![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
Rugi-rugi... Kenapa kek bolah menjadi bantat? Menurut sumber di SINI ...
Sewaktu Memukul, Adunan Tidak Dikaut Di Tepi "Mixer"...Jadi Berketul-Ketul
Tak tahulah kenapa...tetapi kek yang ada ketul-ketul tepung tu memang lah bantat. Tips dari artikel yang dikongsikan oleh penulis: BILA DAH MASUK TEPUNG, DAH SEBATI SEDIKIT. "SWITCH OFF MIXER", KAUTKAN TEPI-TEPI "MIXING BOWL" DAN PASTIKAN TIADA KETULAN.
Kek Tidak Cukup Masak, Dah Dikeluarkan
Kek ni sebenarnya masak dari luar ke tengah. Kadang-kadang bila cucuk lidi di bahagian tepi kek, nampak macam memang dah masak. Tapi bila cucuk di tengah tengok tak masak lagi.
Itu apa yang dikongsikan oleh artikel yang Farah sempat "go through" Subuh tadi. Tapiii, kadang-kadang bila terlebih tepung atau terlebih gula pun boleh jadi juga. Ihikss...pernah lettew kannn jadi pada diri sendiri. Dan sebenarnya ada rakan blogger yang kreatif juga berkongsi tentang kek bantat tak perlulah nak buang...Boleh ditransformasikan untuk menjadi sesuatu yang lain yang masih boleh dimakan. Makanya tak membazirkan? Idea hebat itu boleh dibaca melalui entri beliau di SINI.
Nak elakkan kek dari menjadi bantat? Mungkin boleh mencuba beberapa tips yang disenaraikan di bawah berdasarkan rujukan Farah di SINI
- Pastikan nisbah bahan cair yang digunakan seimbang dengan penggunaan bahan kering. Jika bahan cair seperti mentega, telur dan sebagainya dimasukkan melebihi sukatan, maka adunan akan menjadi terlalu lembik.
- Kuantiti bahan pengembang seperti serbuk penaik dan soda bikarbornat yang tidak setara akan menyebabkan kek tidak naik semasa proses membakar.
- Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega yang tidak sekata (tidak sebati) sementara ia menjadi warna putih manakala bahan lain pula dimasukkan sebelum waktunya turut mempengaruhi.
- Cara memukul adunan yang salah atau berlebihan semasa proses memasukkan tepung.
- Cara mengacau dengan senduk / sudip kayu yang berbilang arah dan mengambil waktu yang panjang juga boleh menyebabkan kek bantat.
- Jika menggunakan "mixer", gunakan kelajuan sederhana dalam arah sehala agar ia naik dan masak dengan sekata.
assalam
ReplyDeletesaya pernah buat kek jadi bantat, masa mula mula belajar nak buat kek, hihihi..mendap je, mau tak mau telan aje la...
tq farah sb sharing
thanks for sharing
ReplyDeleteWah, nice tips. Bukak oven masa tengah bakar kek tu selalu sangat buat. Tak sabar nak makan punya hal. Hehe
ReplyDeletewah..bagus perkongsian ni...sbb KG rajin buka oven bila buat kek..eksaited nampak kek kembang..bila dah masak pandai tak cantik la pulak
ReplyDeletesebab ni la ain x berapa minat nak buat kek.hahahhaa.
ReplyDeletebeli je lah. hahhahaa..
btw , dah lama x blogwalking dekat sini.
hai , ain singgah sini ye :)
Ohh baru tahu kenapa kek bantat. Nani pun kadang2 over excited selalu lah gi bukak tutup oven tu hah.
ReplyDeleteHuhu..Rugi tu..Sejak hand mixer sy rosak..Dah lama x buat cake..huhu..Tetibe rase rindu nk masak coklat cake..huhu
ReplyDeletepernah juga buat kek jadi bantat..rugi betul.
ReplyDelete