'Parenting Blogger' Apa Yang Boleh Dan Tidak?

Farah Waheda Wahid
5

Bila duduk-duduk sendiri, bila memandu kereta sendiri, kadang kala ada terlintas dan ada terfikir, sampai bila agaknya Farah akan terus ber-blog dan sampai bila agaknya Farah akan "expose" Ash di dalam blog dan juga media sosial? Katanya "parenting and lifestyle blogger" kan??? Setiap bait penceritaan pasti melibatkan Ash, setiap potret kegembiraan pasti melibatkan Ash. Setakat ini, maklumat peribadi seperti lokasi masih lagi dijaga rapi. Seriau sebenarnya bila fikir-fikirkan balik tentang menjadi seorang "parenting blogger" ni... Sebab? "Parenting blogger tend to expose their children most of the time" demi menceritakan sesuatu, berkongsi sesuatu daripada pengalaman sendiri. 

"Which is"? Niat sebenarnya adalah tidak lain tidak bukan untuk: 
  • Berkongsi keterujaan pengalaman sendiri menjadi ibu ataupun bapa sambil-sambil mungkin apa yang diceritakan itu adalah sesuatu yang boleh dijadikan panduan yang mungkin dapat membantu ibu bapa lain di luar sana.
  • Mengaitkan penceritaan kita sebagai seorang blogger kepada pembaca dan menjadikan sesuatu informasi itu lebih menarik jika diisikan juga dengan kisah sebenar yang terjadi di dalam pengalaman kita sebagai ibu ataupun bapa. 
  • Pengalaman! Sebagai panduan kepada orang lain yang mungkin memerlukan sesuatu yang relevan untuk memahami atau mengetahui tentang keibubapaan. 
  • Mencoretkan kenangan dan menjadikan blog kita sebagai "the life diary" yang tak mungkin hilang ditelan zaman selagi mana kita tidak memadamkan blog kita. :-)
Bagus niat tu, tak salah mana pun... Intipatinya adalah perkongsian. Cuma setelah hampir 3 tahun menumpukan kepada "niche parenting" dan juga "lifestyle"... Farah sampai ke satu titik persoalan... "Sampai bila ko nak 'expose' anak ko?"... Perkongsian akan menjadi kurang garamnya, kurang rencahnya, kurang rasanya tanpa sesuatu yang terjadi kepada kita. Keterujaan bercerita itu menjadi lain. Cumanya, Farah hendak mengingatkan diri sendiri bahawasanya akan tiba satu ketika Farah perlu betul-betul tapis apa yang ingin dikeluarkan. Ini bermakna, maklumat Ash secara terperinci memang sentiasa perlu dilindungi. 

"Parenting blogger" apa yang boleh dan apa yang tidak boleh??? Demi??? Demi keselamatan anak-anak dan juga ahli keluarga... 

Perkongsian Itu Tidak Salah
Anak kita, cerita kita, suka hati kitalah! Iya itu memang tidak salah. Hak masing-masing. Gaya penceritaan masing-masing. Lenggok bahasa masing-masing. Farah pun boleh jadi tak berapa nak seronok kalau tak dapat nak kongsi gambar anak yang Farah lahirkan bila diri sendiri menobatkan diri sendiri sebagai "parenting blogger". 

Kongsilah apa jua yang ingin dikongsi. "It's a freedom of writing, a flare of writing". Cumanya, sukalah kiranya Farah ingin mengingatkan sentiasa diri sendiri bahawasanya: 

Jangan "Check In" Di Mana Lokasi Kita Berada Pada Waktu & Ketika Itu
Bukan bermaksud kita tak boleh "check in" langsung-langsung di mana lokasi kita atau ke mana kita pergi. Cumanya kalau kita berada di sesuatu tempat pada waktu dan ketika itu, jika kita muat naik gambar ke laman sosial tak perlu dan dan tu kita nak "check in" di mana kita berada. Selepas kita dah pulang ke rumah atau beredar dari tempat tersebut, barulah kita "check in" lokasi segala bagai. Ini bagi yang peduli, bagi yang tidak peduli terpulang kepada pendirian masing-masing. "But this is my standing"... 

Sejak kebelakangan ini, memang Farah praktikkan begitu. Setelah beredar dari sesuatu lokasi barulah Farah "check in" di media sosial. Uhukss konon-kononnya nahhh lihatlah dunia haku ada di sini. Dush dush dush. Farah memikirkan keselamatan kami anak beranak. Orang berniat tidak elok ni macam-macam perkara yang boleh mereka lakukan. Melainkan... Melainkan jika tuntutan tugas blog yang memerlukan Farah "check in" di satu-satu tempat... Itu memang tak boleh nak buat apalah kan??? 

Jangan Buta-Buta Kongsi Maklumat 
Ini sesuatu yang patut diambil serius... Iyalah kadang-kadang kita ni boleh jadi alpa. Disebabkan punyalah seronok nak berkongsi maklumat yang kita rasa boleh jadi berguna sebagai panduan orang lain. Ataupun kita terlalu teruja sangat. Kadang-kadang boleh jadi tak sedar kita berkongsi sesuatu yang mungkin membantu orang lain dengan mudah. Apa tu??? Nurseri mana kita hantar anak kita? Alamatnya... Pengasuh mana yang kita hantar anak kita? Nama kawasan perumahan kita... Kondominium mana kita tinggal? Nama penuh sekolah anak-anak kita... Contohnya Sekolah Rendah bla bla bla... Jika kita menghantar anak-anak kita ke sesetengah tadika yang banyak cawangannya... Boleh berkongsi nama tadika tu sebagai rujukan dan panduan... Cumanya jangan lokasi... Bahaya mendedahkan lokasi ni... Melalui nama penuh sekolah pun orang yang berniat tidak elok boleh mencari anak kita... 

Terlalu "Expose" Gambar Anak
Okkkk... Ini cakap diri sendiri lah ni. Tak cakap sesiapa pun dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Memang diakui, terlalu banyak lambakan gambar-gambar Ash di sana sini sinun. "Which is? I can't help it at times". Yang berlalu biarlah berlalu. Kesilapan masa lalu kita jadikan sebagai "benchmark" untuk memperbaiki ke keadaan yang lebih baik di masa hadapan. Jujur pada awalnya memang Farah dah merancang untuk mengurangkan kemunculan Ash di media sosial. Dulu teruja! Anak kan? Siapa yang tidak teruja. Semalamlah... Borak-borak di "group" What's App bersama ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Kawan-kawan ada pesan bahawasanya jangan selalu muat naik gambar anak kita kerana nanti orang boleh cam wajah mereka dan cari mereka. 

Kalau Farah kata Farah tak akan muat naik gambar Ash atau tempek gambar Ash di media sosial, itu satu pembohongan! Hipokrit sangat ok? Farah tau diri Farah sendiri... Farah pasti muat naik gambar Ash... Hua hua hua... Itu masalah yang Farah kena atasi! Farah kena belajar kurangkan secara perlahan-lahan untuk memuat naik gambar Ash di media sosial. In Shaa Allah, lama kelamaan nanti secara perlahan-lahan Ash cuma muncul sesekali jer di media sosial. Ha ha ha... Sedar-sedar... Tau tau dah bujang jer Ash... :-P... Penceritaan masih diteruskan di blog... Tetapi itu tugas Farahlah bagaimana ingin mencorakkannya nanti... Tugasan baru di tahun 2016... Kira-kira salah satu azam tahun baru lah ni... In Shaa Allah, amin... Lebih jarang muncul, lebih rindu kannn? Ahaksss.... 

Jangan War-Warkan "In Advance" Ke Mana Kita
Sedari dulu, Farah sememangnya akan menjaga satu perkara ini. Ke mana Farah akan pergi dan apa juga rancangan rekreasi, riadah ataupun percutian memang Farah sangat jaga. Farah tak akan gebang di media sosial terlebih awal, tarikh, lokasi ke mana yang akan kami tuju. Secara spesifik maksud Farah. Boleh bercerita ke mana rancangan kita, bukannya tak boleh. Cuma tak perlulah secara spesifik bagi Farah untuk nyatakan ke mana pada tarikh bila, pada pukul berapa... Rasanya kebanyakan ibu dan bapa pun begitu... Selalunya bila dah berada di sesuatu lokasi, barulah secara perlahan-lahan Farah dedahkan. Cuma Farah sendiri tengah latih diri sendiri... Untuk lakukan apa yang ingin dilakukan selepas segalanya berlaku... Jika sudah berlaku, ceritalah hingga ke langit biru sekalipun kan? Ingatkan diri Farah sendiri, jangan membiarkan keterujaan memakan diri sendiri... Hu hu hu... 

Biasalah kita manusia, ada ketikanya kita terlepas pandang disebabkan oleh keterujaan kita sendiri. Akan tetapi, (kaitan dengan gambar di atas yang menunjukkan jam... Ekekeke)... Akan tiba satu masa dan ketika, kita perlu betul-betul duduk dan berfikir tentang segalanya. Sentiasa ingatkan diri sendiri, jangan biarkan keseronokan mengancam keselamatan. Baguslah kalau dah sedar Pn. Farah oiiii... Ha ha ha... Jika ada yang Farah terlupa silalah ingatkan kerana Farah juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan... 

Dan akan sampai jua satu masa corak berblog perlu diubah demi kebaikkan semua pihak yer tak? Tahun 2016, In Shaa Allah, Farah akan mencuba lenggok yang baharu tanpa menghapuskan identiti Farah... :-)

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. :) Salam Maulidurrasul kak Farah :D
    اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips kak Farah :)

    Jom tengok Dayana jalan Istanbul
    dayanazahari.com

    ReplyDelete
  3. Bgus ada guideline cmni.. Keselamatan tu amat penting.. Malang tak berbau kan..

    ReplyDelete
  4. Info sulit jgn dikongsi.
    kongsi experience je.
    lokasi pun after da balik drpd tempat tu.

    ReplyDelete
  5. alahai kak.
    dilema yang sama. dah lama dok pikirin ni haaa..
    itu yg skrg dh hilang rentak berblog.
    rasa mcm nk private kan blog hri tu tp sayang..
    dgn doa kengkawan alam maya lah saya bersemangat berttc dulu..
    ada jga upload pic anak. huhuhu. tp x sekerap lah.. hanya
    dlm blog je, itupon blh bilang cuma mcm x best nk bercerita bila xda gambar..

    apa2 pon semoga niat kita dipermudahkan hendaknya, aamiin ;)

    pppsstt: tenkiu kak berkongsi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !