Bangun pagiii, gosok gigiii... :-) ... Tibalah kita di bahagian yang terakhir untuk cerita sambutan hari lahir di Best View Resort Suites di Sunway Hotel Resorts pada hujung minggu yang lalu. Haihhh, dah hari Rabu dah pun tapi ceritanya masih tak habis-habis lagi... Al-maklumlah, hujung bulan dan awal bulan memang sibuk sikit dan banyak kerja-kerja yang harus diselesaikan di pejabat. Tambah pula lagi dengan penilaian prestasi "reporting subordinates", memang tak sempat-sempatlah nak mengejar masa tu...
Pagi Ahad, 29.11.2015... Hari kedua dan hari terakhir...Hari untuk "check-out" pada pukul 12 tengah hari.
Sukaaaa, mandi di "bath tub"... Ha ha ha, al-maklumlah rumah kami mana ada "bath tub" ni segala bagai, cuma ada air pancuran sahaja... Makanya sukalah dia mandi dan bermain di dalam "bath tub", sampaikan ternampak mangkuk yang dipinjam dari dapur bilik kami menginap ni ha... Adoiiii.... Puas juga pujuk dia tu untuk keluar dari "bath tub" tu... Ini namanya proses menyiapkan anak dan berkemas-kemas...
Pada waktu dan ketika gambar ini diambil sebenarnya, dah siap-siap dah dan dah pun berada di lobi hotel. Tunggu giliran nak "check-out"... Sementara itu...
Qhaliff, Zahra dan Ash sedang bergembira bertiga bermain dengan hiasan Krismas yang terdapat di lobi... Sampai berpeluh-peluh Ash berlari ke sana ke mari... Lama dah tak berjumpa ni, sesekali berjumpa masih tetap mesra seperti dahulu... Ikut susunan umur, Qhaliff "of course" lah Abang Long, kedua Ash dan ketiga Zahra... Jika ada yang tidak mengenali Qhaliff dan Zahra... Ini Daddy mereka ---> Ben Ashaari. Tapi agak mustahil-lah tak kenal kannn???
Seronok kan? Ya seronok betul mereka... Alhamdulillah, Ash sangat-sangat gembira pada percutian singkat dan dekat buat pertama kali ini...
Ikhlas dari hati kami berdua beranak, terima kasih Best View Resort Suites, Sunway Hotel Resorts kerana menyediakan penginapan selama semalam, aktiviti riadah di Sunway Lagoon dan juga makan malam yang indah untuk kami berdua bersempena dengan hari lahir kami berdua di bulan November 2015 ini. Alhamdulillah, syukran Ya Allah di atas rezekiMu ini. Rezeki Ash yang benarnya... "Check out" dan teruskan perjalanan pulang...
Lokasi Best View Resort Suites:
Kod promosi untuk anda yang membaca jika anda berminat untuk bercuti di Best View Resort Suites, sila gunakan kod promosi : RSBS9694 . Untuk maklumat lanjut: bolehlah melawat ke www.resortsuites.com.my.
Happy Birthday Farah, wonderfull birthday treat with ben also...suka tgk anak2 blogger ni pandai bawa diri...
ReplyDeleteBestnya😊
ReplyDeleteHappy birthday Farah n Ash.
ReplyDeleteSeronoknyaa kak :)
ReplyDeleteSeronoknya.. Cuti2.. Lama tk tido hotel nih..
ReplyDelete