Masih ingat dengan cerita Farah mengenai baju sekolah bebas kedut atau anti-kedut tempoh hari? Bagi yang terlepas pandang, boleh rujuk pada entri MatariShop.Com | Baju Sekolah Bebas Kedut Dengan Harga Berbaloi!!! . Rugi tak baca dan terlepas pandang tau!!! Ada kod diskaun menarik khas untuk semua pembaca Bubblynotes.Com yang melakukan pembelian secara atas talian!!!
Kali ini, Farah nak mengwar-warkan satu lagi berita yang menarik dan baik kepada semua ibu bapa di luar sana tu mengenai apa yang ditawarkan oleh pihak MatariShop.Com sekiranya anda berbelanja pakaian seragam sekolah anak anda di MatariShop.Com. Dahlah pakaian seragam yang bebas atau anti kedut, lepas tu pula berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM 2,500.00 lagi jika betul caranya. Siapa tahu rezeki terpijak anda kannn??? Bagaimana caranya???
Begini... Pihak MatariShop.Com kini telahpun melancarkan program cabutan bertuahnya yang akan berakhir pada 15 Januari 2016.
Caranya mudah sahaja sepertimana yang kelihatan di dalam gambar di atas... :-)
Langkah 1:
Beli sama ada secara atas talian ataupun dari cawangan MatariShop.Com sendiri dan kemudiannya tangkap gambar anak-anak anda yang sedang memperagakan pakaian seragam sekolah dari jenama Matari
Langkah 2:
Muat naik gambar tersebut (pastikan "setting public") ke laman Facebook anda dilengkapi dengan #Matari
Langkah 3:
"LIKE" Facebook Fan Page MatariShop.Com dan gambar yang paling "FUNNY & CREATIVE" akan terpilih.
Haaaa, jangan fikir nak menipu ok? Beli baju sekolah jenama lain lepas tu nak masuk pertandingan cabutan bertuah ni. Sebabnya anda perlu:
1. Membeli baju sekolah jenama Matari untuk menyertai pertandingan ini.
2. Simpan resit pembelian sebagai bukti sokongan.
3. Mesti "LIKE" Facebook Fan Page MatariShop.Com.
Bermakna, jika anda terpilih anda diminta untuk mengemukakan bukti pembelian baju sekolah jenama Matari. He he he.... Ada yang masih mencari baju sekolah? Ada yang masih belum membeli baju sekolah? Farah syorkan belilah baju bebas atau anti kedut ni yer?
Untuk Maklumat Lanjut:
kalau ada rezeki, jimat kan
ReplyDeletehebat ni teruskan usaha ya
ReplyDeletegood luck
ReplyDeletebelum sempat terjah lagi nie..sb baju abam warna hijau tahun depan.
ReplyDeleteWahh mnarik sgt ni..para parent blh la join ni
ReplyDeleteNice sharing kak farah..
ReplyDelete