Cuti Raya 2016 Dah Diselesaikan...

Farah Waheda Wahid
10

Sebenarnya tak fikir pun lagi Aidilfitri untuk tahun 2016 nak bercuti berapa hari. Al-maklumlah sekarang ni baru bulan Disember 2015 dan sekarang ni fokus pada kerja jer pun. Tak terfikir dan tak sempat nak fikir serta tak sempat nak kira lagi. Biasanya 2 minggu sebelum raya yang akan jadi terkedek-kedek nak mohon cuti. Hua hua hua... Rutin setiap tahun memang begitu kot? 

Lagipun raya kannn? Bukannya ke mana sangat pun... Habis-habis tinggi ke Puchong, ke rumah kawan-kawan pada waktu hujung minggu dan jalan-jalan suka suki hati nak ke pusat membeli-belah mana yang rasa nak pergi. Cuci-cuci mata. Kesian tak raya kami berdua beranak? Tak apa tak payah kesian bukan nak buat entri minta simpati pun... Kami bahagia dan gembira dengan cara kami yang tersendiri. :-). 

Tapi rasanya raya pada tahun 2016 ni nanti nak pergi "enjoy" ... Bercuti sekeluarga... Masa tu bukan "peak season" sangat kannn? Sebab semua orang sibuk beraya dan sibuk balik kampung. Ngeee... In Shaa Allah dengan izin Allah, jika ada rezekinya adalah percutian tu. Kalau tidak duduk rumah diam-diam... Dah kenapa nak ada-adakan cerita yang tak ada kan? 

Alih-alih semalam, pihak pengurusan syarikat tempat Farah bekerja telah memutuskan bahawasanya pada 8 Julai 2016 adalah tarikh seluruh isi pejabat diberikan cuti khas bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2016. Tak ada tolak-tolak cuti tahunan punya. Ha ha ha... Mau tak gembira rasa hati oiii... Sebab tak perlu nak tolak cuti tahunan. Bagus betullah H dan AC.... "I love you to the moon and the sky boss!"... #ooops "over" pula... 

Semangat sebenarnya fikir-fikir nak kumpul cuti tahunan untuk dibayar jika tidak digunakan sepenuhnya. Huh... Dasar materialistik sungguh! Wakakakaka... Kenalah... Kos sara hidup bakal bertambah-tambah lagi pada tahun 2016 oiii... Banyak subsidi dah ditarik balik, banyak yang naik sana sini dan anak pun dah semakin membesar. Kena mengumpul dari sekarang nak sekolahkan anak. Kakak bukan ada-ada... Setakat ada jer... Alhamdulillah rezeki Allah beri... Syukurlah dengan apa yang Allah beri yer tak? Syukran Ya Allah... 

"5 days in a row"... Wuhuuu... Mula-mula fikir macam oklah dah diselesaikanlah tu kan? Tak payah nak congak-congak lagi dah... Lepas tu macam... #ehhh... Ha ha ha... Ko fikir ko tak payah mohon cuti? Ko fikir ada orang nak tolong ko kemas rumah, bersihkan rumah, pergi pasar, masak-masak semua segala bagai... Jangan mimpi!!! Cinderella memang kena buat semua... Makanya baru teringat bahawasanya... Pn. Farah Waheda... Anda perlu bercuti sekurang-kurangnya sehari sebelum Aidilfitri menjelma. Banyak kerja yang perlu diselesaikan di rumah tu... Jangan nak berangan sangat tak nak mohon cuti... Jadi sila ingatkan diri sendiri yang seminggu sebelum 5 Julai 2016, mohon cuti untuk 5 Julai 2016. 

Tapi seronoklah seronok sebab dapat cuti sehari percuma kan? :-)... Satu bab tentang raya dah selesai dah rupanya... Ahaksss... Ramadhan pun belum tiba yer tak? Tak adalah bukan sibuk dan teruja benar nak raya dah memandangkan hari ni AC hantar sekular beritahu tentang cuti raya... Rancanglah sekali senang... Betul tak? Terima kasih H dan AC... Walaupun 2 ketul jer umat Muhammad dalam pejabat tu tetapi tetap diambil berat... ;-) 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !