Idea Bagi Lebihan Roti Di Dapur...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Roti ni kalau dibeli ada masanya memang sekejap jer habis, ada masa tak mampu nak dihabiskan. Tau-tau ajer dah nak sampai dah tarikh luput. Akan tetapi sayanglah kiranya kalau dibuang sebegitu sahaja kan? Duit wooo... Sekarang ni walaupun RM1 dah jadi bernilai sangat-sangat dah tu... Boleh kumpul masuk tabung kecemasan, cukup tempoh matang boleh kira berapa jumlah dan digunakan untuk kegunaan lain. Walaupun... Walaupun nilai mata wang kita sekarang ni RM 10 ibarat celah gigih jer yer tak? Bukan kata RM10, RM 50 pun sekelip mata jer boleh lebur macam tu ajer. Ha ha ha... Kadang-kadang sampai fikir 2-3 kali sebelum nak dikeluarkan duit tu... :-P... Apa pun kehidupan masih tetap perlu diteruskan... 

Ok ok dah dah mengomel tentang nilai duit tu... Berbalik kepada lebihan roti yang tak habis manakala tarikh luput telah semakin hampir ni. Ada sesetengah orang tak kisah pun nak buang roti di dalam tong sampah. Ada sesetengah orang hendak dibuang terasa sayang. Nak makan rasa macam tak mampu dan tak nak makan. Bila minta ahli keluarga bekerjasama untuk menghabiskan lebihan roti sebelum tiba tarikh luput, semua tak nak. Ha ha ha, habis tu macam mana nak promosi dan lariskan nih? Mungkin idea yang dicadangkan di SINI dapat membantu kot untuk melariskan lebihan roti itu.

1. PUDING ROTI BAKAR
Bahan-bahan:
Lebihan roti
1 sudu marjerin
1 biji telur
1/2 cawan gula
2 sudu tepung kastad
1 cawan susu cair
1 sudu teh Sunquick perisa oren
1 sudu kismis
1 sudu cip coklat

Cara Membuat:
Satukan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk kecuali kismis dan cip coklat kerana dua bahan ini akan ditabur ke atas roti. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah disusun roti yang telah ditabur kismis dan cip coklat. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah selsius. Puding roti ini lebih lazat dimakan panas bersama air krim vanila.
Info: Puding roti mampu membangkitkan selera pada awal pagi kerana haruman dari perisa Sunquick oren. Gabungan puding roti yang panas bersama aiskrim membantu anak-anak berselera dengan gaya hidup sihat berbanding mengambil snek ringan yang lain.

2. SUP CENDAWAN "CROUTON"
Bahan-bahan:
Lebihan roti yang sudah dibakar
10 biji cendawan butang dan shitake dicincang halus
100 gram isi ayam cincang
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih yang dicincang
1 biji bawang besar yang dicincang
1/2 kotak kecil uht whipping cream (boleh ganti susu cair)
1/2 cawan air
1 sudu serbuk lada hitam dan putih
Cara Membuat:
Isi ayam, bawang putih, bawang besar, cendawan butang dan shitake di tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan krim dan setengah cawan air. Akhir sekali masukkan perisa dari kiub ayam, serbuk lada hitam dan lada putih. Masak sehingga pekat dan boleh dihidang dengan taburan "crouton".
Info: Crouton merupakan lebihan roti yang disapu marjerin dan bawang putih. Ia kemudian dibakar sehingga kekuningan dan ranggup sebelum dipotong dadu bersaiz kecil. Ia sememangnya lebih lazat dan sesuai dimakan bersama segala jenis sup berkrim dan juga salad sayuran.
3. ROTI BERGULA MADU
Bahan-bahan:
Lebihan Roti
Marjerin
Madu
Gula
Cara Membuat:
Sapukan marjerin dan madu di atas roti. Kemudian tabur dengan gula mengikut kesukaan. Bakar beberapa minit di dalam ketuhar sehingga warna kelihatan kuning dan rangup.
Info: Roti bergula ini boleh tahan lama jika disimpan di dalam bekas kedap udara. Roti bergula ini lebih sedap dinikmati pada cuaca sejuk lebih-lebih lagi bersama kopi kampung yang panas dan pekat.
Yang penting, kesimpulannya kena rajin-rajinkan diri jer membuat... :-P... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Daripada terbuang berkulat....baiklah digayakan...

    ReplyDelete
  2. Roti bergula tu selalu jugak buat. Hehe :D

    ReplyDelete
  3. wah.. tak sempat ada lebihan roti.. kalau nak buat.. memang kena beli roti untuk sengaja buat. anyway, thanks sharing idea

    ReplyDelete
  4. Betul Farah, kena kretif untuk berjimat, duit ohh tu yang cute tu:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !