![]() |
Sumber dari Google |
Ini salah satu resipi masakan kegemaran Nek Ma Ash ni... Farah? Farah tak makan...Ngee... Tapi hari ni Nek Ma Ash buat permintaan supaya Farah cari sayur batang keladi ni dan kalau boleh pakej tolong masak sekali malam ni... Asam rebus sayur batang keladi. Memang menu kegemaran dia sepanjang masa. Ada yang tak pernah lihat sayur batang keladi? Meh meh meh, kakak tunjuk meh...
![]() |
Sumber dari Google |
Kata Nek Ma Ash, sayur batang keladi ni kalau masak asam rebus memang meletopss!!! Jujur Farah katakan...jadi tukang masak boleh...nak jadi tukang cuci memang tak pakar lagi...Ha ha ha... Selalunya suruh Nek Ma Ash jer yang cucikan...Sebabnya, sayur batang keladi ni kan miang dan boleh mengakibatkan rasa gatal kalau tidak dibersihkan dengan betul. Kena cuci dengan teliti sebelum masak oiii...Kalau tak, habislah gatal-gatal orang yang makannya nanti...Tak sanggup kakak nak tanggung risiko...Bha ha ha...
Tak tau kenalah belajar yer tak? Masak pun untuk santapan selera Nek Ma Ash dan juga Atuk Ash... Farah seperti yang dikatakan tadi, tak makan sayur batang keladi ni... Kata Nek Ma Ash...ruginyaaa... Ha ha ha...
Bagaimana caranya nak hilangkan gatal sayur keladi ni? Ini ada sedikit perkongsian tips dari artikel di SINI
Bahan-Bahan:
Sayur Keladi
Buah Pinang Kering Atau Segar
Cara-Cara:
1. Basuh sayur keladi.
2. Rebuskan air dan masukkan sayur keladi ke dalam periuk.
3. Masukkan pinang muda ke dalam rebusan itu dan rebus seketika sehingga empuk. Masaklah seperti biasa dan anda tidak perlu risau kerana tekak tidak akan gatal bila memakannya.
Ini salah-satu tipsnya... Mungkin ada tips yang lain yang boleh dikongsikan untuk menghilangkan gatal sayur keladi ni?
*Manalah nak kugagau cari sayur batang keladi... Ha ha ha, nampak sangat tak pernah membeli sayur batang keladi dan tak menumpukan perhatian kepada sayur batang keladi ni...Pasar basah tu mungkin banyak, tetapi pasar raya tu kurang nak pasti... Mungkin ada kot...Tak apalah, kita cuba tengok nanti... Ada rezeki adalah...
teringat mak kt kg buat atas permintaan ank kesayangan dia hehe.. zaza pun suka sayur keladi..tpi sana (trg) lain rupa kuahnya hehe.
ReplyDeleteTengahari tadi makan sayur keladi, makan kat kedai :)
ReplyDeletesaya pun suka kuah ni..kalau makan dengan nasik kuah nya banjir ..hahahha..RATAH JE KELADI TU..ADOI ..SEDAP NYA...SAYA TAK PERNAH MASAK SENDIRI SAYUR BATANG KELADI NI SEBAB TAK RETI CUCI TAK RETI POTONG..eh..tetiba je caps lock..hahahh
ReplyDeletefamily PC suka makan ni mummy...masak asam rebus...makan dengan nasi panas ikan kering sepat...tapi tulah dah cuba banyak kali masak tetap gatal..cuma makngah PC je masak batang keladi bila di makan tak gatal...tapi dah ada petua ni boleh cubalah..tq mummy...
ReplyDeletebaru tahu tips ni, sebab memang tak makan sayur keladi ni, masak asam pedas sedap..
ReplyDeleteKeladi masak asam rebus... Ya Allah.. slurppp slurppp hirup kuah... so far auni tak pernah kena gatal miang keladi ni lagi :P
ReplyDeleteLama tak makan menu nih... kecur air liur tengok menu ni.. batang keladi kuah dia suka sluuurrrpppp
ReplyDeleteRasanya seumur hidup ini belum pernah nakan lagi sayur keladi tidak kiralah masak apa pun.
ReplyDeleteMungkin sedap kot, kalau dah tak pernah cuba macam mana nak tahu sedap ke tidakkan?
Rebus ngan asam pun boleh juga
ReplyDelete