![]() |
Sumber dari Google |
Opocottt mak kau!!! Ha ha ha... "Chill" lah... Ini bukan kali pertama pun berlaku...Semenjak akhir tahun 2015 lagi dah jadi dah kejadian ni... Kan hari tu ada kecoh-kecoh di Facebook yang jumlah "followers" di blog berkurangan... Masa memula tu agak terkujat juga...Kalau kurang setakat bilangan 1-10 "followers" tu tak lah nak terkejut chimpanzee sangat kan? Tapi kalau boleh makan berpuluh-puluh dan beratus-ratus itu satu perkara yang "abnormal"...Wakakakaka... Yang mendapat impak cumalah yang ini...
Wahhh susut nilai nampaknya...Ekekeke... Tak apa, kakak redha dan kakak pasrah... Nak buat macam mana kan? Dan yang mengembirakan adalah yang ini...
Ya ampunnn, bukan nak lagak ok? Cuma ingin menjelaskan "followers" mana yang terjejas dan "followers" mana yang tidak terjejas... Dan ingin menjelaskan ada sebab kenapa keadaan ini berlaku... Sepertimana yang dimaklumkan di Blogger Buzz:
Nampaknya seperti kurang jelas gambar di atas... Hu hu hu... Jap cuba menterjemah satu persatu yer... Blogger.Com sedang mengemaskini sistem untuk Google Friend Connect (followers widget). Ok, apa yang terjadi adalah, sebelum ini Google Friend Connect adalah terbuka untuk semua pengguna luar contohnya Twitter, Yahoo dan lain-lain. Dan untuk kemaskini pada kali ini, pihak Blogger.Com telah terhadkan penggunaan Google Friend Connect hanya untuk pengguna akaun Google sahaja.
Dikatakan, kemaskini ini adalah untuk memudahkan para pembaca dan "followers" supaya dapat maklumat terkini dari blog yang diikuti. Sebelum ini kan terbuka kepada semua, tetapi tidak semua ada akaun blog ataupun Google. Kesimpulannya, tidak semua pengikut dan pembaca ada "Reading List". Jadi ada kesulitan sedikit di situ bagi pengikut dan pembaca untuk mendapat maklumat terkini dari blog yang diikuti. Melalui kemaskini yang terbaru ni, semua pembaca dan pengikut DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun Google untuk mendapat perkembangan serta kemaskini terkini dari blog yang diikuti dengan lebih mudah.
Makanya, jangan risau... Pengikut yang hilang dari Google Friend Connect adalah pengikut yang BUKAN PENGGUNA AKAUN GOOGLE. Jangan nak rasa tertekan sangat haihhh... Kakak tak tertekan, kalau betul-betul ada yang hilang secara sendirinya atas sebab ni pun, itu adatlah...hari ni orang boleh jadi suka teramat sangat pada kita, esok boleh benci sebenci-bencinya...Muahahaha...Manusia itu kan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.... Cumanya kalau atas sebab ini tak perlu nak gundah gulana hati tu... Terima kasih juga pada entri yang kakak terjumpa di SINI yang tolong berikan pencerahan atas apa yang sedang berlaku.
*Semoga semua jadi jelas.
follower abam kie pun merudum dari 892 ke 873. mungkin akan berkurangan lagi..huhuhuhuuh
ReplyDeleteSama lah situasi ni kat Blog, Follower www.bondezaidalifah.com semakin susut... sedihnya...
ReplyDeleteohh.. sbb tu ke? terkejut pika follow drop bnyk sgt.. hahahaa..
ReplyDeleteain pun sedihhh sedihh.. huwaa.. :(
ReplyDeletehihihihi..bersabar dan bertabah ya mummy...
ReplyDeleteEna tak tahu sangat follower ena banyak mana.. Selalu tengok PV dgn UV je.. Jap nak cek.. Kekekekkeke
ReplyDeleteOo sebab tu je...hehehe
ReplyDeleteowh patutlah ada perasan juga
ReplyDeletetq for info ;)
ramainya follower dia. :)
ReplyDelete