Kunci Menjadi Ibu Bapa Yang STYLO!!!

Farah Waheda Wahid
4

Kalau penampilan nak STYLO, pembawakkan kita sebagai ibu bapa pun perlulah STYLO yer tak? Ngeee... Perkongsian bersama buat semua ibu bapa di luar sana mengenai apakah kunci untuk menjadi ibu bapa yang STYLO kepada anak-anak kita... Terima kasih dan kredit di atas perkongsian yang diberikan melalui sumber di SINI

KUNCI 1: "SAYANG ANAK BERPADA-PADA...KELAK ANAK NANTI"
Sememangnya kasih sayang dan cinta tidak berbelah bahagi akan memberikan kepuasan kepada kita dan juga anak-anak. Gula dan garam yang berlebihan pasti membawa penyakit. Begitu juga dengan kasih sayang. 

Pemberian hadiah yang tidak sistematik dan tanpa had akan menjadi racun kepada anak-anak. Kita tidak digalakkan memberikan hadiah setiap masa dan menyogok anak-anak dengan kemewahan semata-mata agar mereka mendapat kepuasan dan mendapat apa sahaja yang mereka kehendaki. Sekali sekala didiklah anak-anak agar bersikap sabar dalam meminta sesuatu. Perasaan kecewa atau marah kadang-kadang perlu mengimbangkan kehidupan. Moga mereka kenal bahawa dunia ini penuh dengan ujian dan kesukaran.

KUNCI 2: "LIBATKAN DIRI DALAM KEHIDUPAN ANAK-ANAK..."
Ibu bapa muda kadang terperangkap dengan kerjaya dan keluarga. Antara mengejar kemewahan dan memenuhi keperluan anak-anak. Ibu bapa perlu tahu yang mana keutamaan, keperluan mahu pun kehendak. Menghadiri hari suka anak-anak atau bertemu klien untuk projek besar. Solat jemaah dan mengaji Al-Quran bersama keluarga atau memilih pulang lewat dari pejabat untuk menyiapkan kertas kerja untuk esok hari. Bila kali terakhir kita bermain dengan anak kita? 

KUNCI 3: "MENDIDIK ANAK MENGIKUT ZAMAN, PERKEMBANGAN DAN UMURNYA"
Mendidik anak-anak yang berumur 3 tahun dan 13 tahun adalah sangat berbeza. Anak yang berumur 3 tahun biasanya akan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan berguling di atas lantai dan menangis sekuat hati. Benar bukan? Anak berumur 13 tahun pula mungkin akan lebih menyendiri dan mencari kawan-kawan untuk menenangkan jiwa. 

KUNCI 4: "ADAKAN DAN CIPTA PERATURAN UNTUK ANAK"
Anak-anak perlu dididik dengan batasan tertentu. Di mana-mana sahaja perlu ada peraturan dan undang-undang yang perlu diikuti termasuklah di rumah. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang biasa mengikut peraturan ketika kecil akan lebih mudah mengurus diri apabila sudah besar. Peraturan yang boleh kita lakukan di rumah seperti makan bersama, meletakkan baju kotor di bakul yang sepatutnya, menyusun kasut, menonton televisyen atau bermain tablet pada waktu yang ditetapkan sahaja dan sebagainya. 

KUNCI 5: "KONSISTEN DENGAN DIDIKAN YANG DIBERIKAN"
Ibu bapa usah jadi seperti lalang. Perlu konsisten dengan peraturan dan didikan yang diberikan. Contohnya jika anak tidak memasukkan baju kotor ke dalam bakul sepatutnya, tanyakan mengapa dia perlakukan sedemikian. Jika kita membiarkan sahaja, dia pasti akan melakukannya sekali lagi kerana dia tahu kita tidak kisah akan perlakuannya.

Contoh lain, seperti solat. Kita bertegas agar anak melakukan solat pada waktunya. Jika kita tidak konsisten dengan peraturan tersebut, maka anak akan mengambil mudah akan perkara tersebut. 

;-) Semoga bermanfaat buat semua ibu bapa daripada apa yang Farah panjangkan ini hasil dari pembacaan Farah. Selamat sama-sama mencuba dan berusaha untuk menjadi ibubapa yang STYLO!!!

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !