SSPN-i Untuk Iman Firash...

Farah Waheda Wahid
6

Dengan deposit minima RM 20.00, akhirnya Iman Firash telahpun mempunyai akaun SSPN-i... Sebelum-sebelum ni, tak buka pun, ni baru terkedek-kedek nak buka akaun semata-mata? He he he, ibu bapa yang mempunyai potongan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) taulah sebab apa... Hua hua hua... Adalah disebabkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i. 

Rasanya ramai pun yang dah tahu pun akan perkara ini... Meh nak cerita sedikit secara lebih lanjut tentang pelepasan taksiran cukai ni... 

Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Ke Atas Simpanan SSPN-i:
  • Ibu bapa atau ibu bapa angkat / penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksima RM 6,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
  • Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksima RM 6,000.00  seorang setahun. 
  • Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehinga maksima RM 6,000.00 setahun; dan 
  • Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.
Tapi kalau tak silap Farah, yang terbaru dari pembentangan bajet yang baru berlalu ni, rasanya sehingga RM 12,000.00 kan? 

Bukanlah setakat semata-mata nak dapatkan pelepasan taksiran cukai... Tetapi simpanan untuk Ash pun yer juga... Al-maklumlah, hidup kita ni kita tak tau bagaimana akan datang...Kurang-kurang waktu sesak-sesak nak pakai duit untuk pelajaran Ash akan datang, dah ada dah untuk dia kat situ...Tak perlu nak sesak nafas dan pusing kepala sangat...In Shaa Allah...Amin...Semoga urusan Ash dipermudahkan dunia dan juga akhirat... 

Nak bagi harta bertimbun sememangnya Mommy tak mampu... Mungkin dengan cara ni jer yang Mommy mampu kot? Macam mana pun, Mommy cuba yang terbaik untuk Ash yer? Akan Mommy usaha sedaya upaya selagi termampu... 

*Kebetulan terlalu di pejabat PTPTN tadi...Taklah semestinya kata nak suruh anak berhutang belajar bila dah dewasa nanti...Buka akaun SSPN-i bukan bermakna anak mesti meminjam kan? Manalah tau kalau-kalau ada rezeki terpijak akan datang...Cuma guna duit simpanan selama dari kecil sampai besar jer ker? Atau guna duit rezeki terpijak jer ker? Kannn? Pinjaman PTPTN ada bunga kan? Lepas tu tengoklah risikonya sekarang, ramai yang kena potong gaji sampaikan ada yang tinggal RM 0.00 oleh pihak PTPTN...tak naklah sampai perkara macam tu terjadi pada Ash kan? In Shaa Allah, takkk... Mujur Mommy dapat pembiayaan bersyarat dari MARA...Pinjam RM 30,000.00 untuk tujuan pendidikan tinggi dan bayar balik cuma RM 5,000.00 sahaja disebabkan keputusan yang membolehkan hanya perlu RM 5,000.00... Hurmm...selesai dah hutang tu bertahun-tahun lama dulu... Dapat bonus terus selesaikan... Alhamdulillah... Tapi serius kesian dengan sesiapa yang gaji tinggal RM 0.00 tu... Kalau nak potong pun kot yer pun, berkadaranlah kan? Kesian kawan tu nak makan apa? 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang x patutpun mereka buat pemotongan samapi gaji tinggal Rm0.00.. apa salahnya kalau nak potong pun, potonglah separuh ke.. suku ke.. Sekurang-kurang ada lagi baki..

    ReplyDelete
  2. abam pun menabung utk pendidikan anak2 pd masa dpn. kalau boleh x nak pinjam PTPTN.

    ReplyDelete
  3. melampau sgt PTPTN tuuu...bergak la potong...buat la 10% ke ape...adoi! btw, tahniah sbb berfikiran matang dan bantau ash dr awal

    ReplyDelete
  4. sy pn nt nk buka jgk lh utk ank2..

    ReplyDelete
  5. Ptptn ugut sungguh tu.. Bagi yg tegar tak bayar langsung dan tak hiraukan surat dr mereka.. Saja nak ajar je tu.. Tapi diorg akn pulangkan semula tu nanti..

    ReplyDelete
  6. tulah, kak Alycia pun ada plan nk buka utk zhafran.. abg adam dah buka insurans pendidikan.. zhafran tak buka apa2 lg ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !