Cara Penggendalian Susu Anak Untuk Elak Sakit Perut...

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Anak kecil kalau sakit perut memang boleh jadi huru-hara mak pak jadinya... Ketahuilah anda bahawasanya anak yang minum susu dalam botol berisiko dijangkiti bakteria yang menyebabkan sakit perut atau gastroenteritis. Apa itu gastoenteritis??? Gastroenteritis adalah infeksi yang terjadi pada usus atau perut yang disebabkan oleh beberapa jenis virus. Kondisi ini juga dikenali dengan istilah flu perut, flu lambung atau virus perut. Infeksi ini menyebabkan terjadinya mual, muntah, cirit birit, kram perut dan terkadang demam. Untuk bacaan lanjut bolehlah anda rujuk di dalam artikel di SINI.

Sebenarnya, sekiranya ibu bapa mengambil langkah kebersihan yang betul, maka anak terlindung daripada bakteria tersebut. Menurut artikel di SINI.

1. Sterilkan semua peralatan penyusuan sebelum digunakan, walaupun peralatan baru.

2. Jika tidak mempunyai peti sejuk, bancuh susu setiap penyusuan hanya apabila anak memerlukan susu sahaja! Bukan dok bancuh siap-siap yer...

3. Jika bayi tidak menghabiskan susunya dalam satu sesi penyusuan, buang susu berlebihan. Jangan simpan susu untuk sesi penyusuan berikutnya kerana air liur bayi telah mencemari susu tersebut. Farah pernah berkongsi tentang perkara ini di dalam entri Berapa Lama Susu Formula Boleh Bertahan???

4. Buang sebarang susu yang telah dipanaskan untuk bayi anda, walaupun bayi belum menyentuhnya langsung! Proses pemanasan susu menggalakkan pembiakan bakteria.

5. Jangan simpan bancuhan susu di dalam peti sejuk selama lebih daripada 24 jam.

6. Biarkan botol di dalam larutan pensterilan sehingga anda memerlukannya (pensterilan berkesan selama 24 jam) supaya botol tidak dicemari oleh bakteria di dalam udara. Keluarkan puting susu selepas satu masa minimum, keringkan di atas kertas dapur, kemudian simpan di dalam balang yang steril.

7. Jangan keringkan peralatan yang steril di atas papan pengering atau pada tuala dapur. Keringkan di atas kertas dapur atau rak pengering khas botol.

8. Basuh tangan anda sebelum menyentuh peralatan yang disteril.

Apabila Keluar Rumah
Membawa anak keluar rumah sudah tentu menyebabkan anda perlu membawa keperluan susunya bersama. Sekiranya anda hendak keluar rumah untuk tempoh masa lebih daripada dua jam, lakukan langkah berikut untuk persediaan susu anak (susu formula). Kalau susu ibu tu boleh "direct" jer yer tak???

1. Bancuh sejumlah penyusuan seperti biasa dan sejukkan di dalam peti sejuk. 

2. Masukkan botol yang didinginbekukan ke dalam beg pendingin dan letakkan sedikit pek ais yang tahan sehingga 8 jam.

3. Bawa termos yang berisi air panas dan panaskan botol susu di dalamnya apabila diperlukan.

4. Jangan sekali-kali membawa susu panas yang siap dibancuh di dalam termos. Bakteria akan membiak dan mungkin menyebabkan bayi sakit perut.

5. Bancuhan susu tersedia dan disimpan dalam beg pendingin adalah lebih mudah digunakan apabila anda berada jauh dari rumah. Susu tersebut telah dirawat oleh haba yang tinggi. Susu itu hanya perlu disimpan di tempat yang sejuk untuk memastikannya selamat.

6. Bawa botol dan puting susu disteril bersama dan tuangkan bancuhan susu tersebut ke dalam botol susu apabila anak anda memerlukannya.

Tapiii, sekarang dah mudah oiii... sebab ada bekas isian susu yang mudah dibawa apabila keluar dari rumah. Anda hanya perlu membawa termos air panas, botol air masak, botol susu anak. Itulah yang Farah lakukan...Farah akan bawa lengkap segalanya dan tak akan sekali-kali gunakan air panas di stesen minyak atau minta di mana-mana kedai yang berhampiran. Tentang anak Farah memang tak mudah percaya sama ada air tu dimasak dengan betul atau tidak biar sepanas mana sekalipun. Biarlah orang nak kata kuno, menyusahkan diri ataupun tak perlu kot nak buat macam tu. Janji Ash tak sakit perut dan Farah tau sumber air yang dimasak tu dari mana dan tahap kebersihannya. Memang Farah akui Farah seorang yang "fussy"... Tiada kompromi tentang perkara ini... Jika anak menangis mahu susu, bancuh sahaja ia tetapi cara ni agak berisiko juga kerana mendedahkan anak kepada pembiakan bakteria kerana bimbang kawasan anda membuat bancuhan susu itu tidak bersih dan sebagainya. Jadi kenalah tengok-tengok tempat yer? Pastikan anda mengutamakan kebersihan bancuhan susu anak.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !