Bagus bila kita sentiasa mengingati mati. Ajal itu pasti datang menjemput. Ajal itu pasti tiba. Setiap yang bernyawa pasti akan mati ibarat bunga yang bermula dari putik kemudian lama-kelamaan akan layu dan mati juga akhirnya. Janji Allah itu pasti. Bukanlah nak jadi macam "goody goody to shoes" tapi itu hakikat kitaran kehidupan yang setiap dari kita perlu sentiasa ingat.
Bila fikir-fikirkan balik memang ngeri, memang gerun dan memang menyedihkan. Satu hari nanti dengan cara yang bagaimana, keadaan yang bagaimana kita pasti akan meninggalkan dunia ini. Dan segala apa yang kita ada akan tertinggal sebegitu sahaja kecuali amalan serta dosa pahala yang kita bawa. Errr... Tiba-tiba "fefeeling" macam #ehhh ko nak jadi Ustazah ke? Tak layak pun nak jadi Ustazah... Banyak jer kelemahan diri yang perlu diberikan perhatian serius serta perlu diperbaiki. Terlalu jauh... Nak berbicara soal agama pun tak lah berpengetahuan luas atau dalam mana pun...
Cumanya... Hati terpukul dengan kebenaran satu "post" di Facebook baru-baru ni. Terdetik rasa hati... Betul juga tu... Jika perkara-perkara lain kita lebih suka membuat perancangan awal ataupun menyediakannya awal-awal. Kenapa tidak yang satu ini? Tak salah rasanya jika sekurang-kurangnya kita simpan satu set di rumah? Satu pun sudah memadai... Apa tu? Ni haaa...

Set jenazah... Mungkin ramai yang dah pernah terlihat perniagaan atas talian melalui laman media sosial yang ini. Bagi Farah pula ini adalah kali yang pertama. Baru jer lalu di "timeline" Farah. Sebelum-sebelum ni tak pernah pula terlihat. Macam-macam kan perniagaan atas talian sekarang ni. Cuma yang ini memang satu bentuk perniagaan atas talian yang kreatif serta unik dan dipenuhi dengan unsur-unsur peringatan kerohanian. Bagus juga tu, kurang-kurang setidak-tidaknya ia mengingatkan kita kepada kematian.
Kelarisan perniagaannya bukanlah sesuatu yang patut dipersoalkan akan tetapi adakah kita dengan rela hati akan membelinya serta menyimpannya di rumah sebagaimana kita dengan rela hati membeli produk serta perkhidmatan di atas talian? Bukan tanya anda... Farah tanya kepada diri Farah sendiri. :-).
Hana akan beli, sebab tak nak suami susah kalau Hana "tiba-tiba" dan tak ada. :(
ReplyDeletenak beli senang kan
ReplyDeleteHmm... Betul juga kan.. Memudahkan waris kita sempurna kan fardhu kifayah..
ReplyDeleteset jenazah
ReplyDelete