Bila Anda Boleh Mandi Setelah Pembedahan "Caesarean"...

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google
Eeeee...memang tak bolehlah kalau tak mandi...Serius rimas...Rimas sangat-sangat... Waktu melahirkan Ash secara "caesarean" dulu memang kalau boleh nak mandi...Ahakss...tapi takut pun ada sebab luka baru sangat kannn? Tau tak, hari ketiga baru mandi ko, kalau tak main lap-lap jer... Jujur Farah kata rimas... 

Mandi selepas bersalin secara "caesarean" ni ada 2 cara sebenarnya, iaitu ia bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit.

1. Kalau luka anda dijahit di bahagian luar (cara nak tahu...di bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang)- maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.

2. Kalau luka anda ditutup dengan gam, biasanya selepas keluar dari hospital dah boleh mandi. Tak kiralah cara jahitan jenis 1 atau 2, sebaiknya sebelum "discharge" dari hospital tanyalah doktor, bilakah anda boleh mula mandi untuk kepastian. Juga pastikan luka "caesarean" dikeringkan setiap kali lepas mandi. 

Selain dari itu, mandi selepas bersalin itu penting kerana:

1. Untuk bersihkan badan. Selepas bersalin banyak daki keluar dari kulit. Bagi yang ada pengalaman bersalin sebelum ni pasti tahu... memang berdakilah badan tu. 

2. Untuk segarkan badan. Ya...Kalau tak mandi...he he he...berbau busuklah nanti.

3. Mandi juga dapat membantu agar anda pulih dengan lebih cepat. Sebab selepas mandi terasa lebih segar, bila segar minda rasa lapang. Hatipun lebih gembira. 

Rujukan: SINI

Kalau ikut-ikut pengalaman sendiri, hari ketiga mandi caranya? Hua hua hua... Luka masih berbalut dan doktor balutkan dengan plaster yang kalis air di luar "dressing"... Lepas tu mandi tetap mandi...Tapi dengan cara, tekap kain batik dan membongkok... Tak boleh ler kalau tak mandi..Rasa sangat lesu dan rimas serta berlengas... Bila "dressing" dah buka, masih lagi mandi dengan cara yang sama, cuma selepas mandi, lap kering-kering dan sapukan gel yang doktor bagi dan pesan untuk sapu selepas mandi.... Ha ha ha, masa tu seriau yang amat sebab nak sapu gel kat tempat luka kannn??? Tapi bertabah jerlah yer tak? Ihikss...Alhamdulillah tak ada apa-apa...Setiap kali Nek Ma Ash sapukan...iyalah kita ada Nek Ma Ash jer yang tolong jaga yer tak? Hua hua hua... Setiap kali tu tutup mata dan bunyi...ssssss...ssssss....sssss...Bukan sebab sakit tapi sebab seriau yang lebih... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !