Mabuk Karate!!!

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Ini semua semata-mata gara-gara kerana dia menonton rancangan Ceria All Stars di saluran Astro Ceria hari Jumaat yang lepas. Bahagian kanak-kanak menari-nari dan menyanyi-nyanyi atau bermain alat muzik semua dia tak layan. Sibuk dengan urusan menyepah dia di bilik permainan dia tu... Bila tiba bahagian seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun menunjukkan persembahan karate... Hua hua hua...Tiba-tiba mata dia kejap memerhati kaca televisyen. Statik di satu tempat dan sepenuh konsentrasi ditumpukan di situ. 

Dari mula persembahan kanak-kanak tersebut sehinggalah tamat persembahan kanak-kanak tersebut, memang dia fokus sefokus-fokusnya... Selepas itu...Bermula daripada detik itu sehinggalah ke malam semalam... Tidak habis-habis dia mengikut gaya kanak-kanak lelaki tersebut...Cepat betul serap!!! Gayanya dah lebih kurang video di bawah ini... 


Nak tergelak pun ada...Tapi memang tergelak pun satu isi rumah... Iyalah cilik sangat gaya karate tuuu.... Memang di dalam perancangan "timeline" Ash, satu hari nanti In Shaa Allah, jika ada rezeki dan ada ruang, Ash tetap akan dihantar ke kelas "martial arts"... Dalam senarai pilihan ada Taekwondo dan juga Karate... Tetapi nampaknya hati Mommy dia ni lebih kepada Karate. Gittewww...Konon-konon ko berangan-angan nak jadikan anak ko tu The Next Karate Kid...Hua hua hua...Berangan jer...Tak semestinya...Orang kata cakap perlu berlapik yer tak? Hua hua hua... Nanti dok sibuk ya ya kata masuk Karate, tiba-tiba masuk Taekwondo, tiba-tiba masuk silat...acaner? 

Hari tu pun Farah dah mula "survey-survey" kelas karate untuk kanak-kanak berusia 4 tahun. Farah pernah kongsikan di dalam entri yang bertajuk... Kelas Karate Untuk Kanak-Kanak | The Little Gym. Kelas tu bermula untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun, kalau ada untuk usia 3 tahun, memang seawal mungkin dah Mommy hantar Ash... Hua hua hua... 

Tapi sukalah juga tengok gaya dia buat karate langkah sumbang tu... Ini pun rasa tak sabar nak balik nak tengok langkah karate dia? Errrr...Ash mabuk karate, tetapi Mommy pula, teruja dan suka nak tengok... Sama naik anak beranak nampaknya nih... :-P

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nmpknya ash ada bakat suda tu bekarate sis...blh d latih

    ReplyDelete
  2. Hihihi...mesti comel je..acik PC sokong je...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya karate nnt ade org nak kacau boleh karate je

    ReplyDelete
  4. Hehe.. Bgus tu.. Seni mempertahankan diri..

    ReplyDelete
  5. dek krn entry farah tu, aida pun dok survey kelas taekwondo utk ijat.
    tapi takde la kat melaka, farah.
    sedih...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !