Bayiku Bayi Orang Lain | Pernah Terbayang...

Farah Waheda Wahid
10
Sumber dari SINI
Satu ketika dulu pernah terlintas perkara ni di dalam kotak pemikiran Farah sewaktu nak hampir-hampir waktu melahirkan Ash. Tapi tak pernah beritahu sesiapa pun tentang apa yang Farah fikirkan ni. Orang kata, jangan dok nak bayang sangatlah yang bukan-bukan, jangan nak dok fikir sangatlah yang bukan-bukan, dan jangan nak merepek! Tak mungkin kot? Lepas lahir kan bayi terus diberikan "tag" nama ibu, waktu kelahiran dan juga waktu kelahiran? Mana mungkin tertukar...Ia sudah ditanda sejurus sahaja bayi di bawa keluar dari bilik bersalin atau bilik pembedahan. 

Itu kata-kata untuk sedapkan hati sendiri dan untuk memujuk hati sendiri sebenarnya. Itu 2 tahun yang lalu... Hu hu hu, Alhamdulillah tak ada insiden tertukar yang berlaku. Iyalah bayangkan susah payah kendong dalam perut lama-lama, susah payah melahirkan tiba-tiba bila dah lahir anak yang dipangku bukan anak sendiri sebaliknya tertukar anak orang lain...Mahu tidaknya terasa sesuatu di situ? Dush dush dush... 

Dan??? Dan perkara yang Farah pernah terfikir ni, akhirnya betul-betul berlaku. Allahu... Menurut petikan dari sumber di SINI

Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, berkata, isterinya, Mahani Zakaria, 36, melahirkan bayi kelima mereka di pusat perubatan itu pada 4.04 petang selepas 2 jam bayi perempuan satul lagi pasangan dilahirkan di bilik bersalin sama. 

Katanya ketika itu, isterinya mendakwa hanya dimaklumkan dia selamat melahirkan bayi perempuan secara vakum dan tidak diberi peluang untuk melihat bayi mereka. 

"Kami tidak mengesyaki apa-apa dan terus pulang ke rumah selepas isteri serta bayi dibenarkan pulang pada 3 petang semalam sebelum dihubungi semula pada 8 malam memberitahu bayi kami tertukar. 

Isteri saya tidak henti menangis mengenangkan apa yang berlaku disebabkan kecuaian kakitangan pusat perubatan itu, malah kami dimaklumkan paling cepat keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh dalam tempoh lima hari," katanya.

Harapnya masalah bayi tertukar ni dapatlah diselesaikan dengan segera dan ibu masing-masing dapat anak masing-masing yang sebenarnya secepat mungkin. Faham juga apa yang dirasai serta dilalui oleh ibu-ibu yang terlibat. Ibu di sini juga resah dan sedih...Ibu di sana juga pasti sama apabila sudah mengetahuinya. Perkara tertukar bayi ni boleh menjadi satu lagi perkara yang dalam tak sedar ia melibatkan isu agama juga oiiii... 

Katalah kalau perkara ini didiamkan? Dan pihak yang bertanggungjawab buat tak tahu jer, sebab tak nak dapat impak yang buruk? Tak maklumkan kepada ibu bapa bayi yang berkenaan bahawasanya anak mereka tertukar. Ibu bapa pun tak tau kan? Hiduplah, membesarlah anak-anak tersebut masing-masing dengan keluarga mereka yang hakikatnya bukan keluarga kandung mereka. Akan datang... hurmm... isu muhrim dan bukan muhrim secara tidak nampak boleh berlaku. Kesan jangka panjanggg.... 

Pihak yang berwajib, perkara kelahiran dan ketepatan bayi siapa? bukannya boleh diambil sambil lewa dan jangan tidak... Semoga lepas ni, semua pihak hospital atau pusat bersalin menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati serta teliti di dalam mengendalikan bayi-bayi yang baru sahaja dilahirkan... Sebagai seorang ibu, walaupun tiada kena mengena dengan kes ini...Farah sangat-sangat berharap agar perkara kecuaian yang tidak boleh diterima seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang... 

*Ermm... ini kes pertama yang pernah dipaparkan, bukan nak mempunyai aura negatif, bukan nak fikir negatif... Akan tetapi, mungkinkah perkara seumpama ini pernah berlaku sebenarnya sebelum ini? Tetapi didiamkan? "We will never know"... kan??? Hu hu hu... Yang pasti anak manja Mommy tetap anak manja Mommy... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tetiba tingat cite autumn in my heart ;-)

    ReplyDelete
  2. huuu mesti sedih bila tau yang dikendong tu bukan anak sendiri.. ;-(

    ReplyDelete
  3. sib baik pihak hospital panggil balik , kalo tak tak tahu lah

    ReplyDelete
  4. kesian..apa pun semoga kedua baby dapat kasih sayang yg sepatutnya..nasib baik jugalah hospital tu nak bagitau kan.moga dpermudahkan

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya ada kes sama terjadi dan dah jadi isu mahkamah Farah. Dua-dua lelaki satu anak Melayu satu anak Cina tertukar. Yg jadi masalah budak yg Melayu terambil Cina tak nak ikut mak Melayu tapi yg anak cina terambil Melayu nak ikut mak Cina dia walaupun dah lebih 17 tahun tau. Mana silapnya mak melayu yg mendidik anak sampai 'anak cina tersilap' dah jadi Islam masih nak ikut mak cina dia. Isu ni dah jadi isu mahkamah syariah dan mahkamah civil tau. DNA dah buat memang mereka tertukar. Sampai kini tak setel lagi tau...

    ReplyDelete
  6. semua pihak mesti ambil berat...tidak mustahil boleh berulang lagi..

    ReplyDelete
  7. sentap bila baca berita tertukar bayi ni... haihhh minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  8. Bahaya nih..Mgkn cara sensory tag adalah yg terbaik utk dipraktikkan skrg ni..

    ReplyDelete
  9. Nauzubillah... Minta dilindungi.. Pengajaran untuk semua..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !