Rasa Macam Untung Pula Jika Melahirkan Anak Di Jerman...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Sewaktu diumumkan dahulu bahawasanya cuti bersalin maksimum adalah 90 hari di Malaysia, ibu-ibu bekerja di Malaysia ni dah cukup gembira dah sebab dapat meluangkan waktu atau masa yang panjang bersama anak-anak yang baru sahaja dilahirkan. Tetapi tidak semua syarikat swasta yang "impose" cuti bersalin selama 90 hari tu ok? Makanya ada ibu-ibu bekerja yang masih lagi bercuti selama 60 hari sahaja termasuklah Farah pada waktu itu. Lepas tu bila nak mula bekerja kembali, mulalah rasa berat hati dan rasa tak sanggup nak meninggalkan anak yang serasa ibarat semalam jer baru dilahirkan kann??? Dari pengalaman sendiri, "it took a while for me to adjust"... Bukan mudah, nak nak lagi pengalaman pertama Farah pada waktu itu kan. 

Minggu-minggu awal mula bekerja setelah habis cuti berpantang, asyik ingat anak jerrr... Dan ibu-ibu bekerja ni kalau diberi pilihan dan ada pilihan memang ada satu perasaan yang rasa macam nak berhenti kerja jer dan melihat anak membesar di depan mata. Ulit anak, lihat perkembangan anak. Masa tulah rasa macam untungnyaaaa lahai mereka-mereka yang menyandang gelaran surirumahtangga dan ibu sepenuh masa yer tak? Macam-macam boleh dilakukan dan fokus kepada suami dan anak-anak jer...Ahakss tak payah fikir, tak payah nak pening kepala dengan dunia pekerjaan. Kalau ramai suami yang mampu menanggung isteri-isteri serta memberi nafkah yang lebih dari cukup, ramai ibu-ibu di Malaysia ni tak fikir panjang dah untuk hantar notis perletakkan jawatan. Apa nak susah yer tak??? Suami mampu... Duduk jerlah rumah, sambil-sambil menguruskan rumahtangga, anak-anak, sambil-sambil tu boleh jana pendapatan dari rumah. 

Sekarang ni, mak-mak yang duduk di rumah dah tak duduk saja pun. Ramai jer yang berhenti kerja dan kemudiannya memulakan perniagaan atas talian. Bukan bermakna duduk rumah duduk kosong kan? 

Merujuk balik tajuk entri ini Farah nak kongsikan sesuatu nih... Ha ha ha, yang bakal membuatkan ramai kaum wanita yang sudah berumahtangga terasa cemburu dengan ibu-ibu yang berkerjaya di Jerman. Errr... Ke Farah sorang jer yang rasa macam tu? Ihiksss... Kisah semalam ler ni berborak dengan A.J. yang berasal dari Jerman. 

Tau tak? Kalau anda adalah seorang ibu yang bekerja di Jerman dan anda baru sahaja melahirkan, anda ada pilihan bercuti ok? Tapi menurut A.J. itu bergantung kepada individu itu sendiri. Akan tetapi senarionya di Jerman adalah... 

Apabila anda melahirkan anda boleh bercuti sehingga setahun selepas melahirkan. Bermaksud, anda akan sentiasa berpeluang untuk melakukan kesemua perkara yang semua ibu patut lakukan pada tahun-tahun awal kelahiran anak dengan fokus dan tumpuan hanya kepada anak sahaja. Cuti setahun ini masih bergaji ok? Anda tetap akan dapat gaji walaupun anda bercuti dan duduk di rumah menjaga anak. Wowww!!! Siapa tak nak kannn? Kalau ada peluang yang sebegini? "That's the beauty part of it". Akan tetapi??? Gaji yang anda akan dapat pada setiap bulan itu adalah 80% sahaja dari jumlah gaji sebenar anda. 

Bagi Farah, oklah tu kannn? Hadolah juga dari nan hado??? Duduk di rumah selama setahun dengan masih mendapat gaji bulanan dari pihak syarikat kita bekerja. Selepas setahun, kerjalah balik kan? Hurmmm... Ihiksss kalau ibu-ibu tu jenis yang nak bercuti 2 tahun kata A.J. kebanyakan pada masanya... Ibu tersebut akan cuti selama setahun dan kemudiannya hamil lagi serta melahirkan.. Sambung lagi setahun kooo... Perghhh terbaik... Cuti setahun tetapi gaji bulanan tetap dapat.  Selepas melahirkan cuti lagi setahun serta bergaji juga. Amacam? Cemburu tak dengan ibu-ibu bekerjaya di Jerman dengan faedah yang mereka perolehi ini? Syiokkk ooo... 

Yang bapa pula? Ada juga faedahnya... Sejurus selepas ibu melahirkan, bapa akan  mendapat 3 bulan cuti bergaji ooo... Rasa Farah lah, mereka di Jerman melihat dari satu perspektif bahawasanya anak-anak kecil yang baru dilahirkan ini memang sangat memerlukan perhatian yang khusus dari ibu bapa... Disebabkan kesedaran itu, maka terbitlah pilihan-pilihan ini. Bergantung jugalah pada individu itu tersendiri. A.J. beritahu Farah, ada juga ibu bapa yang tak ambil pilihan yang ada tu dan tetap bekerja seperti biasa. :-). Kalau kat Malaysia ni, mesti ramai ibu-ibu yang akan ambil pilihan bercuti setahun tu kan? Farah punnn!!! 

Uhuksss... Tiba-tiba terasa macam untung pula jika melahirkan anak dan bekerja di Jerman dalam waktu yang sama... Tak dapat bayangkan macam mana seronoknyalah haiii boleh bercuti panjang dan menjaga anak sendiri sehingga anak-anak mencapai satu peringkat umur. Kemudiannya barulah kembali bekerja semula. Cuti tanpa hilang pekerjaan dan gaji tetap diperolehi. Ada sesiapa tahu negara mana lagi yang mempraktikkan perkara ini selain Jerman? Seronok kan? :-) Ngeee... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Berangan boleh lah Farah..
    Ataupun kita gi duduk Jerman dan bersalin kat sana hahha..

    Memang seronok.. siapa tak nak kan..
    Tak ada lah bimbang anak kat pengasuh kena dera ke..

    ReplyDelete
  2. jom kak fara pindah german pulak, hahaha

    ReplyDelete
  3. seronok lah macam tu...akak dulu bersalin alhamdulillah dapat cuti 90 hari. Di Malaysia penjawat awam ada juga peruntukan cuti menjaga anak maksimum sampai 5 tahun tapi tanpa gaji lah. kalau bergaji dah lama akak apply. hihi....

    ReplyDelete
  4. wow! terbaik.
    80% pun ok la farah. sape nak bagi kan? dpt jaga anak. bf anak.
    ayah nyer dpt cuti 3 bulan. Allahu Akbar... indah :)

    ReplyDelete
  5. Seronok lagi bila dapat baby..ada peneman di dalam hati

    ReplyDelete
  6. kalaulah kat malaysia pun boleh dapat benefit macam ni kan bagus..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !