Best View Resort Suites, Sunway Lagoon, TWG Tea & Hari Lahir!!! | Bahagian 1

Farah Waheda Wahid
5

28.11.2015 | Dialah orang yang paling gembira, dialah orang yang paling teruja. Dia tahu jika Mommy dah keluarkan pakaian yang bergantung dari almari dia, bermakna, Mommy akan bawa dia berjalan-jalan jauh dari kebiasaan. Jika pakai, pakaian berlipat, dia tahu Mommy akan sekadar membawa dia ke pasar raya yang berdekatan sahaja di kawasan rumah. Kanak-kanak kan? Cepat hidu dan tangkap tentang satu-satu perkara tu. Ke mana kami? Ke percutian singkat yang ditaja oleh Best View Resorts Suites di Sunway Hotel Resorts bersempena dengan hari lahir kami berdua yang jatuh pada 24.11.2015 dan juga 26.11.2015. Alhamdulillah, rezeki Iman Firash di hari lahir yang kedua tahun. 



Saat kami melangkah masuk ke kawasan "reception" di Tingkat 12 di Best View Resorts di Sunway Hotel Resorts tersebut, bertambah-tambah teruja Ash. Sewaktu "check-in" elok lakunya duduk diam-diam di atas kerusi di sebelah Mommy. Ha ha ha, mungkin kepelikan kerana tidak pernah ke situ kan? 


"Executive King Studio" itulah kategori bilik kami di Best View Resort Suites ini. Setelah selesai urusan pendaftaran segala bagai, kami telah dibawa ke bilik kami di tingkat 20. Sungguh kepelikkan Iman Ash. Di manakah haku? Agaknya di dalam hati...Muahahaha... Ada lagi tentang Ash ni... Jap jap jap... Tunjuk gambar bilik dulu sambil-sambil bercerita sebab tentang Ash ni ada kena mengena dengan bilik... 


Perkara pertama? Farah haruslah tengok susun atur bilik dan juga keadaan katil...Muahahaha...Farah ni kalau layan mata di atas talian tengok hotel-hotel yang ditawarkan untuk pakej percutian biasanya suka tengok susun atur serta keadaan katil dulu. Cantik ke tak cantik? Itu penting tu bagi Farah... Sebab bila bercuti kita nak rasa "cosy" dan rasa seronoknya bilik hotel ni, seronoknya tempat ni kannn??? Kesimpulan? Suka dengan katil dan susun atur... He he he... 


Reaksi Iman Ash? Saat pintu dibuka, saat dia melihat keadaan di dalam bilik, perkataan yang terpacul dari bibir mungil itu adalah... "Ohhh wowww..."...Ha ha ha... Kagum sekejap dia dengan keadaan bilik tersebut. Wow tu sekejap ajer...Lepas tu mulalah dia berekplorasi bilik tu. Mula-mula ke katil dan memang macam-macam Ash tau... Eksplorasi katil dulu, nampak katil, panjat katil... dan selepas itu dia rebahkan diri di atas katil...Uji tilam kot? Empuk ke tak empuk... 


Ha gittew ha gayanya... Seronok dia, seronok lagi Mommy tengok dia. Iyalah, Ash kan tak pernah berpeluang merasa semua ini sebelum ini. Memang Farah akui, Farah tak pernah membawa Ash ke mana-mana untuk bercuti sebegini. Kiranya, kali pertama ini adalah percubaan pertama kali untuk Ash dan jika ok In Shaa Allah, ada rezeki kami bakal bercuti lagi. (Memang ok punnn...hik hik hik). Dia macam mana ek? Perasaan seorang ibu yang tidak dapat tergambar dan terekspresi dengan kata-kata bila melihat keseronokan Ash...


Seterusnya, dengan aktif dia berekplorasi ke ruang makan di dalam bilik tersebut. Lihat-lihat apa ada di meja makan, kemudian dia audit ke bahagian dapur, bilik air dan juga balkoni. Balkoni memang Farah tak biarkanlah... Pantau walau berpagar dan selepas dia puas dan masuk semula ke dalam, Farah kunci pintu ke balkoni tersebut. Untuk pengetahuan umum, bilik di bawah kategori "Executive King Studio" di Best View Resort Suites di Sunway Hotel Resorts ini lengkap segalanya. Haaa...meh Farah "breakdown" kan spesifikasi bilik yang kami tumpang semalam ni.

Ruang Meja Tulis
Ruang Katil dan Televisyen
Ruang Makan
Ruang Dapur (dilengkapi peralatan dapur yang lengkap)
Ruang Bilik Mandi
Ruang Balkoni

Pendek kata, semuanya lengkaplah... Merasa ala-ala duduk di pangsapuri atau kondominum sekejap kami semalam...Ahakss... 


Ini paling penting, penanda arah kiblat. Mana-mana pergi pun perkara utama yang perlu kita tahu dan ketahui adalah arah kiblat yer tak? Bercuti bukan bermakna bercuti segala yer... Ada kewajipan dan perkara wajib yang tidak boleh kita tinggalkan. Alhamdulillah, dilengkapi dengan penanda arah kiblat. Jika tidak pun, kita kenalah bersedia dengan kompas kiblat yer tak?

Rehat sebentar untuk melepaskan lelah dan menghabiskan masa yang sangat berharga berdua beranak. Walaupun, Sunway Lagoon telahpun melambai-lambai memanggil-manggil Ash untuk ke sana... 


Lebih kurang di dalam pukul 4 lebih selepas Asar, siapkan Ash, sendiri pun bersiap, kami bergerak ke Sunway Lagoon untuk aktiviti yang seterusnya. 


Nampak air ibarat kena histeria, ha ha ha, taklah... teruja, terujaaa yang amat-amat... Disebabkan berdua, nak tak nak Mommy dia terpaksa masuk juga ke dalam air bersama-sama... Oleh itu, gambar di dalam air tu tak adalah nak dapat dirakamkan yer tak? Sebabnya? Sibuk pegang anak, sibuk jaga dia dan berseronok dengan dia. Dapat air, seronok betul terutama bila air dari tempayan yang terdapat di taman air itu melimpah... Dengan gelak, dengan jerit dia.... Memang seronok sungguh dia. Setelah lebih kurang setengah jam, cuba bawa dia naik ke darat... Wakakaka... Darat tak laku...Dia dengan sendirinya berjalan menuju ke arah air... Maka nak tak nak terpaksalah Mommy dia nih, melayan... Tu diaa, sampai ke tengah-tengah kolam dia tarik Mommy... Kalau kaki tu, celepuk celepuk konon-konon berenang...Harus berpelampunglah "uolsss"...Yang Mommy dia pula, cuak... Cuak kenapa? Kan Mommy tak pandai berenang... 

Tapi ini nak puji diri sendiri ni...Ha ha ha...Jangan meluat "please"? Sesekali bukan selalu... Benarlah, untuk anak ibu akan redah dan harung apa saja...Contoh paling senang ni lah ni...Ha ha ha... Walaupun ada ketakutan kerana tak pandai berenang... Tetapi tetap pergi juga ketengah... Cara atasi rasa takut tak pandai berenang tu mudah jer...Fikir positif... Alaaa...bukannya dalam pun yang benarnya... Setakat sampai paras dada tu kira oklah lagi tu kannn??? Ha ha ha...Lagipun ada pelampung si anak, paut jer pada pelampung Ash... Abang Ben Ashaari pesan, guna pelampung kalau tak reti berenang...Baik Abang Long! 

Berendam, bersuka-suki dalam air ke tahap maksimum, sampai dah kecut jari jemari Ash dan mata dia pun dah merah, walaupun menjerit-jerit tak nak naik dari air, walaupun air tempayan yang melimpah-limpah tu dah berhenti berfungsi, dia tetap nak main air lagi...Dengan paksa rela, pukul 6.30 petang, naikkan ke darat, salinkan pakaian walaupun dia menangis tak mau balik ke bilik. Ha ha ha... Menangis sedih dia sepanjang berjalan balik ke bilik... Cara senyapkan berikan susu...Dah berendam kannn? Tentulah lapar... ;-)


Akhirnya, tewas di atas tilam empuk dan angin dari penghawa dingin. Memanglah, kalau boleh jangan beri dia tidur waktu Maghrib, tapi sekali ini, kesian kerana dia keletihan. Ash memerlukan tenaga lagi di waktu malamnya nanti kerana ada aktiviti lagi untuk kami di waktu malam. Apa tu? Kenalah tunggu sambungan di bahagian yang kedua yer?

Owhhh sementara itu jika anda berminat untuk percutian di sini bolehlah melawat ke www.resortsuites.com.my dan ada promosi untuk para pembaca Bubblynotes.Com... Sila gunakan kod promosi : RSBS9694.

#ResortSuitesBS 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !