Lama dah rasanya tak "groom" dinding rumah, tiba-tiba rasa macam kepingin sangat nak "groom" dinding rumah tu haaa... Tapi semestinya bukan dalam tempoh terdekatlah kannn? Cuma berangan dan merancang jer dulu... Muahahaha... Berangan perlu ada, kemudiannya barulah boleh diikuti dengan perancangan. Bila dah ada perancangan kena buat kira-kira dulu... Bila bajet dah ada barulah boleh buat...Beginilah caranya orang yang tak berapa nak tebal poket melakukan sesuatu yer tak? Perancangan dan pengurusan bajet itu sangat-sangat penting...
Ruang tamu adalah menjadi fokus utama Farah. Ini kerana ruang tamu itu adalah raja segala ruang. Di situlah kita selalu menerima dan melayan kunjungan tetamu. Jadi ruang tamu kenalah sentiasa kemas, bersih dan menarik, walaupunnn, walaupunnn ada kalanya penuh bersepah permainan si anak teruna kecil itu. Ihikss... Satu hari jenuhlah mengemas weiii... Kemas sepah, kemas sepah, begitu jer lah berulang-ulang...
Kesilapan besar yang sering orang lakukan adalah, mengecat warna dinding mengikut warna kegemaran mereka tanpa memikirkan saiz ruang tamu tersebut. Jika saiz ruang tamu kecil, dan kita pula mengecat dinding dengan warna yang gelap maka ruang tamu akan kelihatan lebih kecil dan malap.
![]() |
Sumber dari Google |
Buat masa dan ketika ini, dinding ruang tamu di rumah tu berwarna seperti gambar di atas ni haaa... Setelah beberapa tahun rasa macam dah bosan pula...Ihikss... Pemilihan warna cat untuk ruang tamu rumah sebenarnya tak boleh dipandang remeh kerana ia memainkan peranan yang besar untuk mencantikkan lagi ruang kediaman dan rasa 'cosy at home' itu sangat penting ok? Sangat-sangat penting... Bayar ansuran rumah mahal-mahal setiap bulan, dah tentulah kita nak rasa selesa dan puas hati duduk dalam rumah yer tak?
![]() |
Sumber dari Google |
Berminat pula rasanya nak bertukar kepada warna ini! Ha ha ha, ini mesti kes terpengaruh dengan dinding bilik di pejabat nih...Hari-hari dok dalam bilik pejabat tu, dok rasa selesa dan seronok, tiba-tiba jadi terfikir nak menukar kepada warna ni pula... Untuk memilih warna cat bagi ruang tamu sebenarnya ada tipsnya yang tersendiri... Menurut artikel di SINI
1. Ketika memilih warna cat untuk ruang tamu, pilihlah warna yang akan membantu menjadikan ruang dipenuhi rasa hangat dan kasih sayang. Warna seperti peach, kuning, coklat mahupun oren akan membuatkan suasana ruang tamu menjadi lebih selesa untuk para tetamu.
2. Jika inginkan suasana ruang tamu yang tenang dan sejuk, pilih warna cat dinding dari rona biru, hijau ataupun ungu. Warna-warna ini akan membuatkan ruang tamu kelihatan lebih luas dan lapang.
3. Manakala, jika anda inginkan ruang tamu kelihatan lebih neutral dan memberi fokus lebih kepada langsir dan perabot, seeloknya pilih warna dinding dari rona putih, beige ataupun krim. Lebih ramai yang sukakan pilihan warna dinding yang neutral, kerana senang untuk dipadankan dengan apa sahaja tema dekorasi ruang.
Farah pula? Kenapa tidak memilih warna yang neutral? Sebenarnya Farah ni sukakan kelainan dan lain dari yang lain. Ha ha ha, hari-hari tengok warna neutral di dinding pun boleh jadi bosan juga kannn? Itu buat masa sekarang, tapi akan datang kalau usia dah "up" lagi, tak taulah kalau-kalau nak beralih semula ke warna neutral. Buat masa sekarang, warna-warna terang macam gambar di atas yang Farah tempek adalah sesuatu yang Farah suka kerana ia menceriakan hari-hari Farah dan rasa "cosy at home" tu sangat penting bagi keselesaan Farah... ;-)
Warna pengaruh emosi...hihi...
ReplyDeletecantiknya
ReplyDeleteRumah akak dah di groom oleh anak akak nabil masa kecik..
ReplyDeleteMemang patutlah di groom semula ni..
Malu bila org dtg rumah..
assalam farah,,, mungkin farah suka menggunakan cat untuk menghias dinding,, bagi anie pula anie lebih suka guna wall paper di ruang tamu kerana dah siap sedia dengan pelbagai corak dan harga yang agak murah dan berpatutan, anie kongsikannya di sini,,
ReplyDeletehttp://www.coretanhatiibu.com/2015/09/kaison-pilihan-ramai.html
rumah sendiri best la,kita ni umah sewa huwaaa kang cat macam2 sentap lak tuan rumah huhuuu
ReplyDeletecantik la warna purple tu..
ReplyDeleteIbu pun sibuk kata nak mengecat..huhuhu...nnt la pikir macam mana..hikhik...warna merah ke maroon tu kak?
ReplyDelete:) syok lah leh berangan warna tema rumah cm ne kan...best
ReplyDeleteassalamualaikum farah..betul tu farah pemilihan warna mesti betul kalau tidak mmg lain suasana dlm rumah kita...:)
ReplyDeletenice sharing. rupa rupanya warna pon penting sbb mainkan byk peranan seperti emosi, penggunaan ruang dan sebagainya
ReplyDelete