![]() |
Sumber dari Google |
Uhuksss...demam Dilwale tak habis lagi ni... Ha ha ha, walaupun dah menonton sekali tetapi tetap rasa nak menonton berkali-kali juga! Yang kekal mencairkan jiwa... semestinya Shah Rukh Khan yang telah diminati sejak bangku sekolah lagi! Kalau tak minat manalah datangnya koleksi VCD dan DVD filem lakonan Shah Rukh Khan yang melambak-lambak di rumah tu yer tak? Salah seorang aktor Bollywood yang menjadi kegemaran...paling minat! :-).
Peminat filem Bollywood, dah tonton Dilwale? Betul tak Farah kata, tonton sekali rasa nak tonton berkali-kali. Ahaksss...dulu masa zaman sekolah, masa tu nak menduduki SPM, niat di hati nak tonton konsert Shah Rukh Khan, lepas tu berangan-angan nak jumpa Shah Rukh Khan secara "in person"...Bha ha ha, dalam mimpi jerlah kakak oiiii! Kena hari dia buat konsert di Malaysia tu, kalau tak silap Stadium Negara kot? Hari tu jugalah kertas pertama SPM... Rasanyalah kalau Farah masih tak lupa ingatan... Makanya, lupakan sahaja cita-citamu itu kakak... Hu hu hu...
Tapi tulah, memang"super" teruja kalau ada filem baru Shah Rukh Khan yang menjelma di pawagam... Hua hua hua...Rasa gembira jer...Rasa seronok jer bila ada filem baru Shah Rukh Khan... Sindrom bila dah minat kan? Sedikitlah sinopsis atau jalan cerita Dilwale ni...
Dilwale... "So here it goes..."... Mengisahkan tentang pasangan dua sejoli yang sedang cuba untuk mengatasi konflik yang sangat tegang di antara keluarga mereka masing-masing. Hurmm..perpisahan yang paling menyakitkan adalah yang tidak pernah diucapkan serta dijelaskan kannn? Secara trailer pun, anda dah boleh lihat ianya tentang kisah percintaan di antara Raj (Shah Rukh Khan) dan juga Meera (Kajol).
Ia juga melibatkan dua kumpulan gangster yang saling bermusuhan di Bulgaria. Randhir Bakshi (Vinod Khanna) yang merupakan gangster India yang mana beliau bermusuhan dengan teman baiknya sendiri pada satu waktu dan ketika dahulu iaitu Malik (Kabir Bedi). Bila sebut Malik, teringat Malik yang dilakonkan oleh Aaron Aziz...Hi hi hi... Raj pula sebenarnya adalah anak angkat kepada Randhir yang mana lagak serta aksi Shah Rukh Khan dalam filem ni dah nak macam ibarat filem Fast & Furious pun hado.
Raj ni seseorang yang berlainan personaliti tapi bila jumpa dengan Meera, Raj ni tiba-tiba personaliti bertukar pula. Cinta kannn? He he he...
Sumber dari Google |
Biasalah, bercinta lepas tu ada babak-babak konflik yang buatkan sampai Meera terpaksa berpisah dengan Raj. 15 tahun oooo... Dan??? Raj ada seorang adik iaitu Veer (Varun Dhawan). Raj dan Veer mempunyai bengkel kereta yang boleh dikatakan maju. Satu hari tu, Veer ni pula jatuh cinta dengan Ishita (Kriti Sanon) yang sebenarnya adalah adik kepada Meera. Bila dah jadi macam ni... tiba-tiba timbullah adegan-adegan baling belakang "throwback" zaman-zaman cintan cintun Raj dan Meera dulu... Lepas tu kannn? Lepas tu... Ha ha ha... Kalau nak tau sama ada Veer dan Ishita "stick" pasangan kekasih ke tak? Raj dengan Meera berbaik kembali ke tak? Itu kena tengok sendiri lerrr...Kakak tak boleh nak cerita lebih-lebih dik... Ha ha ha...Nanti tak "thrill"...
Yang dah tengok ni pun rasa macam tak puas...Nak juga menyibuk menonton lagi... Ini kalau keluar di Astro FIRST ni, mau taknya terbeli juga filem ni... Demam Dilwale pula penutup tahun ni... Terubat rindu kakak pada lakonan Shah Rukh Khan tau... Nek Ma Ash kata, dah tua dah tak "handsome"...Ha ha ha, tetapi di mata kakak tetap "handsome"... ;-)
comelnya giler kajoi
ReplyDeletetak sbr nak tengok...huhu
ReplyDeletehuaaa, nak tgk tp ntah la..mcm tk de peluang je...ermm...sob sob sob
ReplyDeletehmmm...masih berbelah bahagi nak pi tgk ke tak.sbb tak pernah lgi layan hindustan kat panggung..muka ganas tgk hindustan nanti orang mengata
ReplyDeleteWalaupun tak berapa minat SRK, tapi tonton juga filem ni. Layan jugak ceritanya. Hehe.
ReplyDeleteLa..baru tahu Farah minat SRK rupanya...
ReplyDeletetak sabar nak tengok lagi sekali! sekali memang tak puas kannn
ReplyDelete