Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Sedangkan lidah lagi tergigit, adatlah tu kan di dalam hidup berumahtangga ni. Kalau ada pasangan yang tidak pernah berselisih faham tu memang Farah "salute" lah "uolss"... Ha ha ha, kakak tak mampu dik non oiiii... Dan bukanlah nak cerita tentang isi dalam rumahtangga pun, cumanya kakak mengaku di dalam pengalaman hidup berumahtangga selama 3 tahun dah usianya ni, selisih faham itu perkara biasa. Yup, perkara biasa, biasa sangat-sangat... Cumanya apa yang tidak baik sekiranya perselisihan faham tu berpanjang-panjangan...Itu tidak sihat sebenarnya di dalam hubungan suami isteri. Kebiasaannya, jika ada perselisihan faham, kalau boleh, ha ha ha, kalau bolehlah merajuknya atau buat hal masing-masingnya sehari jer, selepas itu ok balik. Kalau tak boleh, bergantung kepada selama mana sejuk hatinya masing-masing... Muahahaha... 

Tapi sebenarnya Farah melihat ianya pada satu aspek yang positif... Selepas perselisihan faham kebiasaannya hubungan akan menjadi lebih akrab dan lebih baik dari yang sebelumnya. He he he...Owhh, apa yang terjadi memang tak pernah lupa tetap kekal tersemat di dalam hati... Jadikan pengajaran dan sebagai panduan untuk lebih berhati-hati di masa akan datang dan tahu bagaimana untuk mengendalikan hati jika berlaku lagi perkara-perkara yang mungkin membuatkan diri salah seorang sentap. ;-) ... Tapi tidaklah kakak mengatakan yang perkahwinan kakak ni sempurna yer... Makan hati itu biasa, kecil hati itu ulam... Ha ha ha...Gittew... 

Rumahtangga mana yang tidak bergolak? Setiap pasangan yang berumahtangga pasti ada perselisihan faham. Macam Farah kata tadi, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Tapi, kena kawallah pertelingkahan dan ketidaksefahaman yang berlaku supaya ia tidak membawa kemudaratan kepada rumahtangga yang dibinia. Mungkin ada di antara tips berikut dari artikel di SINI boleh dipraktikkan bagi mendapatkan rumahtangga yang harmoni dan bahagia:

Utamakan Pasangan
Tidak kira anda seorang isteri atau suami, meletakkan pasangan di tempat yang pertama dalam semua hal (semestinya selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW) adalah keutamaan anda. Sebelum lakukan sesuatu, fikirkan kesannya kepada pasangan anda. Dapatkan pandangan pasangan jika anda perlu membuat sebarang keputusan.

Lakukan Aktiviti Yang Menyeronokkan
Aktiviti yang boleh melibatkan anda berdua seperti menonton wayang, berkelah, melancong boleh mengeratkan hubungan kerana ia adalah masa berkualiti bersama.

Tetapkan Masa Untuk Berdua
Walau sesibuk bagaimanapun, anda perlu mewujudkan satu masa untuk saling berdua-duaan tanpa gangguan. Kira-kira macam "me time" tapi ini "couple time" lah... He he he... Jadikan sehari dalam sebulan sebagai masa untuk anda dan pasangan menghabiskan masa bersama-sama.

Abaikan Hal Remeh-Temeh
Jangan ambil pusing hal-hal remeh yang boleh mengganggu rumahtangga anda. Buat dek jer... Jika berlaku kesilapan yang kecil, belajar-belajarlah maafkan kesalahan pasangan.

Jangan Menipu
Beritahu perkara sebenar kepada suami atau isteri anda. Individu yang sering merahsiakan sesuatu dari pasangan akan menyebabkan pergaduhan berlaku apabila pasangan mendapat tahu perkara tersebut.

Selalu Tunjukkan Kasih Sayang
Kerap berpegangan tangan, memeluk dan memaksimumkan hubungan fizikal antara suami isteri terbukti mengurangkan tekanan. Oleh itu, pastikan dalam sehari, anda mesti mencium dan memeluk suami/isteri masing-masing.

Fokus Kepada Kebaikan
Setiap orang memang ada kelemahan dan keburukan masing-masing. Lebih baik anda beri tumpuan kepada kebaikan suami/isteri anda berbanding asyik memikirkan kelemahan dan keburukannya. Saling memahami kekuatan masing-masing dan cuba melengkapi antara satu sama lain. Sampaikan kritikan dengan cara berhemah untuk mengelakkan pergaduhan. 

Kalau dah tak boleh sangat tu, memang satu masalah yang besar dan serius... Itu kena cari jalan lain ler nak selesaikan...Yer tak? 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. awal2 perkahwinan, sempat lagi lah kalau nak merajuk over small things.

    dah masuk anak 1, 2, 3 dan seterusnya, takde masa lagi dah nak argue hal2 remeh temeh. lebih matang untuk menguruskan rumahtangga in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  2. betul..tiada pasangan yang tidak berselisih faham...eh...eh...yang berjaya tidak berselisih faham tu...tahniah sangat..kadang daripada situlah kita lebih kenal pasangan..

    ReplyDelete
  3. selisih faham tu biasa..anggap je macam rencah dalam rumahtangga..sesekali seronok jugak ada aksi pujuk memujuk dan mengalah..heheh

    ReplyDelete
  4. yeah. gaduh tu kadang kadang boleh jadi sweet kan. haha lebih pulak kawen pon belum :P

    ReplyDelete
  5. yes. byk cara nak perbaiki hubungan, kan?
    mesti boleh ok punyer la.
    yg penting, yg last tu ~ fokus kpd kebaikan... in shaa Allah...

    ReplyDelete
  6. Kan kajian kata... Kena juga bergaduh sekali sekala kan.. Baru la meriah rumahtangga...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !