Saya Sayang Keluarga Saya | "Looking Forward To" Bulan Keluarga 1 Malaysia 2016!!!

Farah Waheda Wahid
4
SAYA SAYANG KELUARGA SAYA! Siapa yang tak sayangkan keluarga oiii... Susah ke? Senang ke? Gembira ke? Sedih ke? Keluargalah yang sentiasa ada di hadapan mata kita, di belakan kita, menjadi tulang belakang kita untuk bersama-sama kita di dalam setiap kita, untuk menceriakan hari-hari kita. Kalau boleh hari-hari kakak nak menggembirakan keluarga dan meraikan mereka. 

Bukan Farah seorang jer yang merasakan perasaan yang sebegini, Farah pasti semua orang pun sama juga... Jika ada kesempatan, jika ada ruang, ingin menggembirakan keluarga sekerap yang mungkin kannn??? Dan disebabkan itu jugalah meraikan keluarga adalah salah satu sebab yang terbaik untuk mengadakan satu acara khas dan itu adalah apa yang telah dilakukan baru-baru ini pada bulan November yang lepas di City One Megamall Kuching. Acara "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) yang mana bulan November adalah bulan rasmi yang dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan institusi keluarga. Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merupakan penganjur utama untuk pelancaran kebangsaan "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) 2015, berharap agar ianya dapat disambut di seluruh negara oleh kedua-dua sektor swasta dan awam pada setiap tahun. 


Sambutan peringkat kebangsaan itu telah diadakan di City One Megamall Kuching bertemakan karnival dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bagi keluarga. Aktiviti seperti pameran, nyanyian karaoke, demonstrasi dan juga permainan interaktif diadakan bagi memeriahkan lagi majlis perasmian itu. Isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu adalah merupakan tetamu kehormat dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim telah hadir pada hari tersebut dan ianya telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang berkaitan dengan kekeluargaan.

Penekanan khusus yang ditekankan semasa sambutan itu adalah lima nilai-nilai teras keluarga iaitu - kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni (KASIH) untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga.

Dalam ucapan beliau, isteri Ketua Menteri menekankan kepentingan "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) bagi mengukuhkan ikatan keluarga kerana kadar penceraian semakin meningkat. Beliau juga berkata, institusi keluarga yang teguh dan kuat adalah penting bagi memastikan pembangunan negara dan maka dengan itulah pelancaran "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) diadakan. 

Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Rohani juga berucap mengenai aktiviti yang dapat membantu mengukuhkan ikatan kekeluargaan, terutamanya bagi warga emas yang kadang kala dipinggirkan. 

Ramai keluarga telah menghadiri majlis tersebut yang mana dalam masa yang sama terdapat pelbagai program yang melibatkan anak-anak dan ibu bapa. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Rubiah Epit, 54, seorang kerani dan ibu kepada lima orang anak. "Saya benar-benar mengalu-alukan acara sebegini kerana ia mengingatkan kita tentang kepentingan keluarga," katanya. Tambahnya lagi, sebagai seorang ibu kepada 5 anak lelaki yang telah dewasa, kesemua mereka belum berkahwin, acara sebegini baik untuk mereka belajar tentang lima nilai teras keluarga sebagai persediaan apabila menempuh alam rumahtangga.

Bukanlah nak jadi wartawan, akan tetapi Farah berharap pihak LPPKN akan terus mengadakan acara ini setiap tahu kerana ia adalah penting terutama bagi anak-anak muda. Masyarakat sedang berubah, dan seperti yang diungkapkan oleh isteri Ketua Menteri, kadar penceraian pula semakin meningkat. Oleh itu, sila ambil maklum yer... bulan November telah diwartakan sebagai Bulan Keluarga oleh kerajaan yang mana ia akan mengingatkan kita betapa pentingnya keluarga dalam masyarakat kita.  

Sementara itu, Sharon Chew, seorang ibu berusia 45 tahun merupakan ibu kepada 2 remaja perempuan dan 2 kanak-kanak lelaki juga gembira dengan majlis itu. "Kedua-dua anak lelaki saya berasa seronok dan saya juga dapat belajar mengenai keharmonian keluarga. Pameran yang diadakan amat menarik dan bermaklumat kerana saya tidak sedar ada agensi kerajaan yang boleh memberi khidmat kaunseling, bagi golongan muda dan juga untuk ibu bapa. Saya berharap agar pihak LPPKN akan menerima lebih banyak sokongan daripada sektor swasta supaya ‘Bulan Keluarga 1Malaysia’ (BKK1M) boleh menjadi satu bulan untuk keluarga di Malaysia untuk bersama-sama dan meraikan satu sama lain," katanya lagi. 
Sesekali kalau sertai acara sebegini menarik juga kannn? Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari, yang menyedarkan kita dan juga mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga... Mungkin ada satu nilai yang kita tak akan nampak dengan mata kasar tetapi ianya terjadi dengan sendirinya... "Looking forward to" Bulan Keluarga 1 Malaysia pada tahun 2016 di bulan November 2016 nanti... Ingin tahu apakah pengisiannya kali ini dan apakah manfaatnya kepada institusi kekeluargaan... Sambutan di mana? Itu kita kena sama-sama tunggu dan lihatlah kannn??? ;-)

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bagus juga mcm ni. biasa setahun sekali time raya berkumpul kan.. tupon kalau yang knea dapat cuti.. kalau yg tk dapat cuti.. tak dapat berkumpul sama-sama la kan..

    ReplyDelete
  2. btul tu farah.. love family very much ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !