ha... Dah anaknya berjaga awal takkan Mommy dia nak sambung tidur kan? Terpaksalah berjaga sama dan meneman. Cepat-cepat buka lampu sebab gelap. Mata anak tu nak kena jaga juga. 

Macam tulah kisahnya Ash. Kalau merajuk begini, kalau menyanyi begitu. Borak-borak kosong di tengah malam. ;-p. 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hahahaaa.. mikhail biasanya kalau masih dalam gelap, dia sambung tidur. kalau buka lampu memang tak tidur dah la..

    ReplyDelete
  2. Nani tengok videa tu kat facebook. Hihihi. Comel je Ash ni :)

    ReplyDelete
  3. ohohohoh kena la rajin melayan..kalau xde anak ni., mmg membuta je la..jhehehe

    ReplyDelete
  4. owh , ada you tube for kids rupanya ... blh cek nanti .

    ReplyDelete
  5. Macam mana la saya nanti kalau jadi ibu. Sekarang pun mana tahan nak bangun tengah malam.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. dah besar,,dah pandai merajuk..gitulah kan..
    lagu apa ash nyanyi tu ye..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum farah...dah besar ash yer...hancem boy dah...:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !