Berbaloi, Berpuas Hati & Terbaik | Hi-5 House of Dreams Concert Live In KL 2015

Farah Waheda Wahid
5

Pertama kali dia jejak Istana Budaya di usia 2 tahun, pertama kali juga Mommy dia jejak Istana Budaya di usia 33 tahun. Ngeee...:-)... Iya, inilah kali pertama jejak kaki ke Istana Budaya ok? Tolong jangan gelakkan kakak ok? Sebelum-sebelum ni memang tak pernah pun jejak kaki di situ. Kira-kira 10.12.2015 adalah sejarah baru dalam hidup kami berdua beranak. Hua hua hua... Demi? Demi Hi-5 House of Dreams Live in Concert KL 2015! Alhamdulillah, rezeki Iman Ash dari Enrich by Malaysia Airlines. Kali kedua diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Malaysia Airlines Berhad. :-).

Ada 4 tiket semuanya untuk kami anak beranak. Tetapi memandangkan kami cuma 3, maka 3 tiketlah yang digunakan. Satu tiket lagi bagi beg-beg dan barang-barang duduk. Biasalah ada anak kecil, macam tulah... Pergi mana-mana macam nak pindah rumah! Mungkin orang lain tidak begitu sebab Farah ni kalau boleh semuanya nak ada lengkap tersusun. Hua hua hua...


Seawal 7.00 pagi kejutkan Ash... Mujur Ash adalah "morning person" dan tak ada masalah untuk bangun pagi. Bersiap dan lebih kurang 8.30 pagi bergerak ke Istana Budaya. Hari berkerja kan? Jalan pun sedikit sesak, lagipun jauh perjalanan kami ni. Pukul 10.00 pagi baru sampai Istana Budaya. Tapi sebenarnya, Ash tu tak faham pun nak ke mana dan Mommy dia ni heret dia ke mana kan? "Surpriseeee!!!" untuk Ash... Harap-harapnya dia sukalah kannn??? Sebab dia memang suka menonton Hi-5...

Sewaktu mula-mula sampai dia agak terpinga-pinga melihat sekeliling yang ramai nau kanak-kanak lain... Tak percaya??? Silalah lihat gambar di mana Mommy dia sibuk nak "selfie" dan dia...


Cuba memahami apa yang berlaku di sekitar dan di sekeliling dia. Owhhh, kelihatan tudung Mommy sedikit tak semengah sewaktu hari kejadian... Ha ha ha... Adatlah tu bila anak main tarik-tarik dan mendukung anak... "Alignment" tu lari sikit... Takper, takper nanti kita betulkan... Muahahaha... Sehinggalah dia melihat kanak-kanak lain memegang cenderahati Hi-5 dan dia mula minta dan nak juga...


Pucuk dicita ulam mendatang yer Ash? Benda ni ada lampu-lampu berkelip-kelip bila dibuka suisnya... Harga? RM 25.00 satu... Demimu anak... :-)... Orang lain ada, dia pun nak ada juga yer tak. Bila dah dapat dia mula tersenyum... Dan mula memahami satu perkara! Hi-5! Bertambah tersenyum bila secara tiba-tiba ada satu lagi "surprise" untuk dia... Yang dia dambakan, yang dia setiap malam lihat wajah di gambar di dalam tablet dia sebelum tidur... Yang dia rinduuuu sangatttt, yang dia lama dahhh tak jumpa, agak lama juga dan cukup untuk buatkan dia tercari-cari... Abah datang!!! Oiiii naik syehlah dia... Terjerit-jerit dia ... "Ba bahhh...Ba bahhh..."... Terus terkam ko... Kesian anak Mommy yer? :-)... Tak apalah Ash kan kuat? Abah sibuk, tak boleh ada selalu untuk kita, itu Ash kena faham... 

Beratur dan masuk... Sebelum masuk semua beg perlu diperiksa, tak boleh bawa makanan, tak boleh bawa minuman, tak boleh bawa kamera...ihikss tapi kamera di telefon hado bukan nan hado... Boleh ambil gambar tapi jangan buka "flash"... Mungkin kerana kanak-kanak, ada "lenient" di situ sedikit...  


Bila masuk sahaja ke dewan teater dia nampak set di atas pentas, dia sudah mula faham bahawasanya dia akan menonton Hi-5. Sementara tunggu pementasan bermula, dia agak gelisah oiii... Berpeluh ketiak nak bagi dia diam. Pembesar suara dia kan nyaring? Biasalah tu kalau dengar Ash menjerit. Dia nak terkam ke bawah, nak ke arah pentas! Teruja tengok Hi-5 di depan mata...



Tersenyum-senyum dia melihat persembahan karakter-karakter Hi-5 yang biasa dia lihat di kaca televisyen setiap hari. "Surprisingly"... Dia...


"Behave well"... Duduk diam sambil tersenyum-senyum dan sesekali mengikuti tarian serta gerak langkah dan juga perkataan yang disebutkan oleh karakter-karakter Hi-5. Nampak dia "enjoy" dan menikmati pementasan itu dengan sepenuh jiwa. Sedikit sedutan persembahan yang dipentaskan untuk tatapan semua...




Mulanya hati Mommy dia ni risau dan dah rancang dah, kalau "tantrum" dalam tu nampak gayanya kenalah tonton separuh jalan dan keluar dari dewan pementasan. Rupa-rupanya sangkaan tu meleset... Ha ha ha... Dia seronok! Perasaan Mommy??? Haruslah puas hati dan gembira! Iyalah sesuatu yang dia suka kan???

Kemudian rehat 15 minit... Sebelum pementasan disambung semula... Mommy rasa lampin pakai buang dah berat dan basah sangat dah. Ambil lampin pakai buang dan Abah tawarkan diri nak pergi salinkan. Biarlah bukan selalu, sekali sekala... Keluarlah dia sebentar ikut Abah dia pergi salin lampin pakai buang. Keselesaan dia penting sepanjang pementasan berlangsung. 


Bila anak gembira dengan kejutan yang diterima tiba-tiba rasa diri ini sangat bahagia. Tak pernah Mommy membawa dia pementasan seumpama ini... Dan Alhamdulillah siapa tahu? Rezeki Allah untuk Ash kerana berpeluang. Kebahagiaan itu berganda-ganda ketika bukan hanya Ash sahaja dapat menikmati kegembiraan serta keceriaan itu. Anak-anak Aunty yang lain juga berpeluang melalui penyertaan yang dimenangi oleh ibu bapa mereka untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan itu melalui peraduan Hi-5 yang dilancarkan di Bubblynotes.Com bagi pihak Enrich by Malaysia Airlines. Antaranya Kak Salina Johari, Eija, Qeela Aini dan Kelkatu Spoket. 




Eija ni adalah kawan sekolah menengah Farah sewaktu bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur dulu. Berbelas ke berpuluh tahun dah kami tak bersua muka. Akhirnya ketemu jua di konsert Hi-5... Tu pun tak puas lagi tau... Singkat sangat sebab kami duduk di dalam lokasi yang berbeza sewaktu pementasan. Jumpa sekejap jer... Nak bergambar pun tak sempat. Ni pun sebenarnya pinjam gambar Eija dan minta izin. Owhhh... Jika anda masih ingat akan satu iklan susu dari Abbot Laboratories ... Yang kanak-kanak lelaki tu pakai "sunglass" memandang ke arah matahari... Itulah anak Eija yang sulung yang lelaki di dalam gambar di atas.


Qeela Aini, rakan blogger yang ada sejarahnya yang tersendiri melalui hidupnya, blognya, Bubblynotes.Com dan anak gadis kecil yang comel yang bernama Eva ini. Jika ada yang masih ingat, Farah pernah berkongsi dahulu di Bubblynotes.Com...


Entri tahun 2014... The Bitter Truth...Please Lend Your Hand, Prayers & Doa!!!... Tentang Nur Eva Humairah yang ketika itu menghadapi penyakit TOF (Tetralogy of Fallot) yang mana sejak lahir lagi Eva mempunyai masalah VSD (Ventricular Septal Defect) dan "vessel problem". Alhamdulillah, kini Eva menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain dan ceria. Memang ingin sangat lihat Eva depan mata sendiri. Akhirnya termakbul doa itu. Syukran Ya Allah. Perasaan tu tak dapat nak digambarkan bila melihat anak ini sihat!

Lain-lain, gambar dari Kak Sal dan Kelkatu Spoket tak dapat pula dijejaki. Ihiksss... Hari yang sungguh bermakna sebenarnya bagi Farah...


Nampak tak muka kepuasan di hati anak kecil bernama Iman Ash ini? Kembang sekembang-kembangnya hati dia... Sehinggakan...


Sehingga malam, syok tu tak habis-habis lagi... Tak cukup di Istana Budaya, di dalam kereta dan di rumah sambung ulang tayang menonton Hi-5... Mungkin itulah hari yang paling menggembirakan dia kan? Perasaan ibu mana yang tak gembira melihat anak gembira sebegini kan? In Shaa Allah Ash, dengan izin Allah SWT, selagi Mommy termampu, Mommy akan sentiasa cuba gembirakan dan bahagiakan anak manja Mommy ini seadanya dan sebolehnya mengikut apa yang termampu dan apa yang Allah berikan rezeki buat kita... In Shaa Allah, Amin...

Terima kasih Enrich by Malaysia Airlines untuk tiket pementasan Hi-5 House of Dreams Live in Concert KL 2015 untuk Ash
... "You've really made his day!"... :-)...

#EnrichUrLife #EnrichJunior #MalaysiaAirlines

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Muka Ash yang dekat third picture tu macam,
    huh, Mommy buat apa ni.. XD

    ReplyDelete
  2. Hi 5 is very popular with the kids , I remembered when my nephews when I opened the astro channel 611 ( If I'm not mistaken ) those Hi 5 crew start their dance and my nephews automatics follow their beats , I don't know how they imagined in their world but Hi 5 is one of their favourite :)

    - Syamsid Blog -
    .

    ReplyDelete
  3. bestnya! ternganga Ash layan Hi 5 yer, cute!

    ReplyDelete
  4. Seronok ash hehehhe, enjoy sungguh dia ye mama bawa pi tgk hi5...julia selalu lepak kt cafe Istana Budaya tu dengan suami bincang soal trip kerja...best juga mkn petang kt situ tau...kuih2 pun sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !