Jadual "playgroup" yang ditetapkan adalah sama ada pada setiap hari Sabtu ataupun setiap hari Ahad, bergantung kepada kesesuaian masa ibu bapa. "Playgroup" akan berlangsung selama satu jam ataupun satu setengah jam iaitu bermula pada jam 11.30 pagi. Di dalam satu-satu "playgroup" ada seramai 6 orang kanak-kanak sahaja. Tidak lebih dari itu.
Bagaimana pula pengisiannya di Genius Baby On Board, Shah Alam berbanding dengan "playgroup" pertama yang Ash sertai di HappyTots: Pertama Kali Ash Bersekolah Main...? Sebenarnya, setelah dua kali menghadiri aktiviti "playgroup" aktivitinya adalah lebih kurang sama sahaja, yang berbezanya adalah cara pendekatan oleh guru yang mengendalikan "playgroup" tersebut. :-).
Di Genius Baby On Board, Shah Alam, aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Kemudiannya setiap seorang kanak-kanak di "playgroup" dikehendaki untuk berjalan ke hadapan ke arah "teacher" untuk mengambil pelekat nama masing-masing sambil menunjukkan di manakah "chest" mereka. Aktiviti yang dikendalikan adalah sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Apa yang dapat Farah kongsikan mengenai aktiviti yang dijalankan serba sedikit adalah:
1. Nyanyian sambil bermain "maracas". Untuk sesi yang ini, semua anak-anak "playgroup" dikehendaki untuk tampil ke hadapan seorang demi seorang dan mengucapkan kata "please" untuk mendapatkan sepasang "maracas" daripada "teacher". Bernyanyi, membunyikan "maracas" mengikut arahan "teacher" dan kemudiannya dikehendaki memulangkan semula "maracas" yang dipinjamkan setelah aktiviti selesai.
2. Aktiviti padanan magnet. Di mana setiap seorang peserta diberikan seketul magnet yang akan membentuk rupa lembu. Seorang demi seorang akan tampil ke hadapan dan melekatkan magnet di tempat yang betul.
3. Aktiviti bermain "PlayDoh"... Di mana setiap peserta dikehendaki menggulung "PlayDoh" mengikut bentuk dan melekatkankan di atas kepingan gambar yang disediakan.
4. Aktiviti mencuci tangan dengan sabun, mengelap, mengupas telur dan memotong telur.
5. Aktiviti nyanyian "phonics".
6. Aktiviti bercerita.
7. Aktiviti "parachute".
8. Aktiviti bermain belon buih.
9. Aktiviti "Choo Choo Train".
Ianya bukanlah sekadar penglibatan anak-anak sahaja tetapi juga turut memerlukan penglibatan ibu bapa. Banyak perkara yang diajarkan dan banyak benda dipelajari. Peserta juga diajar supaya berbaik sesama rakan. Sewaktu kelas bermula, peserta diminta untuk bersalam-salaman sesama sendiri. Begitu juga ketika kelas berakhir. Kelas ditutup dengan bacaan Surah Al-Asri.
Ash? Ha ha ha... Pada peringkat permulaan dia menangis seketika sebabnya fokus dia yang benarnya nak bermain di "playroom" tetapi disuruh pula masuk "classroom". Mana kawan tu tak mengamuk? Sebab dia dah nampak lambakan permainan yang banyak! Itu sedikit sebanyak mengganggu fokus dia. Jenuhlahhh Mommy dok memujuk. Ha ha ha... Dah separuh perjalanan baru sampai tempoh waktu bertenang dia dan baru dia mula "warm up"! Lambat pula sikit "warm up" dia...
Selepas tu, Alhamdulillah lah... Ok dia... Pertama kali di Genius Baby On Board pun mungkin ya. Masih cuba untuk membiasakan diri kaedahnya. Sebab tu bila dah separuh jalan baru dia ok. Bila dah nak akhir-akhir dia pula yang seronok lelebih. Dan dia jugalah orang terakhir yang meninggalkan Genius Baby On Board. Leka dengan seronok dia. :-).
Selepas kelas kami terus bergerak ke KFC... Upahhhh... Kegemaran dia, lagipun dah tengah hari sangat dah pun. Lebih kurang dalam 1.15 petang macam tu. Dah lepas waktu makan Ash dah pun. Muahahaha... Lapar rupanya anak manja Mommy. Memang banyak dia makan. Penat belajar dan bermain dengan kawan-kawan katanya. Perut dah kenyang... Balik ler... Tidur sampai ternganga mulut... Begitulah Sabtu Ash yang lepas dan juga Sabtu Mommy yang lepas...
*Masih mencari "playgroup" yang menawarkan perkhidmatan yang sama iaitu di hujung minggu... Pada peringkat ini tidak salah untuk "survey" dan mempunyai banyak pilihan serta membuat keputusan untuk menghantar ke "playgroup" yang mana satu... ;-)... Pelan-pelan kayuh... Nak melabur untuk anak ni perlu cerewet sedikit sebab kita nak hasil yang positif dan juga kita tak nak melabur secara sia-sia yer tak?
assalam
ReplyDeletesinggah sini..seronoknya ash. moga membesar dengan sempurna. :)
bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletelalink, PM kita price yg diorg tawarkan ley x? mcm nak anta zayyan join la events camni. dia pun cam ash jugak, dok dgn babysitter peruk je la dlm rumah tu. hehehe
ReplyDeleteSalam n happy Monday. wah menarik ni farah
ReplyDeletenampak happynya Ash, manis je senyum. playgroup camni mmg bagus untuk build up self confidence & social skills kanak-kanak
ReplyDeleteAlhamdulillah semakin ramai kawan anak aunty PC ni...wow ceeeee...kepceeee...hihi..
ReplyDeletewahh bestnya..
ReplyDeletewah, bagus ada program mcm ni... betul tu farah, budak2 kena digalakkan join aktiviti bersosial macam ni... macam Adik Zhafran sekarang ni nampak dia dah pandai bergaul sejak belajar di taska..
ReplyDeletebestkan....teringat k.sal dgn parachute tu....comel giler...k.sal tag farah:
ReplyDeletehttp://www.kisahpondokkecil.com/2015/11/giveaway-mommy-bloggers-network-by-hehs.html