Cafe 9: A Taste Of Thai, Seksyen 17, Petaling Jaya

Farah Waheda Wahid
5

Masakan Thai itu memang berlambak-lambak ada di Malaysia ini, tetapi nak rasa yang betul-betul "purely Thai" itu memang agak payah... Hik hik hik... Kalau nak pun, kenalah pergi ke Thailand. Hurmm, lama juga tak ke Thailand, rindu pula nak jejak kaki ke Thailand, cumanya sekarang ni belum ada rezeki lagi nak bercuti ke Thailand tu... Dan rezeki datang! Ada sesi makan-makan di Cafe 9: A Taste of Thai, Seksyen 17, Petaling Jaya.


Tekak berkeinginan, tekak berkeinginan juga, rasa makanan asli dari Thai. Tetapi perkara penting perlu dititikberatkan juga... Iaitu tentang status HALAL sesuatu restoran itu. Bagi seseorang Muslim, perkara ini memang sangat perlu dititikberatkan dan tidak boleh diambil remeh kata orang... "Ambience" di dalam Cafe 9 memang selesa dan juga sesuai untuk santapan sekeluarga jika ada perancangan untuk makan secara beramai-ramai. Bawa anak kecil pun tak ada masalah. Oleh yang demikian, bukanlah satu masalah bagi kami untuk turut serta membawa Iman Firash ke Cafe 9. 


Mula-mula sekali imbas kusangka donut...Ha ha ha, rupa-rupanya ianya adalah Prawn Cakes yang dibuat di dalam bentuk donut. Selalu makan Fish Cakes, kali ni kita melayan Prawn Cakes pula. Orang kata sebagai pemula hidangan gittew... Cumanya...sebelum Farah sempat nak merasa... Ada orang dah "self-service" merasa sendiri... 




Sebenarnya, Mommy letakkan di pinggan Ba Bah dia untuk Ba Bah dia...Tapiii, dia dengan selamba jer ambil dari pinggan Ba Bah dia. Ha ha ha...Senyum dan geleng kepala jer Ba Bah dia perhatikan gelagat dia yang semakin hari semakin macam-macam. Ambil macam tu jer, macam muka tak bersalah... Dia pun nak "food review" juga...Asyik Mommy jer yang ber"food review" kannn??? Sesekali... Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...Bolehlah tu latih dari kecil lagi... 

Komen Farah secara peribadi rasanya memang cukup digoreng...cukup "juicy" dan juga memang satu pemula hidangan yang baik. Makan sisa anak "uolss"... Ha ha ha... Tinggal 3/4 tapi itu pun dah kira banyak dia makan tu. Sedaplah pada dia tu. Untuk anak-anak kecil yang tak makan pedas, ini adalah sesuatu yang bersesuaian untuk hidangan mereka. Jadi tak perlu gusar jika anda masuk ke Cafe 9 dan anak anda tidak boleh mengambil makanan pedas. Masih ada lagi makanan yang boleh dipesan dan dimakan oleh anak kecil anda. :-) 


Ini snek yang kedua yang tak sempat Farah rasa! Baru jer bercita-cita nak ambil satu, rupanya dah kehabisan dah. Tulah sibuk sangat ambil gambar sana, ambil gambar sini. Yang sempat rasa Ba Bah Ash... Komen peribadi beliau... Sedap...Ok, kita percaya lidah dia, sebab dia ada satu "fond of taste" terhadap makanan-makanan sedap. Kalau sedap katanya tu, memang benarlah sedap. Setakat ini tak pernah lagi berlawanan pendapat atau bertentangan pendapat tentang makanan... ;-)... 


Ini rasanya ala-ala Boat Noodle gittew... Namanya adalah Thai Beef Noodle... Dihidangkan dalam satu "portion" yang besar yang mana kalau semangkuk berkongsi berdua pun boleh. Cukup untuk mengenyangkan perut. Terasa kelainan kuahnya. Tidak seperti Boat Noodle tetapi hampir serupa. 


Laab Gai Tod nama diberi... Antara bahan masakannya adalah minyak bijan dan juga serai... Rasanya memang tak dapat di mana-mana dalam masakan di Malaysia. Dan ianya adalah "exclusively" dari Thailand resipi ini. Yang mana, ianya adalah merupakan masakan hidangan ayam dari Thailand. Agak menarik, dan baunya melekat di hidung sehingga dah pulang ke rumah pun! 


Mana-mana Farah pergi menjamu selera pasti Farah berjumpa dengan menu ini... "Sweet & Sour Fish" yang mana Farah rasa ini adalah salah satu menu yang "common" juga yang anda jumpa. Akan tetapi, rasa masakan yang disediakan oleh chef di Cafe 9 ini membuatkan Farah berselera. Ehemm... Tapi tak adalah sampai buruk lantak ok? Sampai nak menambah nasi dua tiga kali dalam sepinggan atau makan nasi sampai berbumbung-bumbung tu. Kawal-kawal... Farah memang suka makan, tapi tak adalah sampai sekali hentak macam tu. He he he... 


Selalunya Lala kalau kita jumpa sama ada masak cili ataupun masam manis ataupun masak serai. Kali ni hidangan lala-nya agak istimewa di mana, ianya adalah adunan masakan kari dan lala... Tidak berkuah seperti kari yang kita biasa masak. Akan tetapi ianya lebih kepada kari kering yang cukup untuk membangkitkan selera. 


Telur dadar atau nama diberi Thai Omelette...Alahaiii, nikmat ni dah ditarik balik sewaktu selepas melahirkan Ash. Memang dah alah pada telur dah sekarang ni, walhal ini adalah salah satu menu kegemaran Farah satu waktu dulu. Kalau tak ada lauk pun tak apa, asalkan ada telur dadar pun dah rasa "marvellous" sangat dah tu... Dapat pandang jer lah... Suap anak makan dan tengok suami makan telur dadar dengan sedapnya...Komen dari tukang rasa...Sedap!!! He he he... Maka sekali lagi, sila percaya bahawasanya ianya adalah sedap... 


Curry Beef ni memang lain sedikit rasa "gravy"nya dari kari yang kita masak di rumah. Rasa macam nak belajar pula dengan chef di Cafe 9, resipi dan cara masakannya, warna kuahnya lain dari kuah kari yang kita biasa masak. Sedap!!! Ada orang tu, selepas habis makan pun masih ratah lagi Curry Beef ni dan siap beri pujian ikhlas kepada pemilik Cafe 9. :-)... Memang sedap, Farah pun akui kesedapannya... 


Thai Prawn Fried Glass Noodle... Cukup rasa, cukup rencah...Kalau tak dek kerana Farah dah rasa perut ni dah penuh dan tak mampu lagi nak masuk makanan banyak-banyak dah lama dah Farah ngap banyak-banyak ni...Bukan setakat Farah yang sukakan rasanya, rakan-rakan lain yang turut sama bersantap semeja pun sukakan rasanya... 


Ini adalah "signature dish" di Cafe 9 yang terbaru... "Stuffed Chicken Wings"... sumbatan istimewa yang memang lain dari yang lain serta amat menyelerakan bila dipadukan dengan 3 jenis sos yang istimewa yang direka khusus sendiri oleh pihak Cafe 9. Sos kuning tu sedap! "Salted egg" yang dicampurkan dengan beberapa bahan sehingga membentuk kepada sos yang sangat macam tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata rasanya...Kat tempat lain tak jumpa ni oiii... 


Manalah nak lengkap hidangan Thai yang sebenar tanpa hadirnya Tom Yam kannn??? Ini adalah Tom Yum Seafood yang mana untuk kuahnya dicampurkan dengan air kelapa. Cukup rasa, cukup isi... Makan dengan hati yang senang dan juga puas! :-)... Lepas ni kalau masak Tom Yam bolehlah Farah cuba cara mereka dengan memasukkan air kelapa di dalam masakan...Selama kini cuma masak guna pes Tom Yam tu sahaja... Tak pun kalau teringin benar bolehlah datang makan sini sekali lagi...Ha ha ha...Manalah tau kalau-kalau masakan tu tak sama kan dengan air tangan chef di Cafe 9 kannn???

Gambar Kredit kepada SINI
Kucari-cari gambarnya hilang...Ha ha ha.... Makanya terpaksalah meminjam gambar ini dari rakan blogger lain... Ya ampunnnn!!! "Signature drink" di Cafe 9.... Guava Assamboi yang "highly recomended" dan "super" sedap... Peminat asam boi mesti suka ni... Memang ini adalah minuman istimewa mereka... 


Cafe 9: A Taste of Thai
No. 27, Jalan 17/45
46400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan


Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam
(kecuali hari SELASA)

No. Telefon:
03-7932 2899

E-mel:
kempinskicafe9@gmail.com

Laman Facebook Cafe 9: A Taste of Thai

Owhhh, bagi yang mungkin tertanya-tanya berapakah harganya...jangan risau, harganya adalah mampu dibayar dan mampu makan... "Average pricing and affordable pricing"... ;-) 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah so sedapnya tgk menu2 lazat di sana ...Yg pasti HALAL tu terlebih menarik.

    ReplyDelete

  2. Terrrliiurrr dengn prawn cake tu nyummm

    ReplyDelete
  3. Masakan Thai memang sedap. Tak rugi kalau rasa :)

    ReplyDelete
  4. Sedaaap Sedaap. Nanti nak pergi lagi. Hehe :D

    ReplyDelete
  5. so tempting! after reading, craving for tomyum again >_<

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !