Bila Anak Tidak Mahu Lepas Baju Kegemarannya!!!

Farah Waheda Wahid
7

"Baaa...na..na... Baaa...na...na..."...Adoiiii anak bertuah ni, setiap kali selepas mandi petang, mesti dia sebut perkataan "banana" ni depan almari baju dia. Itu bermaksud dia nak pakai baju tidur "banana" dia lettew. Baju kegemaran dia. Basah kering basah kering... Baru jer angkat dari jemuran dan lipat dan simpan elok-elok dalam almari... Dia tetap "demand banana" seketul ni seperti yang anda lihat di dalam gambar yang Farah tempek di atas. Bila dapat ikut kehendak dia...amboiiii, kemain girang hati dia...Macam dialah orang yang paling gembira di muka bumi Allah ni... Tak ada orang yang lebih gembira selain dia...Hu hu hu... Nangisss... Mommy tak belikan baju tidur lain ke Ash? Asyik "banana" jer yang nak pakai? Walhal, ada jer baju tidur yang lain dalam almari tu kan? Uhuksss...Kadang-kadang rasa nak sorok jer baju "banana" ni, biar dia tak jumpa...:-P... Tapiii, akal dia panjang...Dia akan cari sampai jumpa, kalau tak... alamatnya "tantrum" lah... 

Kebergantungan kanak-kanak terhadap sesuatu contohnya bantal dan selimut atau boleh jadi ibu jari sendiri akan berakhir dengan cepat sebelum hari jadi pertamanya. Uhuksss...tapi tentang bantal tu, ianya tidak berakhir buat Ash...Bantal "papam" sentiasa ada di mana-mana walaupun ke pusat membeli belah... Bertabahlah wahai Mommy melihat si anak mengusung bantal kepam itu...Ahaksss... Ianya dipanggil "Transitonal Objects" atau (T.O.s).

Namun begitu ia mungkin akan berlanjutan sehingga anak itu berusia 5 tahun. Mereka terlalu sukakan "sesuatu" tersebut dan sering berdampingan dengannya. Ia boleh jadi baju kegemaran dengan watak kesukaan mereka juga sehinggakan tidak membenarkannya dibasuh! Owhhh.. Dalam hal ni, Ash masih berikan keizinan untuk dibasuhlah kannn? Tetapi kalau Ash tak beri Mommy basuh...Mommy tetap akan basuh juga... "No no no no no" dan jangan mimpi nak pakai baju yang tak berbasuh. Itu "rules" Mommy. 

Menurut artikel di SINI

Mengapa Ia Berlaku?
"Transitonal Objects" atau (T.O.s) ini memberikan perasaan selesa dan selamat pada waktu penerokaan mereka terhadap dunia bermula. T.O.s juga memberikan rasa ketenangan terhadap sebarang ketakutan terhadap kegelapan orang asing atau mungkin juga anjing. Bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas, mereka akan mula mahu mempunyai idola mereka. Ia boleh jadi watak kartun kegemaran ataupun ahli keluarga atau mungkin "imaginary friends" mereka. Idola ini sangat mempengaruhi perkembangan anak-anak seperti cara berfikir, cara bercakap dan juga cara bertindak mereka.

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu?
Ibu bapa tidak perlu risau. Proses ini akan berakhir dengan cepat. Pada penghujung usia 6 tahun, kanak-kanak sudah mula melepaskan T.O.s mereka perlahan-lahan. Namun, ianya perlu dipantau sekiranya mereka terlalu bergantung kepada T.O.s mereka atau sekiranya keterbergantungan mereka terlalu tinggi terhadap pakaian kegemaran mereka, kanak-kanak mungkin berada dalam keadaan tertekan sama ada di rumah mahupun di rumah pengasuh ataupun di "pre-school".

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Hormati Keputusan Mereka
Sebelum memahami apa yang perlu kita lakukan, kita perlu mengetahui apa yang tidak boleh dilakukan seperti mengusik atau mengecilkannya. Ayat seperti "Tak cantiklah baju ni" atau "Asyik-asyik baju ini. Boringlah Mommy" perlu dielakkan. 

Menghormati dan memahami adalah perkara yang amat diperlukan oleh seorang insan. Ini asas utama. Terima kesukaan mereka dan teruskan memberitahu "Mommy faham Ash sangat sukakan baju ini kerana coraknya". Fahaminya melalui tekaan, "Ash suka pakai baju ini kerana ianya selesa ya?" Berikan sokongan sekiranya jawapannya "Ya" seperti "Wah, nampaknya kita perlu beli lebih baju seperti ini.". Atau mungkin dia sangat sukakan watak di dalam bajunya contohnya Mickey Mouse.Berbual dengannya kebaikan atau kelebihan watak tersebut sepert "Mickey Mouse rajin belajar kan? Mommy tahu Ash pun macam tu."

Berikan Batasan
Ibu bapa memainkan peranan khusus sepanjang pembentukan peribadi seseorang kanak-kanak. Mungkin stail pakaian mereka tidak bersesuaian dengan semua keadaan dan ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka secara tegas dan berbentuk didikan. Anak kecil terlalu ingin menjadi orang dewasa yang boleh memilih apa yang terbaik untuk mereka. 

Beritahu mereka bahawa orang dewasa memakai pakaian yang berbeza untuk hari yang berbeza dan program yang berbeza. Tunjuk kepadanya bagaimana orang dewasa menukar pakaian mengikut program dan aktiviti yang sesuai. Beritahunya, ibu atau bapa juga ada pakaian yang disukainya. Ini kata kunci - persamaan. Manusia mudah mendengari dan mengikuti apabila rasa ada sebarang "similarity" (persamaan).

Maklumkan batasan bahawa pakaian kegemaran mereka ini hanya boleh dipakai sewaktu hari apa dan pada waktu petang contohnya. 

Hormati Kegemarannya (T.O.s)
Usah mintanya melupakan T.O.s nya secara terus namun benarkan ia berlaku secara gradual. Basuh pakaian kegemarannya dan gantung elok di dalam almari. Tunjukkan bahawa kita menghormati segala apa yang disukainya. Gantungkan pewangi almari juga! 

Selalu beritahu anak-anak kita berlaku adil pada semua pakaian kita di mana mereka (pakaian-pakaian) itu sangat gembira apabila dipilih untuk kita pakai hari ini. Mereka dipakai oleh ahli syurga! Segala kebaikan yang anak-anak lakukan pada hari ini akan dikongsi bersama oleh pakaian kita ini. Mereka juga mahu masuk syurga bersama!

Berhenti Memberitahu Pada Semua
Di luar sedar sebagai ibu bapa kita sering men-iyakan pilihan anak kita biarpun kurang tepat. Contohnya kita beritahu pada saudara mara yang hadir ke rumah, "Dia mahu pakai baju ini sahaja. Pening saya."

Apabila diluahkan di hadapan orang lain dan didengari oleh anak-anak, ia bagaikan suatu "approval" bahawa mereka boleh melakukan apa yang mereka mahu lakukan. Tidak salah mengadu kepada orang lain yang lebih pakar. Tujuannya untuk mencari penyelesaian dan rujukan. Dan bukan di hadapan anak-anak.

Beritahu hanya perkara baik dan apa yang kita mahukan di hadapan saudara kita contohnya "Pak Ngah, Ash sangat sukakan baju "banana" ini namun dia tak kisah berganti baju jika perlu. Baju ini dipakainya seminggu sekali dan disimpan di tempat yang elok selepas dibersihkan. Kan Ash?"

Berikan Sepenuh Kasih Sayang Dan Perhatian
10 minit sehari bersamanya sahaja tanpa sebarang gangguan telefon dan mesej dalam keadaan hari ini amat penting. Berbual bersamanya, peluknya dan tanya mengenai harinya. Apa perasaannya hari ini. Sesuatu yang dipelajarinya daripada cerita yang ditontonnya. Perkenalkan idola umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW - apakah yang akan Nabi Muhammad SAW lakukan jika berada dalam keadaan yang sama sepertinya. 

Tidak perlu lama - 10 minit sahaja namun bakal membawa perubahan yang istimewa terhadap perhubungan mesra kita. 

*Baju "banana" ni, memang baju tidur kegemaran dia, macam mana pun, Farah tetap latih dia untuk pakai baju "banana" ni paling banyak pun 2 kali jer seminggu... Bila tak ikut kehendak dia, kenalah pandai-pandai pujuk. Dengan Ash, kena berlembut bila mendidik dan mengajar dia...Dia jenis yang tak boleh kita keras sangat...Kalau kita keras, dia akan lagi keras...Ha ha ha... Sebijik sebijun ikut perangai Mommy. Hanya orang-orang yang tertentu jer yang faham kami ni dan boleh "tackle" kami berdua beranak ni... ;-)

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. gooood info...ngn anak mcm tu laa..kadg kena bg pilihn kt dia...

    ReplyDelete
  2. Iqy suka sangat pakai poly, kalau tengah suruh dia pilih, mesti dia amik sendiri baju poly dia tu..Kalau pakai baju lain kena oujuk elok2, kalau tak mesti start tantrum...adududuuuhhh

    ReplyDelete
  3. terima kasih perkongsian ini mummy..

    ReplyDelete
  4. hi hi hi .... kalau ada adik Fatin nnt berguna juga info ni... :)

    ReplyDelete
  5. Kelakar juga erkk ash ni, klau nak itu..itu juga la kn mcm tu..x blh kata tdk hihi

    ReplyDelete
  6. tq for sharing, farah.
    hu hu hu ijat 1-2 minggu ni sibuk nak pakai baju tido superman.
    "bu, jat nak ju omen."
    hadoi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !