Jumlah botol susu semuanya ada 5 biji botol... Yang kecil ada 2 biji untuk air suam ataupun air Anugerah, yang besar ada 3 biji untuk bancuhan susu. Gittew... Terperinci betul pemceritaannya kan? Ahaksss... Waktu bayi sampailah dah ada gigi, tak pernah pula ada tabiat menggigit yang ekstrem... Sesekali tu adalah dia main gigit-gigit puting botol bilamana gusi dia gatal agaknya sebab nak tumbuh gigi.
Cumanya kebelakangan ni bila nak menginjak ke usia 2 tahun ni ada tambahan cerita dah pula. Tambahan ceritanya, dia dah pandai bangun berjalan-jalan sewaktu menghisap botol sambil kedua-dua belah tangan dilepaskan dari memegang botol yang mana kemudiannya gigi tu menggigit puting botol. Ke hulu ke hilir dengan puting botol yang tergigit. Phewww... Kena botol tu berat memang bergantung sepenuhnyalah pada puting botol yang digigit tu kan?
Makanya, lama kelamaan loboslah atau terobeklah puting botolnya. Tambah lagi aktiviti menggigit sambil menarik semasa menghisap susu atau air suam dari botol dan tonton televisyen... Syok jer kan? Ralit jer kan? Mula-mula satu selepas itu dua... Baru jer Nek Ma dia gantikan dengan puting botol yang memang ada disimpan dalam kabinet dapur sebab Farah memang 3 bulan sekali tukar puting botol susu Ash tapi terobek juga malam semalam.
Mujurlah kedai pusat barangan bayi dan kanak-kanak di kawasan perumahan Farah masih dibuka. Belilah gantian. 2 sekali bocor malam semalam... Sabar jer lah Mommy kan? Naik dah harga rupanya puting botol susu Ash ni... Dulu sepasang iaitu satu set RM 28.50 macam tu... Sekarang sepasang atau satu set RM 30.50. Atuk dia kata, amboiii kemain satu puting botol susu sampai RM 15.00... Iyalah, Mommy dia dulu puting botol susu pakai yang murah ajer yang warna kuning tu... Hua hua hua...
Ni dah berganti tak taulah berapa lama pula tahan kan? Tengok ajerlah nanti...
gitulah kerenah anak....penyejuk hati dan minda !!
ReplyDeleteKan puting tu kenyal...syok la si bujang sorang ni gigit ye...hehehe...ash...ash...geram tengok awak..
ReplyDeleteHahahah..dulu, adik angkat..sekejap je berlobang...
ReplyDeleteboleh kata tiap bulan kena tukar.. sedap sangat duk menggigit.. hahaha
Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg
Dh macam pakai buang pulak dh ye kak farah. Hehe
ReplyDeleteHaha.. Itu normal kak... Si adik dah mula dah gigit nak loboskan puting susu nih...
ReplyDeleteha ha warna kuning tu ~ doctor baby punyer kan?
ReplyDeletesama la kita :)