Sukaaa Sangattt Makan Malam, Lepas Tu Takut Gemuk...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Siapa yang mempunyai tabiat suka sangattt makan tengah-tengah malam, lepas tu bila dah makan, menyesal sebab takut badan gemuk...Ataupun menyesal sebab betul-betul menembun? Sila mengaku cepat!!! He he he... Farah taklah berapa suka makan tengah-tengah malam bila orang lain dah tidur. Sesekali jer bila perut terasa sangat-sangat lapar... Bukan kebiasaan Farah tu pukul 3 pagi pergi dapur cari nasi untuk dimakan ataupun apa-apa sahaja supaya boleh dimakan...Eloklah tu kan? Untuk orang-orang yang berbadan gempal seperti Farah ni, jangan cuba-cuba nak jadikan tabiat makan tengah-tengah malam tu kan? He he he...Lagipun waktu makan yang terbaik adalah 3 jam sebelum anda tidur.

Bagi anda yang sedang berdiet tu, makan malam adalah sesuatu yang memang amat menggerunkan. Seboleh-bolehnya anda akan cuba menghindarkannya. Tapi macam mana kalau diserang kelaparan yang teramat sangat sampai memudaratkan diri? Makan jer lah...Janganlah sampai memudaratkan diri yer tak? Ada banyak sebenarnya pilihan makanan yang harus anda tahu untuk anda makan pada malam hari tanpa rasa kesal. Menurut artikel di SINI, ...

1. Sebelum makan, pastikan anda minum segelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membantu perut anda kenyang serta mengelakkan anda daripada makan berlebihan. 

2. Kalau anda terpaksa mengambil nasi, pilihlah sayur dahulu sebelum mengambil nasi dan lauk. Pastikan juga makanan yang anda ambil adalah sihat seperti sup sayur.

3. Bukanlah sampai tak makan malam, tapi cuma perlu kurangkan ambil menu berat seperti sajian tengah hari. Misalnya makan malam diganti dengan sepotong sandwich yang berisi protein dan serat. Janji tetap mengandungi nutrisi. 

4. Nak diet macam mana pun anda kena pastikan sajian yang diambil mengandungi karbohidrat, protein dan serat. 

5. Lebih elok jika menu yang diambil mengandungi 1/2 karbohidrat, 1/4 protein dan 1/4 serat. 

6. Kalau nak lagi bagus, anda kena ada batas waktu makan malam iaitu dari jam 7 hingga 8 malam. Pastikan 2 hingga 3 jam sebelum tidur. 

Yang benarnya, macam mana seksa pun, kita tetap kena jaga pemakanan demi kesihatan. Umur bukan makin hari makin muda yer tak? Lagi meningkat umur, lagilah kena jaga kesihatan. Bukan untuk kurus, tetapi nak elak penyakit cepat melekat kaedahnya. Semoga bermanfaat buat kita semua! ;-) 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tapi biasanya semakin meningkat umur nafsu makan semakin kurang cuma itulah kalau dah naik badan nak susut pun payah - metabolism dah tak seaktif masa usia muda Farah.

    ReplyDelete
  2. Hehe...kejadian makan lewat malam ni biasa berlaku kalau balik kampung...adoi la...tapi biasanya makan sebelum maghrib..malam kalau lapar ambil snack yang sihat..

    ReplyDelete
  3. kalau balik seremban hujung mingu memng tewas makan waktu malam...huwaaaaa dah gemuk balikkkkk

    ReplyDelete
  4. nory kalau tetiba lapar time malam, nory tido je..hahahah..

    ReplyDelete
  5. Penat makan.. Tapi tak besar juga. Hhaha

    ReplyDelete
  6. balik zumba tgh2 malam mkn burger, pekena kopi...tapi tak besar2..aduyai..masalah pula kalau mkn bnyk tp tk besar2..hiihi..tp umur dh bnyk ni..risau juga mkn macam2...

    ReplyDelete
  7. Diana memang jarang makan malam ni farah walaupun perut terasa lapar....memang takut gemuk...hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !