NAELOFAR Jazzebelle Hoodie...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Yang ini susah dah nak dapat di mana-mana dah nih... Jika anda adalah pemakai koleksi Naelofar Hijab dan ikut rapat-rapat di laman web jualan atas talian Naelofar Hijab... Apa yang anda akan temui adalah seperti di bawah berikut:

Sumber dari SINI
Farah sempat kerling sekejap jer hari tu koleksi Naelofar Jazzebelle Hoodie ni... Selepas itu, selepas 2-3 hari dah hilang! Alahaiii, baru nak kerling-kerling. Hik hik hik... Rezeki apabila diposkan oleh Puan Harliza Hanis, Naelofar "Authorised Stockist" tempoh hari... Dapat juga merasa kakak menyarungkan Naelofar Jazzebelle Hoodie... Farah memang berminat jenis-jenis shawl ekpress berbentuk "hoodie" untuk pemakaian kasual. Macam dulu contohnya, Intai-Intai Diyana Halik Tudung...Jujurnya sekarang ni susah dah nak dapat koleksi Diyana Halik jenis "hoodie" ni... Sangat terhad stok-nya. Dan warna-warna yang tinggal pun macam dah tak banyak pilihan... Ha ha ha, nampak sangat rindu dengan koleksi "hoodie" Diyana Halik... 


Hari ni, Farah melaram NAELOFAR Jazzebelle Hoodie... Hew hew hew... "Hoodie" sebegini sebenarnya Farah ada corak rekaan yang hampir sama dah bertahun-tahun dulu sejak ianya mula keluar, cuma jarang nak pakai dan tak pernah ambil gambar punnn... Apa yang boleh Farah katakan, kainnya tentunya selesa seperti Diyana Halik Tudung. Sangattt selesaaaa! Tak panas langsung ok? Dan membuatkan pergerakan Farah pantas ke sana ke mari tanpa perlu merasa panas... Ha ha ha... Kerja Farah ni memang memerlukan pergerakan dan banyak bergerak...Sekejap anda akan tengok Farah "post" gambar, Farah di sini, sekejap lagi anda tengok Farah berada di satu tempat lain. Ianya juga mempercepatkan proses Farah bersiap di waktu pagi...Sarungkan dan kemudiannya bentukkan "hoodie" tu... Siap! Untuk hari-hari nak cepat bagus nih! 

Dan sebenarnya Farah faham kenapa ianya adalah "timeless"... Hari tu kannn Farah ada terbaca... 

Sumber dari SINI
Melalui artikel yang bertajuk Naelofar Hijab Dituduh Tiru Rekaan Tudung SugarScarf. Secara peribadi, Farah tak memihak kepada mana-mana pihak dan Farah tak nak campur pun...Hik hik hik, yang Farah tau mana yang bersesuaian dengan Farah, Farah selesa, Farah suka, Farah pakai, tak kira apa pun jenama. Lagipun, sewaktu bermula berhijab 3 tahun yang lalu pun Farah bermula dari SugarScarf juga, dan SugarScarf sememangnya banyak dalam koleksi Farah pun... Jika tak percaya dan bagi membuktikan bahawasanya Farah sudah lama dengan SugarScarf...Bolehlah rujuk entri bertarikh 11 Februari 2014, Saya Peminat SugarScarf!!! dan entri bertarikh 13 Mei 2014, SugarScarf Tetap Menjadi Pilihan Iolss. Banyak jenis tudung dah Farah ni buat koleksi yang benarnya...Uhukss bukan meninggi diri atau riak sekadar nak memaklumkan, motifnya pengakuan tu, nak beritahu, Farah ni harmoni, semua jenis pun, semua jenama pun Farah pakai jika bersesuaian. 

Bak kata artikel tentang tiru-meniru tu... Sebenarnya agak sukar untuk mempertahankan rekaan fesyen dari ditiru jika ia tidak dipatenkan. Menurut pendapat sesetengah orang juga tidak wujud originaliti dalam dunia fesyen, apatah lagi dalam rekaan tudung kerana ramai pengeluar tudung mengambil idea bukan saja dari sesama sendiri, malah dari rekaan hijab pereka negara luar. Anda keluarkan reakaan hari ini, minggu hadapan tidak mustahil rekaan yang sama muncul di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Cara terbaik mempertahankan rekaan fesyen ialah dengan mempatenkan rekaan seperti yang telah dibuat oleh Fareeda dengan rekaan tudung ropolnya. Macam tulah... Usah bimbang, usah khuatir, usah risau, lihat kepada sudut positif kannn? Setiap jenama ada peminatnya yang tersendiri yer tak? 

Owhh ya, jika anda berminat nak dapatkan koleksi NAELOFAR Hijab dengan stokis yang sangat peramah dan membantu dengan mesra serta "reliable" bolehlah hubungi:



COD: 
Putra Heights, Alam Megah, Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Sunway, SOGO, NuSentral, Bangsar

POS:
Seluruh Malaysia Setiap Hari

What's App / SMS:
019 - 6038366

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. cuma ada 2 je tudung nealofar ni... tapi x tau nama ;-) btw magic awning tu cantik

    ReplyDelete
  2. Cantik gak...terletak je bila pakai...

    ReplyDelete
  3. cantik! dieyana pun suka tudung yang jimat masa macam ni... suka naelofar sebab selesa n sejuk..nk kena try juga yang jenis hoodie ni! ;-))

    ReplyDelete
  4. Tudung tu cantik sekali dengan namenya.. Yang pakai tu lagi cantik! :) Sesuai..
    Naniey prefer tudung yang tak perlu iron. heee...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba lagi tudung neolofarr nih..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !