Bila Anda Benarkan Anak Main Gajet, Sila Ikuti Tips Ini!

Farah Waheda Wahid
8

Berbeza dengan sewaktu zaman-zaman Farah kecil dahulu, anak-anak kecil zaman sekarang sudah pandai mengendalikan gajet walaupun di usia awal seawal 1 tahun. Kadang-kadang mereka lebih pakar dari ibu bapa ataupun atuk nenek... He he he... Di usia muda dah kenal dah YouTube, dah kenal aplikasi-aplikasi permainan di dalam gajet... 

Kanak-kanak zaman sekarang memang sinonim dengan gajet kannn? Lahir-lahir sahaja sudah tahu beri tindakbalas kepada gajet. Mahu atau tidak, ibu bapa hari ini memang tak boleh lari daripada memperkenalkan anak kepada gajet. Bagaimanapun jangan sampai gajet itu menjadi tuan kepada anak anda. Sekiranya sedang memikirkan sebuah gajet untuk dibelikan kepada anak anda, lebih baik semak tips yang disenaraikan oleh artikel di SINI dahulu agar gajet yang dibeli itu berbaloi untuk perkembangan anak dan dalam masa yang sama tidak membawa keburukan kepada anak.

Pilih Gajet Sesuai Dengan Keperluan
Sebagai peringkat pengenalan, cukup sekadar pilih gajet yang asas dengan harga yang berpatutan sahaja. Apatah lagi jika ia hanya digunakan untuk bermain "game" dan belajar sahaja. Tak perlu nak membelit tablet atau komputer riba dengan spesifikasi tinggi yang sudah tentu mahal harganya. Yang biasa-biasa sudah, Ash dulu pun sebelum pakai tablet Farah yang Abah dia belikan dulu pun, pakai tablet harga RM129.00 jer. Dua kali beli. Yang pertama jahanam dia campak. Yang kedua skrin retak dan terus berpecah dua. Bila dah pakai tablet Samsung Farah yang lama tu, makanya terpaksalah sentiasa perhatikan. Takut-takut jadi perkara yang sama kembali. 

Beli Gajet Tahan Lasak
Pilih gajet yang tahan lasak untuk digunakan oleh anak. Ada banyak pilihan gajet tahan lasak, kalis air dan kalis debu di pasaran. Jika perlu beli aksesori tambahan untuk melindungi skrin dan badan peranti.

Harga Bersesuaian
Sudah tentu faktor harga menjadi aspek utama yang dipertimbangkan apabila membeli gajet. Pilihlah yang mampu dimiliki dan tidak membebankan serta mempunyai spesifikasi yang sesuai untuk si kecil.

Pilih Gajet Tanpa Kad Sim
Kanak-kanak biasanya menggunakan gajet hanya untuk bermain permainan interaktif dan melayari internet. Sebaiknya pilih gajet yang tidak menggunakan kad sim. Ia dapat mengurangkan risiko anak-anak mengakses internet yang berpotensi memberi kesan negatif kepada mereka.

Gajet Dengan Ciri Masa
Biasanya kanak-kanak mudah leka setiap kali mereka bermain gajet. Oleh itu, apa kata pilih gajet yang menyediakan ciri yang boleh menghadkan masa penggunaannya. Dengan cara ini, ia membantu anda mengawal anak menggunakan gajet tersebut.

Gajet Untuk Tujuan Pendidikan
Sebaiknya pilih gajet yang khusus untuk kanak-kanak. Misalnya yang ada aplikasi pendidikan seperti membaca, mengenal huruf, mengaji dan banyak lagi. Kanak-kanak lebih cenderung menyukai sesuatu yang lebih berwarna dan interaktif untuk menambah minat mereka untuk belajar. 

Bagi Ash, sekarang ni, kekerapan bermain gajet sudah mula dikurangkan dan berjadual. Dalam sehari hanya tempoh 20 minit sahaja yang dibenarkan. Selepas itu, Mommy akan simpan di almari perhiasan kaca yang tinggi supaya Ash tak boleh capai serta ambil. Penting! Usia dah nak masuk 2 tahun, tidak boleh nak terlalu leka dengan gajet sahaja, nanti satu apa pun yang lain tak jadi... Hu hu hu... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nie...kalau cik akak balik kpg...
    Soalan anak sedara...
    Ada bawak tab tak..hahaha

    ReplyDelete
  2. sama macam anak buah saya...duk main fon je majang layan upin ipin

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk tips ni dear Farah...

    ReplyDelete
  4. Masih memilih untuk tak nak kenalkan gadjet... Tapi dlm dok tak kenal diorg tetap pandai walaupun tak diajar...

    ReplyDelete
  5. erm..anak KG minta beli tablet klu dpt result sem 2 ok...Dah dpt result terbaik...ha..kenalah tunaikan...kan...anak2 sekarang lebih expert berbanding zaman KG...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !