Best View Resort Suites, Sunway Lagoon, TWG Tea & Hari Lahir!!! | Bahagian 2

Farah Waheda Wahid
8

Simbahan cahaya malam di piramid dan singa yang tersergam indah di Sunway Pyramid, jelas kelihatan dari bilik kami menginap selama semalaman di Best View Resort Suites di Sunway Hotel Resorts pada malam itu. Ahaksss... Ayat novel ke? Inilah sambungannya kisah dari Best View Resort Suites, Sunway Lagoon, TWG Tea & Hari Lahir!!! | Bahagian 1

Selepas ajer Ash bangkit dari beradu...(kemain guna ayat beradu), kami bersiap untuk Sunway Pyramid untuk menikmati makan malam secara romantik berdua beranak. He he he, mestilah, ianya adalah sambutan hari lahir kami yang "belated" yang telah diaturkan khas kannn? Dan romantik bersama teman lelaki kecil yang merangkap pengawal peribadi ni memanglah perlu kerana Mommy sesungguhnya memang amat menyayangi Iman Firash. Uhukss, itu semua orang pun tahu. 

Pertama kali si anak teruna berjalan di Sunway Pyramid di waktu malam. Biasanya malam memang terkurung jer kami ni... Ha ha ha... Pusing punya pusing, punya pusing, ronda punya ronda punya ronda, berikan dia kegembiraan melihat sekeliling dan suasana di dalam pusat membeli-belah di waktu malam dan kemudiannya kami menuju ke? 


Kami menuju ke kedai kaca ni haaa... Farah sebenarnya dah beberapa kali dah lalu lalang kedai kaca ni ha sewaktu berada di Sunway Pyramid, cumanya tidak pernah tergerak untuk masuk ke dalam selama ini. Memang cantik kedai ni kalau dipandang dari luar dan juga atas.


Kepakaran mereka? Sudah tentu-tentulah segala jenis teh yang ada di dunia ni. Dah nama pun TWG Tea 1837, The Finest Teas of The World. 


Bila menggunakan baucar, haruslah menempah sesuatu yang istimewa dan paling mahal. Ihikss...Bila lagi kannn??? Mula-mula tu terfikir juga, Ash ni takkan nak bagi minum teh juga ni? Mujurlah ada juga jus buah-buahan. Makanya Ash minum jus tembikai. :-).



Apa pilihan teh Farah? Saat buka menu, memang berderet pilihan teh yang ada. Ha ha ha, sampai tak tau nak pilih yang mana satu kannn? Tetapi memandangkan Farah adalah penggemar minuman berasaskan karamel. Makanya Farah telah memilih teh karamel. Nampak seperti biasa gambar teh di atas, akan tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya teh karamel ini memang "marvellous"!!! Memang secara peribadi Farah bercadang akan kembali lagi ke sini bila ada waktu terluang untuk menikmati teh karamel ni sekali lagi dengan tenang dan bertenang. Kenapa bertenang? Al-maklumlah bawa beg tangan yang dah keletihan mandi di Sunway Lagoon ni lain macam sikit pe-el-nya. Bila badan dah penat, ibu-ibu di luar sana tentu faham kannn? 



Alfredo Spaghetti dan juga Lamb Stew menjadi pilihan Farah pada malam itu. Kongsi bersama Ash lah dah tentu kannn? Nak kongsi dengan siapa lagi... Akan tetapi, kami tak dapatlah nak menikmati sepenuhnya makanan di situ sebab Ash dah mula meragam...Ha ha ha... Opocot mak ko... Dengan selambanya panggil pelayan dan minta pelayan bungkuskan. Menurut mereka...Inilah kali pertama makanan jenis yang begini dibungkus di kedai mereka. Ha ha ha... Nak buat macam mana??? 


"Boss" kecik dah mula meragam dan mula mengantuk. Letih petang bermandi-manda mengharung air di Sunway Lagoon belum hilang lagi. Kena memenuhi kehendak serta keperluan anak dahulu berbanding memenuhi kehendak serta keperluan kita yang dewasa ni. Walaupun hati kita meronta-ronta nak lakukan sesuatu pada satu-satu masa, bila dah jadi ibu bapa ada kalanya kita terpaksa berkorban untuk anak demi kebaikan anak. Betul tak? 


Makan di bilik ajerlah yer tak? Ok juga, menghabiskan masa senggang di bilik bersama anakanda sambil-sambil layan televisyen dan dia melayan tablet menonton Timmy Time sambil tergelak-gelak sendiri. Sambil-sambil tu suap dia makan. Ringkas kan kami? 


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati yer tak? Badan letih, perut kenyang, dapat penghawa dingin, suasana sunyi jer... Memang orang kata sedap sungguh untuk melayan mata... Akhirnya Ash tewas juga di atas tilam empuk sekali lagi. Amboiii, menikmati sungguh suasana bilik tu. Iyalah, selalu tidur rumah jer kan? Tak pernah lagi merayap bercuti ke mana-mana lagi kami kan? Kali pertama, pandai dia menggunakan ruang dan peluang yang ada dengan sebaiknya dan sepenuhnya... 

Cerita seterusnya? He he he, bersambung di bahagian ketiga... Maaf ler terpaksa buat entri bersiri-siri disebabkan oleh terlalu panjang yang nak diceritakan dan tak nak jadi berjela melampau sangat. Hu hu hu... Ya ampunnn... Tapi kalau nak tau cerita yang selanjutnya, sila nantikan bahagian yang ketiga pula yer? In Shaa Allah, kalau tidak hari ni esok. Hu hu hu, kakak penutup bulan dan awal bulan sibuk sikit, banyak komitmen pada kerjaya (ha ha ha kerjaya sangattt ko kannn?) yang perlu diberikan perhatian khusus. Dengan nak buat penilaian prestasi kakitangan lagi... Hu hu hu...Dah akhir tahun kannn? 

Berkenaan Dengan TWG Tea 1837:






TWG Tea at Sunway Pyramid

Sunway Pyramid Shopping Mall
LG1 Concourse, LG1.33A
No. 3, Jalan PJS 11/15
Bandar Sunway
 46150 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Tel: + 60 3 5621 2899

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad
10 pagi - 10 malam

Peta Lokasi:



Dan sekali lagi diulangi... jika anda berminat untuk percutian di Best View Resort Suites di Sunway Hotel Resorts bolehlah melawat ke www.resortsuites.com.my dan ada promosi untuk para pembaca Bubblynotes.Com... Sila gunakan kod promosi : RSBS9694.

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah sesekali ash santai malam... :)

    ReplyDelete
  2. Waaa,,, lama x mai sini... banyak perubahan...semakin cantik dan sungguh pro... thumbs up sis.

    btw... sedapnyerrrrrr spaghetti tu... waduhhhh

    ReplyDelete
  3. Tahniah dapat voucher RM200 tu...Rezeki Allah siapa yang sangka kan...

    Assalamualaikum....Nak jemput tuan blog untuk memeriahkan giveaway MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung...Jemput yer...

    http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html

    ReplyDelete
  4. pertama kali orang bungkus ye?/hahahah..ash betul2 mencipta sejarah la kat situ..ekekek

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !