"Brain Food" | Makanan Minda...

Farah Waheda Wahid
4

Makanan untuk minda tidak semestinya berbentuk makanan yer tak? Apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dilakukan secara berulang-ulang itu juga adalah satu bentuk makanan minda buat anak-anak kecil. Iyalah, anak kecil ni kan ibarat kain putih yang dicorakkan oleh ibu bapa warnanya. Misi Farah sedari Ash lahir yang pernah dinyatakan di dalam Bubblynotes.Com dahulu adalah, ingin melakukan yang terbaik sebagai ibu untuk menyeimbangkan pendidikan dunia dan juga akhirat supaya sama imbangnya pengetahuan serta ilmu di dada tu. Impian setiap ibu bapa... Mahu anak berjaya di dunia dan juga akhirat. Yer tak? Mana ada ibu bapa yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya? 

Makanan minda berbentuk aktiviti secara pengulangan memang kerap kali Farah kongsikan di dalam Bubblynotes.Com...Alhamdulillah, setakat ini setiap apa yang diperkenalkan kepada Ash, setiap apa yang didedahkan kepada Ash, Farah belum pernah merasa lelah ataupun jemu ataupun malas untuk mengulanginya. Setiap hari, jika ada ruang dan kesempatan, Farah pasti mencuri masa untuk mengulangkaji secara santai bersama Ash. Farah mahu Ash merasai keseronokan di dalam belajar. Belajar sambil bermain kaedahnya. Anak-anak kecil memang tidak mudah untuk mendapatkan fokus mereka, jadi memang agak mencabar juga bagi ibu bapa untuk "tailor-made" sesuatu metodologi yang bersesuaian dengan anak-anak supaya mereka boleh rasa tertarik. Dan setiap anak itu memang kita perlu "tailor-made" cara didikan mereka...Bukan bermakna 2 anak, 2-2 cara pengajaran sama... Ilmu tetap sama tetapi cara mungkin berbeza...Kita tidak boleh mengharapkan, anak sulung penerimaannya sebegini jadi cara itu adalah sangat berkesan, makanya anak kedua juga akan sama penerimaannya...mungkin akan jadi lebih mudah, mungkin akan jadi lebih mencabar... Bergantung... 

Sepanjang pemerhatian, Ash adalah seorang yang sukakan sesuatu yang interaktif serta berirama. Apabila sesuatu itu lebih berinteraktif dan berirama dia lebih mudah terpikat dan lebih mudah dapat menghadam apa yang diajarkan. Makanya terpaksalah, Mommy dia rajin-rajin melakukan gerak tubuh serta mengalunkan suara Mommy yang tak berapa nak merdu ni kan? Untuk anak... Apa ada hal sama ada sumbang ke, tak sumbang ke...Ahakss...Janji boleh diterima halwa telinga si anak dan apa yang ingin disampaikan itu sampai... 

Salah satu darinya adalah makanan minda yang satu ini...melalui CD - CD zikir kanak-kanak, bacaan doa kanak-kanak, bacaan solat kanak-kanak, ayat hafazan kanak-kanak... Ilmu itu ada di mana-mana... Mempelajari ilmu dan melakukan ibadah boleh dilakukan tidak mengira tempat... Itu yang Farah cuba terapkan kepada Ash...  Makanan minda yang satu ini selalunya... Selalunya ketika kami berada di dalam perjalanan menuju ke sesuatu tempat... Ha ha ha...Jika dulu sebelum beranak kecil radio itu ada juga kedengaran suara Alicia Keys, Kelly Clarkson "so on and so forth"... Sekarang ini yang kedengaran hanyalah CD-CD Ash... Psssttt...Sebenarnya kannn, ini adalah salah satu cara yang efektif supaya Ash tidak bosan dan mula membuat ragam di dalam kereta...Ahakss... Memang berkesan sangat-sangat... Sambil-sambil memandu, sambil-sambil turut sama mengikuti CD tersebut... Ash pun jadi mengikut dan dalam masa yang sama... tambah sikit amal ibadah di celah-celah waktu memandu kannn??? Sebab bila turut sama mengikuti ianya adalah secara tak langsung...Betul tak? Heeee.... 

Makanan minda sebegini sememangnya bagus dan memang perlu... Mula-mula memang kita lihat anak-anak sekadar mendengar tetapi kemudiannya apabila mereka telah terbiasa, telah boleh mengikuti serba sedikit ataupun lancar mengikuti setiap patah dan bait-bait... Bayangkan perasaan kita pada waktu itu... Haaaa... mau tak bersyukur dan gembira melihat perkembangan positif anak? ;-) 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul tu Farah..biasakan dari awal..InshaaAllah akan jadi kebiasaan yg baik utk anak2 :)

    ReplyDelete
  2. betul..budak2 suka benda yang berulang2...kalau anak saya yang pertama macam ash la kot..suka benda macam muzik ni..tapi anak no 2 dia tak suka.dia suka yang bercakap je..sampai kat part nyanyi2 dia bolayan..heheh

    ReplyDelete
  3. Zikir dari mulut ibu bapa tu sendiri adalah yg terbaik sebenanrnya berbanding sekadar pasang cd atau alat audio video lain..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !