![]() |
Sumber dari Google |
Walaupun Farah bukanlah seorang ibu tunggal...Diulangi, Farah bukanlah seorang ibu tunggal yer, tetapi Farah amat memahami bagaimana rasanya menjadi seorang ibu tunggal. Terkapai-kapai menguruskan kehidupan, mencari rezeki dan juga melakukan segala yang mungkin untuk menghidupkan serta membesarkan anak-anak. Hairan!!! Bila ada segelintir manusia yang bergelar "manusia" memandang sinis ataupun memandang rendah kepada ibu tunggal. Antara yang Farah pernah terlihat, terdengar dan terbaca... manusia yang bergelar "manusia" ini seakan-akan menghina ibu tunggal serta memperlekehkan ibu tunggal. Yang sering kita dengar di sekeliling kita... "Alaaa...Mak J"... "Alaaa...Mak Janda tuu..."
Ehemmm... Kalau yang berkata itu lelaki, jangan terlalu memperlekehkan sangat yer? Satu hari nanti kalau takdir Allah SWT anda bertemu jodoh dengan ibu tunggal? Masa tu? Nampaknya makan sendirilah kata-kata tu yer... Kalau yang berkata itu wanita sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum lagi berkahwin... Jangan terlalu memperlekehkan juga golongan ibu tunggal, pernah dengar kata-kata ni? Kahwin ni ibarat "gamble", hari ini suami kita sayang kita, esok lusa belum tentu... Haaa lebih kurang gittew lahhh...Jadi sebelum jadi terlalu lancang mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis, sila fikir banyak kali dulu yer kawan-kawan... Jangan terlalu selesa dengan kehidupan kita pada hari ini... Esok lusa kita tak tahu apa yang akan datang...Dan janganlah pula terlalu berbangga diri dengan kedudukan kita yang kita rasakan sempurna segalanya tu....
Khas buat ibu-ibu tunggal di luar sana sebagai penguat semangat anda untuk meneruskan kehidupan...
Rohani
Usah menyalahkan takdir jika anda kini bergelar ibu tunggal. Hakikatnya, anda bukan keseorangan. Anda masih mempunyai anak-anak, adik-beradik, ibu bapa dan teman-teman. Perkara pertama yang perlu ada dalam diri anda adalah jangan cepat berputus asa, tabahkan hati dan kuatkan iman. Sikap ini perlu ada untuk membantu anda terus bangkit dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran hari ini. Jika anda mengetepikan soal rohani, anda mungkin hanya mampu menangis dan berkurung di dalam bilik.
Tanggungjawab
Anda masih mempunyai anak-anak dan keluarga untuk ditanggung. Bergelar ibu tunggal tidak semestinya anda perlu berhenti kerja kerana mengenang akan nasib diri. Ingatlah bahawa tanggungjawab akan bertambah dan menjadi lebih besar. Jika sebelum ini anda bekerja di pejabat, menjaga makan minum dan pakaian anak, kini tiba giliran anda menghantar anak-anak ke sekolah. Segala bayaran bil elektrik dan air, minyak kereta, lampu rosak, paip patah dan sebagainya perlu anda tangani. Jika anda mengeluh, ia akan memberi kesan buruk terhadap anak anda. Berkemungkinan pelajaran anak akan terjejas.
Tepis
Mulut tempayan memang boleh ditutup tetapi mulut dan jari manusia sedikit sukar. Sudah menjadi lumrah apabila gelaran ibu tunggal sering dipandang serong. Kata-kata negatif sering dilemparkan tetapi anda sendiri tidak perlu merasa begitu tertekan. Perkara terbaik adalah menepis kata-kata negatif dari orang sekeliling. Anda perlu menjadi seorang yang positif dan menggembirakan anak-anak. Bagaimanapun kehidupan anda juga layak untuk bahagia ok?
Ibu tunggal bukan golongan yang boleh dipandang rendah dan disisihkan. Sebagai seorang wanita tanpa suami, anda punya satu kelebihan iaitu mampu menjadi seorang bapa yang lebih rapat dengan anak-anak. Sikap tabah dan kuat ketika melahirkan menjadi anda wanita yang paling hebat di dunia. :-). Kalau tak, masakan ada pepatah mengatakan tangan wanita yang menghayun buaian juga mampu mengoncang dunia. Fikir-fikirkan ek?
Rujukan: SINI
Betul tu farah....cik akak faham sebab ibu cik akak ibu tunggal
ReplyDeleteBila tengok ibu cik akak..Ya Allah...hanya Allah sahaja tahu isi hati dia farah..
Tapi yang cik akak tabik betul2...Walaupun status ibu tunggal dia mampu buat yang terbaik untuk anak...
Semoga ibu tunggal kat luar sana...jangan mudah mengalah...semangat untuk anak-anak
Memang tabik spring dengan ibu2 tunggal di Malaysia ni Farah..
ReplyDeleteMereka seorang yg tabah dalam mengharungi kehidupan..
Seorang bukan bererti tidak kuat kan..
yong salah seorang yg pernah merasai status itu
ReplyDeletenow as a wife,again
lain orang,lain kisahnya
cuma masyarakat sekeliling,tetap dengan sinisnya
once dh ada title J tu
apa saja org bebas nk judge
apa saja seronok keluar dari bibir mereka
hakikatnya
allah maha mengetahui~
seorang ibu tunggal memang banyak dugaannya
ReplyDeleteKebykkn kwn lya status ibu tunggal..betapa kuat n tabahnya hati diorg mmbsrkn ank2.
ReplyDeleteJadi Ibu tunggal ni best apa..hehehee...apapun akak x malu jadi Ibu Tunggal..until now akak bangga dengan pencapaian akak..cuma tak leh lepas dari hinaan la kan..tak pe..allah ada...
ReplyDeletebetul2
ReplyDeleteIbu tunggal harusnya di hargai dan ditolong apa keperluannya. Pahala ibu tunggal ni banyak sebab membesarkan anak-anak. Walau bagaimanapun jangan dikecam dan di perlekehkan..siapa la kita nak menghukum seseorang kan...kalau kena kat muka sendiri baru tahu rasa. Hormatilah sesiapa sahaja tak kira ibu tunggal mahupun bapa tunggal. Bukan mereka nak kehidupan sepertu itu.
ReplyDeletesalam.sbgai manusia biasa,harus di ingt bahawasanya tiada sesiapun yg berhak memperlekehkan sesama insan///x kisah lah apapun statusnya,sesugguhnya setiap patah perkataan kita adalah doa
ReplyDeleteSaya mohon untuk bantu beri semangat dan sokongan terutamanya dari segi psikologi pada saya..
ReplyDelete