Sesekali di hujung minggu, jika ada waktu terluang, nak juga memanjakan diri sendiri kan? Kesian diri dan badan oiii, asyik bekerja jer ibarat mesin tapi tak dibelai. Dia pun nak juga rasa bermakna yer tak? Kata nak pakai lama badan ni? Anak pun masih kecil lagi, jadi buatlah apa-apa yang patut yer tak?
Kebetulan hari tu A ada hadiahkan "mask" arang, selalu buat "mask" sendiri jer gunakan putih telur. Tak pun gunakan "mask" dari jenama St.Ives jer. Kali ni kita ubahlah sikit kan? Beralih angin katanya. Setakat ni memang belum pernah pakai "masak" dari arang depan mata Ash ni. Inilah kali pertama! Ha ha ha, kerut-kerut muka dia hairan. Agaknya dalam hati... "Apa ajerlah Mommy ni buat?"...
Mula-mula sewaktu pakai tu dia ok... tapi... bila dah siap pakai tu... "His reaction was like... "MEEE... NO...MEEE" ...yang benarnya dia rasa tak selesa dan takut! Ha ha ha... Jawabnya? Bertapa dalam bilik air lah Mommy dia seketika disebabkan dah pakai dan tak nak membazir. Alaa sekejap jer pun! Bukannya lama... sementara itu dia dijaga di luar oleh Nek Ma dia.
Bila dah keluar dari bilik air, baru dia tersenyum. Hik hik hik... takut rupanya... :-P.
*"Mask" arang ni bila dah pakai, bersih jer rasa muka. Ahaks banyak kali duk rasa dan rasa tekstil muka... ala Ash kenalah biasa-biasakan diri yer? Sebab selagi tak habis sebotol, Ash tetap kena tengok :-P... Taklah... pakai dan duduk dalam bilik air! Takkan nak takutkan anak pula yer tak? Agagagaga...
Alololo sian Ash, ingat mommy bertukar jadi someone else bila pakai mask arang tu hehehe.
ReplyDeletewahh.. ada ea mask arang jenis serbuk tu..nice!
ReplyDeletenanti review ek
ReplyDeletehahaha.. mesti nmpk lain kan muka mommynya.. ce share sikit mommy muka mummoy hehe..
ReplyDeleteHuhu..Terkejut Ash tgk mummy die "hitam" tetibe..haha
ReplyDeleteNasiblah ash tak minta disapukan ke muka dia juga mummy...
ReplyDeleteKesian dia... Hehe
ReplyDelete