"Yesss!!! It's a long weekend!!!" ... Sabtu, Ahad dan Isnin... Ke mana kita? :-)... Duduk rumah diam-diam ajer sudahhh... Tak ada perancangan, tak ada nak ke mana-mana kecuali bersantai dan menghabiskan masa bersama anakanda nan seorang yang lagi dikasihi serta disayangi. Ecewahhh... Lagipun minggu hadapan bermula hari Selasa, berkemungkinan setiap hari akan lewat pulang dari pejabat. Semakin dekat tarikh acara rasmi pejabat yang diuruskan bersama rakan sekerja semakin sibuk nampaknya Farah. Alhamdulillah, syukurlah kan? "I'm happy!"... Alhamdulillah...
Pastinya ramai dah dapat agak yang masa-masa begini, musim-musim Thaipusam ni, memang jalan akan sesak. Tahun 2016 ni pula, dikatakan ada Perarakan Thaipusam Nasional. Besar-besaran kali ni ok? Dan sememangnya bermula semalam iaitu Jumaat, ada jalan-jalan yang telah ditutup bersempenan dengan Perarakan Thaipusam Nasional ni.

Menurut sumber di SINI ... Perarakan itu akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee pada pukul 10 malam Jumaat semalam. Ia dijangka tiba di Kuil Sri Subramaniar pada pukul 3 petang tadi. Dalam tempoh tersebut, polis akan menutup jalan-jalan yang dilalui oleh kumpulan perarakan ini iaitu Jalan Tun H.S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.
Turut ditutup ialah jalan menghala ke pusat beli-belah Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan U di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Tun Razak), Jalan Ipoh (Jalan Salah), Jalan Konvil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves. Jalan-jalan yang ditutup itu hanya dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah kumpulan perarakan melaluinya.
Memang sesak semacamlah nampaknya jalan-jalan yang terlibat kan? Dan memang taklah nak melalui atau menuju ke jalan-jalan tersebut. Silalah elakkan jika anda tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Pada rakan-rakan yang meraikan perayaan Thaipusam, Selamat Ber-Thaipusam... Pada yang dapat cuti hujung minggu panjang termasuk diri ini...Selamat menikmati cuti hujung minggu yang panjang di bulan Januari 2016. :-).
jalan tun HS lee tu mmg esok pun penuh dah org2 depa :P
ReplyDeleteJOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0
JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html
Selamat berhujung minggu Farah ☺
ReplyDelete