Tanda Anak "YOU" Dah Besar Mommy...

Farah Waheda Wahid
6

Menerima kelahiran dan membesarkan serta menghidupkan Iman Ash adalah saat yang paling membahagiakan di dalam hidup Farah. Sama seperti ibu-ibu lain di luar sana. Walau seteruk mana pun liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi tetapi ianya tetap membahagiakan. Alhamdulillah, syukran Ya Allah... Memanjatkan syukur itu memang setiap hari dan sebenarnya dulu kannn masa menyambut kelahiran Ash rasa nak sujud syukur jerrr tapi sebab perut dipotong tak dapatlah nak sujud syukur... Syukur pada Allah dengan cara di hati dan tak henti-henti mengucapkan Alhamdulillah. 

"Moment" dari kelahiran, sepanjang usia kelahiran ke 1 tahun, 1 tahun ke 2 tahun fokus memang kepada Ash dan Farah cuba menikmati saat-saat itu "to the fullest" sekadar yang terdaya dan termampu... Abah Ash kata... "You" jaga Firash dengan sangat baik... Alhamdulillah atas "recognition" itu... Kerana dia tahu dan dia sedar sepanjang ketiadaan dia di sisi, Ash masih dalam keadaan yang terjaga dan terurus dengan sebaik-baiknya... Tentulah, takkan nak dibiarkan pula yer tak? Perhatian dan fokus tetap pada Ash walau sesibuk mana sekalipun, seletih mana sekalipun, sesusah mana sekalipun, sepahit mana sekalipun, sebesar mana masalah yang datang melanda sekalipun.. Itulah permata , itulah jantung, itulah hati, itulah intan payung... 

Setiap malam kalau nak tidur, mesti peluk Mommy, mesti tunggu Mommy tepuk dia... Kalau tak tepuk makanya sampai ke pukul 1 pukul 2 pagi pun dia mampu terjaga... Syarat nak tidur... Mommy "please" tepuk... Kadang-kadang bila kita tepuk dia, dia tepuk kita balik... Sama-sama main tepuk-tepuk...Ahaksss... Bila dia tepuk Mommy balik... Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan di situ... Perasaan seorang ibu... Dialah pengganti Abah dia, dialah "bodyguard" cilik, dialah cinta hati, dialah "boyfriend" cilik Mommy dia ni ha... 

Cuma!!! Hua hua hua hua... Sejak 3 malam yang lepas... Termasuk malam semalam... Cara dia tidur sudah berbeza sedikit... Jika kebiasaannya dia perlu ditepuk... Sejak 3 malam yang lepas dia tidur dengan sendirinya tanpa perlu ditepuk... Cara tu masih sama... Peluk Mommy... Tapi tidak mahu ditepuk... Tau tau jer dah lena... 

Denggg!!! Apakah ini salah satu perubahan di usia 2 tahun? Apakah ianya akan kekal begini bermula dari saat ini? Ataupun hanya untuk 3 hari yang lepas sahaja? Ha ha ha... Sendiri tanya sendiri tak reti nak menjawab... Sebab tiada jawapannya lagi... Itu tandanya anak "YOU" dah besar Mommy... Ash boleh tidur sendirilah... Ash dah jadi "big boy"... Tak perlu Mommy susah payah nak tepuk lagi... Biar Ash jer tepuk Mommy supaya Mommy tidur cepat... #ehhh... 

Detik-detik indah sebeginilah yang bakal dirindui oleh seorang ibu apabila anaknya semakin membesar yer tak? Sebab itu nikmati setiap "moment" seadanya agar tidak terbit rasa terkilan satu hari nanti... Apa pun masa tetap berlalu dan detik-detik sebegini pastinya menjadi kenangan terindah di dalam hayat seorang wanita yang bergelar ibu... Anak akan tetap membesar... Jadikan peluang menikmati waktu-waktu kelahiran sehingga dewasa itu dengan sebaiknya... Walaupun tidak mahu ditepuk dah bila nak tidur... Peluk tetap nak... Jadinya Mommy pula yang tersasul menepuk juga... Ahaksss...

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alahai..besar dah ash farah...cik akak lama tak mai...bz tak sempat bw...

    ReplyDelete
  2. Hai..singgah sini..jemput join segmen giveaway saya ye..

    http://qiyasaad.blogspot.my/2015/12/gold-giveaway-1-by-qiya-saad-powered-by.html?m=0

    ReplyDelete
  3. Ye.. Anak dah besar la tu... Tapi anak sy still nak berkepit.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Aah da bsr..x nak myusahkn mommy lgi tu..hhehe

    ReplyDelete
  5. alahai. sementara aje tu kot farah.
    ijat tiap mlm maintain nak bobok and garu belakang.
    da nak naik tadika dah :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !