Sejak kebelakangan ni memang sibuk Farah ni ha... Ha ha ha... Sibuk nak menyekolahkan anak! Taklah sibuk sangat nak suruh anak masuk sekolah cepat-cepat... Hari tu kami dah pergi ke kelas percubaan di HappyTots: Pertama Kali Ash Bersekolah Main... Kini Mommy dia terfikir nak menghantar Ash ke kelas percubaan di Genius Baby On Boardsetelah Farah merisik-risik dengan kakak Farah yang seorang ini, iaitu Kak Salyang sememangnya rajin dan berpengalaman dah menghantar anak-anak kecilnya ke "playgroup" pada setiap hujung minggu.
Sasaran Farah adalah, untuk tempoh suku terakhir tahun 2015, Farah secara aktif mencari pusat-pusat perkembangan kanak-kanak yang bersesuaian untuk Ash yang menawarkan kelas di setiap hujung minggu. Waktu harus hujung minggu! Hari bekerja, siapa pula nak menghantar dan mengambil Ash untuk kelas yang tempohnya cuma sejam? Atuk pun kerja. Nek Ma tak reti nak pandu kereta, lagipun kedua-dua kereta dipandu oleh Atuk dan juga Mommy. Takkanlah pula nak harapkan orang lain menghantar dengan mengambil perkhidmatan kenderaan berbayar kan? Memang taklah... Farah ada satu perasaan yang memang susah nak percaya pada orang dan biarlah Farah sendiri yang bersusah payah menghantar serta ada bersama-sama Ash untuk "playgroup".
Di dalam tempoh pencarian ini, memang Farah akan membawa Ash ke kelas percubaan terlebih dahulu dan memang haruslah kita sebagai ibu bapa "survey" dengan terperinci apa yang ditawarkan, kelebihan dan juga kekurangan serta manfaatnya kepada anak-anak kita. Hendakkan sesuatu yang terbaik buat anak, memang kita kena korban masa dan juga korbankan kehendak kita yang lain-lain sedikit. Bila anak semakin membesar, sudah tiba masa untuk berfikir dengan lebih "determine", apa perkara yang kita mahukan untuk anak kita dan dengan perkara yang kita mahukan untuk anak kita tu, apakah yang perlu kita korbankan demi anak. Konsep dalam hidup yang biasa, bila kita nak sesuatu perkara ada kala kita terpaksa kurang-kurangkan sesuatu perkara yang lain ataupun korbankan perkara yang lain itu.
Kemudiannya, bila dah menghadiri ke semua kelas percubaan di tempat-tempat yang berpotensi, barulah Farah akan duduk diam seorang diri tak kiralah malam ke, memandu ke, dan menganalisis pro dan juga kontra, kelebihan serta kekurangan sesuatu pusat perkembangan kanak-kanak tu. Setelah itu barulah keputusan dilakukan.
Apa yang ada di Genius Baby On Board sepertimana yang Farah dapat baca serba sedikit dari laman web rasmi mereka? Sebenarnya kelas-kelas di Genius Baby On Board ni dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:
Kelas "Playgroup" dari "New Born" - 4 tahun, yang dipecahkan kepada 4 peringkat iaitu:
Infant (NB - 6 months)
Crawler (7 - 12 months)
Walker (12 - 18 months)
Runner (18 months - 4 years)
Untuk Ash sudah semestinya Farah melihat ke arah Runner (18 months - 4 years), Dan menurut penerangan di laman web rasmi Genius Baby On Board untuk peringkat atau tahap 4, mereka menggunakan Khalifah Method dalam semua modul-modul mereka. Terdapat 7 modul berstruktur yang jumlahnya adalah 68 minggu kesemuanya. Di dalam modul-modul Genius Baby On Board, mereka menekankan akidah ketuhan yang satu melalui lagu-lagu, nursery ryhme dan story telling time dengan pendekatan yang santai dan menyeronokkan. Ia bagi menjana kanak-kanak Muslim yang kompeten dan berdaya saing dalam suasana yang penuh harmoni dan saling hormat-menghormati. Sesi "playgroup" ini terdiri dari beberapa segmen-segmen tertentu dan menggunakan alat bantu mengajar yang banyak dan pelbagi bagi sesi "playgroup" lebih menarik dan berkesan. Ia meningkatkan skil anak dan cara fikir anak dalam banyak perkara, meningkatkan konsentrasi, daya saing, pergaulan sosial, sharing & taking turn dan banyak lagi.
Genius Baby On Board mempunyai beberapa segmen di dalam "playgroup" tahap 4 iaitu Circle Time, Warming Up Session, Story Circle, Music & Singing Time, Phonics Time, Active Play (yang akan mengandungi pelbagai aktiviti yang berbeza setiap minggu bagi menjana minda anak dengan cara yang menyeronokkan dan santai) dan juga Art Session bagi mengukuhkan kuasa otak kanan mereka. Selain itu, pihak Genius Baby On Board juga akan menggunakan peralatan seperti ribbon streamers, balls, ping pong maracas, egg maracas, bubbles, wood sticks, bean bag, parachute play dan pelbagai instrumen muzik dalam kelas mereka untuk menjadikan anak lebih kreatif dan berkeyakinan dalam pergaulan sosial.
Untuk kanak-kanak di tahap 4, ini akan mengambil masa 1 jam - 1 jam suku untuk satu sesi, sekali dalam seminggu.
Secara peribadi, Farah baru sahaja menghubungi Teacher Azie dari Genius Baby On Board untuk bertanyakan tentang kelas dan juga pendaftaran. Farah merancang ingin membawa Ash ke kelas percubaan di Genius Baby On Board pada waktu yang bersesuaian.
Jika menurut laman web rasmi Genius Baby On Board, Terdapat 2 kos yang perlu dibayar iaitu:
Yuran Pendaftaran :
RM 150 setahun (perlu dibayar sekali sahaja untuk tempoh setahun) dan anak anda akan menerima:
*Bag Non-Woven Istimewa
*Sehelai T-Shirt Playgroup Khas untuk anak anda.
*Button Badge istimewa GBOB
*Kad Keahlian SuperKid
*Pelekat kereta keluaran khas Genius Baby On Board
*Diskaun 5% untuk produk pendidikan & permainan di Genius Baby On Board untuk tempoh setahun.
*Baucar Diskaun Seminar ECE di Genius Baby On Board
RM 50 / kelas (perlu dibayar untuk 4 kelas sekaligus setiap bulan) menjadikan jumlahnya RM200.00 sebulan.
Sesi Separuh Masa:
RM 55 / kelas
JUMLAH PENUH (ketika pertama kali mendaftarkan diri):
RM 350.00 sahaja (Sepenuh Masa)
RM 150.00 sahaja (Separuh Masa)
Menurut Teacher Azie, pada waktu ini mereka sedang mengadakan promosi yang mana Teacher Azie akan hantarkan kepada Farah informasi yang berkaitan hari ini melalui What's App. Yang Farah nak tau sekarang... Apakah perbezaan di antara sesi sepenuh masa dan juga sesi separuh masa yang ditawarkan? Masih menanti jawapan itu sekarang ini...Thee Hee Hee...
Antara lokasi Cawangan Genius Baby On Board adalah:
owner gbob dulu ni blogger juga, watie aziz. masa tu kami blogger fren. tau pasal dia set up gbob centre ni :) now tak blogging dah. concentrate terus dgn gbob. pada aida, ok, farah. ada peluang memang elok anta ash. aida di melaka takde byk centre gini. anta taska, alhamdulillah ok and di taska ijat pun buat la semua. tak salah farah mencuba :) good luck ye.
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Total Pageviews
Top 20 Malaysian Parenting Blog 2018 & Top 30 Malaysian Parenting Blog 2019 & 2020 - Feedspot
Farah...bila saya baca ni rasa macam tak sangka Ash dah besar..dah tak leh berkepit je dengan tok ma dia..heheheh..
ReplyDeleteowner gbob dulu ni blogger juga, watie aziz.
ReplyDeletemasa tu kami blogger fren. tau pasal dia set up gbob centre ni :)
now tak blogging dah. concentrate terus dgn gbob.
pada aida, ok, farah.
ada peluang memang elok anta ash.
aida di melaka takde byk centre gini.
anta taska, alhamdulillah ok and di taska ijat pun buat la semua.
tak salah farah mencuba :)
good luck ye.