Anak Menangis Bila Berus Gigi???

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Beberapa ketika dahulu, bila tiba waktu mandi, bila tiba waktu memberus gigi memang ada orang tu marah sungguh dan menangis. Paling dia tak suka adalah memberus gigi. Entah apa yang dia takut atau nak nangiskan pun Farah tak faham. Ha ha ha... Menangisnya macam kena marah atau kena cubit jer dalam bilik air tu walhal tak ada apa pun sekadar memberus gigi jer. Sekejap jer pun menangis tu. Bukannya lama. Habis berus gigi, habislah menangis sebab seronok dapat main air kan? 

Air dia suka! Tapi berus gigilah yang paling bercinta dan epik sekali. Puaslah dipujuk, puaslah dipasang macam-macam contoh di tablet mengenai gigi yang perlu diberus setiap hari mengikut waktu-waktu tertentu. Mommy peduli apa kan? Melentur buluh biarlah dari rebungnya... Nak didik anak ni ada masa-masa memang mencabar dan menduga. Yang penting kena sabar... Yang penting jangan putus asa. Berus tetap berus... Menangis atau tidak tetap Farah beruskan. Habis tu takkan nak biarkan gigi tu menguning dan ikut rentak dia ajer? Oooo tak boleh tak boleh... Sesetengah perkara kan kita tidak boleh terlalu mengikut rentak si anak? Kalau terlalu ikutkan esok lusa tulat yang parahnya kita. Ada sesetengah keadaan yang relevan bila ia berkaitan dengan kebaikan anak sememangnya kita sepatutnya bertegas. Walaupun anak itu masih kecil. Supaya dia faham dan supaya dia tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Apa yang harus, apa yang wajib, apa yang halal, apa yang haram. Juga faham erti disiplin, rutin serta tanggungjawab. 

Selama dari saat gigi sudah mula berbatang-batang sehinggalah usia mencecah 2 tahun, memang bergelut diri ini bila tiba waktu nak memberus gigi. Phewww... Mungkin pada ibu bapa lain "it's not a big hassle when it comes to tooth brushing". Tapi inilah pengalaman Farah... Kadang-kadang tu rasa nak angkat bendera putih pun ada. Ha ha ha... Tak angkat pun bendera putih tu! Tetap usaha juga nak berus gigi dia sampai berjaya. Macam mana pun tetap akan pastikan gigi tu diberus. Walau susah macam mana sekalipun. 

Sumber dari Google
Perbezaannya bila usia Ash dah cecah 2 tahun 1 bulan yang dapat Farah perhatikan serta nilaikan adalah, kini dia tidak lagi bergelut cuba melepaskan diri dari memberus gigi ataupun menangis kerana terpaksa memberus gigi! Sewaktu nampak Farah ambil berus gigi silikon dia, (masih lagi pakai berus gigi silikon buat masa sekarang untuk memudahkan kerja Farah dan ada juga berus gigi biasa), dia buka mulut tanda mengizinkan dengan rela tanpa terpaksa giginya diberus oleh Farah. Ngeee... :-)... Alhamdulillah. Satu perkembangan yang positif. Ada perubahannya dah. Selepas selesai dia pula ambil berus gigi dia yang biasa seperti berus gigi yang kita pakai hari-hari tu dan menggayakan cara memberus gigi pula. 

Dah faham hakikat yer Ash? Ha ha ha... Rupa-rupanya usaha yang satu ini membuahkan hasil! :-). Begitulah anak-anak kan? Berbeza pendekatannya di dalam mendidik. Anak itu lain caranya, anak ini lain caranya. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk memahami anak-anak masing dan ibu bapalah yang bertanggungjawab di dalam merungkaikan apa saja isu yang dihadapi ketika mendidik anak-anak dengan akal sendiri serta pendekatan yang paling bersesuaian dengan penerimaan anak-anak masing-masing. Tidak semestinya sesuatu cara itu berkesan pada anak orang lain akan berkesan pada anak kita. 

Apa yang buatkan Ash berubah? Ooo... Kami main permainan kreatif yang melibatkan lakonan sedikit seperti yang Farah pernah kongsikan di dalam entri  CREATIVE PLAY: Music, Movement & Drama | Recreating Experiences.. Olok-olok ala-ala bermain menggayakan bagaimana bila tiba waktu memberus gigi... He he he... Sekali dua kali, bila dia melihat Farah melakukan aksi memberus gigi, dia pun lama kelamaan mengikut dan mula faham secara perlahan-lahan... Iyalah dah jadi tugas ibu bapa memahamkan anak kan? Yang benda tu perlu... 

Selamat tinggal waktu-waktu yang sangat menyusahkan hati serta merisaukan hati Ash bila tiba waktu memberus gigi dan selamat datang ke alam memberus gigi yang menceriakan serta menggembirakan buat Ash! 

*Lega rasanya bila sudah tiada masalah buat Ash untuk memberus gigi lagi... :-)... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kak farah kreatif.Anak buah kite pon masa kecik2 dia taknak berus gigi.Tapi bila main air kemainnnnn lagi dia.huhu

    ReplyDelete
  2. syakirah ade mase nangis ade mase gosok sendiri ade masa tak nak buka mulut lgsg Y_Y

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.....lega hati mummy tu kan....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ijat suka berus gigi. Buat sendiri...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !