Jaga Kulit Anak | Cara Mencuci Pakaian Anak Dengan Betul

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Sejak dari kelahiran Ash, pakaian Ash memang tidak pernah dicampur dengan pakaian isi rumah yang lain dan pakaian Ash sememangnya dibasuh dengan menggunakan detergen pakaian khas untuk bayi iaitu sama ada menggunakan detergen pakaian dari Cotton Buds ataupun Pureen A-B-D (Anti-Bacterial Detergent). Bergantung pada mana yang sempat dijumpai atau dibeli. 

Sumber dari Google

Sumber dari Google
Mencuci pakaian anak? Nampak macam perkara remeh tetapi ia sangat penting demi memastikan kesihatan anak anda terpelihara. Kulit bayi dan kanak-kanak sangat sensitif. Menjaga kulit mereka penting untuk mengelakkan daripada dijangkiti bakteria yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kulit.

Menurut artikel di SINI , sebenarnya cara mencuci pakaian anak adalah salah satu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh setiap ibu bapa terutama yang baru mendapat anak. Mesti ramai akan beranggapan apa yang susah sangat mencuci pakaian anak kannn??? Campak sahaja dalam mesin basuh dan tunggu sampai ia selesai membasuh. Lepas itu keluarkan dan sidai. 

Tapi perlu diingat, anda tidak boleh mencampurkan cucian pakaian anak dengan pakaian orang dewasa, terutama pakaian bayi baru lahir. Kulit bayi sangat sensitif dan tahap kekebalan badan mereka juga belum sempurna. Jika tersilap cuci, bimbang kulit bayi terkena jangkitan bakteria dan boleh menyebabkan kegatalan. 

Selain dari itu, pastikan juga anda tidak terlalu teruja untuk memakaikan anak dengan pakaian yang baru dibeli. Cuci terlebih dahulu pakaian tersebut bagi menghilangkan debu dan kandungan bahan kimia yang digunakan dalam proses membuat pakaian tersebut. 

1. Sepanjang setahun pertama usia anak, pastikan cuci pakaian mereka berasingan dengan pakaian orang dewasa yang lain untuk mengelakkan pencemaran kotoran daripada pakaian orang dewasa.

2. Bersihkan dahulu kesan kotoran makanan bayi sebelum pakaian dicuci. Buang sebarang kotoran pejal yang ada pada pakaian, bilas bahagian tersebut di bawah air mengalir. Sekiranya masih ada lagi kesan kotoran, anda boleh rendam sekejap di dalam air yang dicampur dengan sabut pencuci khas untuk bayi.

3. Gunakan sabun khas untuk bayi bagi mencuci pakaian sehingga mereka berusia 6 bulan. Selepas itu anda boleh bertukar perlahan-lahan kepada sabun lembut yang biasa. Sekiranya anak menghadapi masalah jangkitan pada kulit, kembali gunakan sabun khas untuk bayi kerana dia mungkin mempunyai kulit yang sensitif.

4. Jangan gunakan pelembut pakaian semasa mencuci pakaian anak selama enam bulan pertama usianya. Selepas tempoh usia tersebut, anda boleh menggunakan pelembut pakaian yang mempunyai kandungan formula hypoallergenic.

5. Sekiranya memilih cara cucian tangan, pastikan anda membilas pakaian anak beberapa kali sehingga tiada lagi kesan sabun yang tinggal. 

6. Jika menggunakan cara cucian mesin basuh, pilih butang putaran lembut pada mesin basuh semasa mencuci. Ia untuk mengelakkan pakaian anak anda mudah rosak. 

7. Biasanya pakaian bayi tidak perlu diseterika. Sekiranya ada jenis yang perlu diseterika, elakkan penggunaan suhu terlalu tinggi yang berisiko merosakkan kelembutan pakaian bayi.

8. Kaedah pencucian pakaian anak ini bukan hanya terhad pada pakaian sahaja tetapi digunapakai untuk semua fabrik yang bersentuhan dengan kulit bayi seperti selimut, kain bedung, sarung bantal, tuala dan sebagainya.

Bagaimana uniknya seseorang ibu itu melahirkan anak, begitu jugalah uniknya penjagaan anak kannn? "Delicate" sangattt... Semuanya demi memastikan segalanya baik-baik sahaja untuk anak yer tak? 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak de anak lagii ..
    Tapi , tips ini berguna untuk Lyssa nanti ..
    Boleh rujuk balikk . Thanks kak farah ^^

    ReplyDelete
  2. utk anak mesti special sikit kan dalam ape segi sekali pun ;)

    ReplyDelete
  3. Masa baby kecik mmg guna detergen khas tu tp bile dah besar xde lagi dah... dan mmg baju ank x campur baju dewasa masa basuh...

    ReplyDelete
  4. time baby baby ni memang kena jaga diorang.
    terutama kulit.
    mostly diorang sensitip.

    ReplyDelete
  5. sampai sekarang masih guna detergen khas untuk pakaian baby walau anak dah 4 tahun... cuma up sikit kepada mode membasuh (mesin) dari delicate ke normal... kadang2 soak... huhu

    ReplyDelete
  6. nory pon asingkan baju Iqy masa mencuci sampai sekarang..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !