Risiko Jika Luka Jahitan Bersalin Terbuka...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Antara perkara yang paling ditakuti oleh Farah sewaktu melahirkan Ash dulu...Ha ha ha, al-maklumlah orang tak pernah ada pengalaman dan pernah melihat dengan mata kepala sendiri kannn bilamana luka jahitan bersalin jiran lama Farah sewaktu tinggal di AU3, Keramat dulu terbuka... Seriau oiiii... Memang sewaktu mula-mula melahirkan Ash ini adalah perkara yang sering terbayang-bayang...Orang kata jangan fikir negatif, tetapi bayangan negatif tu tetap juga muncul ok??? 

Antara perkara yang paling dirisaukan dan ditakuti oleh ibu selepas bersalin adalah kawasan jahitan sama ada di vagina ataupun di perut (jika bersalin secara pembedahan). 

Menurut artikel di SINI, kebanyakan ibu akan berjalan perlahan kerana bimbang luka jahitan boleh terbuka. Dalam kes Farah, untuk beberapa hari yang awal setelah perut dipotong dan luka masih segar, Farah jalan bongkok! Dan tangan dok pegang jerrrr tempat yang dibedah tu... Apatah lagi orang tua-tua berpesan supaya ibu selepas bersalin menjaga bahagian vagina atau perut yang baru mengalami luka bersalin kannn???

Tetapi adakalanya disebabkan kesibukan menguruskan anak dan diri sendiri semasa berpantang (tiada pembantu) ada ibu yang perlu bergerak pantas. Tanpa disedari jahitan lukanya telah terbuka. Memang menakutkan!!! Jika dibayang-bayangkan...

Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Menurut doktor, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan berlaku jangkitan kuman pada luka bersalin.  

Apakah Tanda-Tanda Jahitan Terbuka?
  • Rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada 2 hingga 3 hari. Ini kerana sudah ada jangkitan kuman sebab itu ibu berasa sakit lebih dari 2 hari. 
  • Berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka. 
Antara Komplikasi Yang Berlaku Jika Luka Jahitan Terbuka?
  • Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan.
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin. 
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut. 
  • Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula. Tak ada bius pula tu kan bila dijahit semula. Ngeri woiii... 
  • Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. 
Makanya, sila pastikan ibu-ibu menjaga kebersihan luka jahitan, mengawal pergerakan diri dan mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Pastikan badan cukup vitamin terutama Vitamin C kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan. 

Ibu selepas bersalin, digalakkan mengambil multivitamin dan makan banyak sayur serta buah-buahan kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan masalah sembelit. Selain dari itu, ikut nasihat doktor tentang penjagaan kawasan luka pembedahan. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang ubat tradisional yang tiada jaminan tanpa nasihat doktor, terutama "for those" yang bersalin secara pembedahan, jangan semberono jer nak makan ubat-ubatan tradisional semua ni yer? Farah dulu pun tak ambil apa-apa ubat-ubatan tradisional memandangkan keadaan perut yang dibedah tu... Hu hu hu...Nak makan jeli gamat pun minta pandangan "gynae" dulu. 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. huwa...sampai sekarang rasa gerun tengok luka jahitan tu

    ReplyDelete
  2. Kalau luka atas kena jaga, yang bawah tu pun sama kena jaga.. Huhu.. Seriau kalau tetas...

    ReplyDelete
  3. gerun dan terbayang2 >.<
    teringat mase kecik tengok orang bersalin nk turun tangga nk jalan punyelah slowwwwwwww..

    ReplyDelete
  4. sampai skrg masih terasa sakit luka masa brsalinkan ank 1st..even dah dua anak..anak kedua fiqa free jahitan

    ReplyDelete
  5. Allahu..tapi PC pernah tengok jahitan terbuka la mummy...anak menantu jiran...bersalin czer..mungkin silap makan...benang putus terus...pegi hospital jahit semula..

    ReplyDelete
  6. sy x sembuh lg memang seriau tp sy x boleh nk duduk diam sy bnyk berjalan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !