![]() |
Sumber dari Google |
Siapa yang mempunyai tabiat suka sangattt makan tengah-tengah malam, lepas tu bila dah makan, menyesal sebab takut badan gemuk...Ataupun menyesal sebab betul-betul menembun? Sila mengaku cepat!!! He he he... Farah taklah berapa suka makan tengah-tengah malam bila orang lain dah tidur. Sesekali jer bila perut terasa sangat-sangat lapar... Bukan kebiasaan Farah tu pukul 3 pagi pergi dapur cari nasi untuk dimakan ataupun apa-apa sahaja supaya boleh dimakan...Eloklah tu kan? Untuk orang-orang yang berbadan gempal seperti Farah ni, jangan cuba-cuba nak jadikan tabiat makan tengah-tengah malam tu kan? He he he...Lagipun waktu makan yang terbaik adalah 3 jam sebelum anda tidur.
Bagi anda yang sedang berdiet tu, makan malam adalah sesuatu yang memang amat menggerunkan. Seboleh-bolehnya anda akan cuba menghindarkannya. Tapi macam mana kalau diserang kelaparan yang teramat sangat sampai memudaratkan diri? Makan jer lah...Janganlah sampai memudaratkan diri yer tak? Ada banyak sebenarnya pilihan makanan yang harus anda tahu untuk anda makan pada malam hari tanpa rasa kesal. Menurut artikel di SINI, ...
1. Sebelum makan, pastikan anda minum segelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membantu perut anda kenyang serta mengelakkan anda daripada makan berlebihan.
2. Kalau anda terpaksa mengambil nasi, pilihlah sayur dahulu sebelum mengambil nasi dan lauk. Pastikan juga makanan yang anda ambil adalah sihat seperti sup sayur.
3. Bukanlah sampai tak makan malam, tapi cuma perlu kurangkan ambil menu berat seperti sajian tengah hari. Misalnya makan malam diganti dengan sepotong sandwich yang berisi protein dan serat. Janji tetap mengandungi nutrisi.
4. Nak diet macam mana pun anda kena pastikan sajian yang diambil mengandungi karbohidrat, protein dan serat.
5. Lebih elok jika menu yang diambil mengandungi 1/2 karbohidrat, 1/4 protein dan 1/4 serat.
6. Kalau nak lagi bagus, anda kena ada batas waktu makan malam iaitu dari jam 7 hingga 8 malam. Pastikan 2 hingga 3 jam sebelum tidur.
Yang benarnya, macam mana seksa pun, kita tetap kena jaga pemakanan demi kesihatan. Umur bukan makin hari makin muda yer tak? Lagi meningkat umur, lagilah kena jaga kesihatan. Bukan untuk kurus, tetapi nak elak penyakit cepat melekat kaedahnya. Semoga bermanfaat buat kita semua! ;-)
Tapi biasanya semakin meningkat umur nafsu makan semakin kurang cuma itulah kalau dah naik badan nak susut pun payah - metabolism dah tak seaktif masa usia muda Farah.
ReplyDeleteHehe...kejadian makan lewat malam ni biasa berlaku kalau balik kampung...adoi la...tapi biasanya makan sebelum maghrib..malam kalau lapar ambil snack yang sihat..
ReplyDeletekalau balik seremban hujung mingu memng tewas makan waktu malam...huwaaaaa dah gemuk balikkkkk
ReplyDeletenory kalau tetiba lapar time malam, nory tido je..hahahah..
ReplyDeletePenat makan.. Tapi tak besar juga. Hhaha
ReplyDeletebalik zumba tgh2 malam mkn burger, pekena kopi...tapi tak besar2..aduyai..masalah pula kalau mkn bnyk tp tk besar2..hiihi..tp umur dh bnyk ni..risau juga mkn macam2...
ReplyDeleteDiana memang jarang makan malam ni farah walaupun perut terasa lapar....memang takut gemuk...hihi...
ReplyDelete