Selangor Menang Piala Malaysia | Isnin 14.12.15 Cuti Lagi???

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari SINI
Dari petang semalam lagi Seksyen 13 Shah Alam sesak! Nampaknya warna merah, kuning, hijau... Berpusu-pusu orang... Orang yang nak menuju ke i-City Water World ni pun turut jadi mangsa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Anak teruna tu pula tak sabar duduk dalam kesesakan lalu lintas, makanya bertabah jerlah yer tak? 

Akhirnya perlawanan dilangsungkan malam semalam dan Selangor menang Piala Malaysia pada kali ini. Walaupun anak jati Kuala Lumpur dan kini menetap di Selangor, nak ucapkanlah juga tahniah kepada negeri Selangor serta pemain pasukan bola sepak Selangor di atas kejayaan memegang kembali Piala Malaysia tu. He he he... Dan tup tup tup, pendengaran khabar berita Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawasanya hari Isnin 14.12.2015 diumumkan sebagai cuti peristiwa bagi negeri Selangor. 

Untunglaaa bagi sesiapa yang dah tentu-tentu "confirm" cuti tu. Kakak ni walaupun bekerja di Selangor tapi rasanya tak pasti lagi. Tapi kalau iya cuti juga... Yeehaaaa... Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin... 5 hari tu oiiii... "Heaven!".... Bergantung kepada kata putus H sama ada dia nak cuti sama atau nak buka pejabat seperti biasa. Nampak gayanya kenalah What's App AC pagi nanti dalam pukul 8.00 pagi atau pukul 8.30 pagi... Minta AC "confirm"kan dengan H dulu. Kalau H "confirm" ya ataupun tidak, semua kakitangan harus dimaklumkan gittew supaya tak ada kekeliruan. 

Pada yang bakal sambung bercuti tu... Selamat menyambung cuti dan nikmatilah cuti anda sepenuhnya dan sebaiknya bersama yang tersayang... ;-)... Cuti bonus namanya nih... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !