 |
Sumber dari Google |
Ahakss...tiba-tiba teringat sewaktu Ash mula-mula lahir dulu... Perkara kecil yang Farah terlupa bahawasanya selepas menyusukan Ash sepatutnya Farah sendawakan... Memang taklah reti kan masa tu? Lagipun pengalaman pertama bergelar ibu katakan... Nasib baiklah Abah Ash yang telah berpengalaman banyak kali ada "chuolls"... Kurang-kurang ada juga yang sudi ingatkan...Ha ha ha... Nek Ma Ash dah pesan banyak kali, tapi tetap terlupa... Iyalah masa tu tak biasa lagi dan bukan menjadi rutin kaedahnya...
Mungkin bagi sesetengah individu, perkara ini nampak seperti remeh. Alaaa, sendawakan bayi jer punnn... Jangan main-main, nampak seperti "simple" tapi hakikatnya sangat penting untuk sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu. Kenapa?
Ini kerana ketika bayi menyusu (sama ada botol atau menyusu badan) sebahagian kecil udara turut serta masuk ke dalam badan bayi dan terperangkap di dalam perut. Oleh sebab udara ini tidak boleh keluar dengan sendirinya jadi anda kena sendawakan bayi. Jika tidak disendawakan, bayi tidak akan berasa selesa dan amat bahaya kepada bayi itu sendiri kerana bayi mungkin terdedah dengan risiko tersedak susu. Huhhh...ngeri kannnn? Mana taknya banyak kes-kes bayi meninggal kerana tersedak susu sekarang. Selain itu, bayi yang tidak disendawakan dengan sempurna juga akan mengalami masalah kembung perut atau kolik.
Menurut sumber di
SINI, bayi mungkin mengalami kolik sekiranya:
- Menangis dengan kuat dan sukar berhenti
- Menarik kaki ke bahagian dada sewaktu menangis
- Menangis pada waktu hampir sama setiap hari
Yang "first-timer" dan belum ada pengalaman, harapnya artikel yang dipetik dari
SINI sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu anda. Untung mak-mak baru zaman sekarang...semua informasi di hujung jari dan semuanya boleh dipelajari secara maya. Kalau dulu-dulu semuanya ilmu dan petua turun-temurun...Ha ha ha...
Bersandar Pada Bahu
Cuba dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda. Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini dilakukan secara berdiri atau duduk di kerusi. Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan lupa alas bahu anda dengan sapu tangan kecil.
Duduk Posisi Tepi Atas Riba
Bayi duduk secara posisi tepi atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya. Bayi duduk di salah satu paha anda dengan membongkokkan sedikit badan bayi. Sebelah tangan, tinggikan kepala dan leher bayi namun hati-hati memegang bahagian dadanya kerana mungkin akan membuatkan bayi muntah jika tersalah pegang. Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa.
Kedudukan Perut Cara Meniarap
Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.
Bayi Duduk
Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan. Semasa bayi di pangkuan anda, pegang bahagian dadanya supaya mudah anda menggerakkan paha anda perlahan-lahan. Gerakan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Jika masih belum berjaya, usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi.
Dukung Bayi
Pelbagai posisi dilakukan supaya bayi sendawa, namun anda masih belum berjaya. Mungkin anda boleh menggunakan cara dukung bayi. Mudah sangat untuk dipraktikkan. Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
Dan melalui satu sumber infografik yang lain pula...
 |
Sumber dari Google |
Lebih kurang sama jer... :-)... Selamat menyendawakan bayi anda yer? ;-)
great :)
ReplyDeleteTeringinnya nak buat..mesti comel dengar baby sendawa..hehe..
ReplyDeletebagus tips ni untuk saya pada masa akan datang hihi :)
ReplyDeletepenting kan kena sendawakan baby. ada sesetengah ibu muda langsung pun tak tau kena sendawa selepas menyusu. kena banyak membaca.
ReplyDeleteehermmmm ada baby baru keeeeeeeeee :d :d :d
ReplyDeletesama la kita Farah.masa anak pertama memang tak tahu..padahal sebelum tu bukan tak de pengalaman pegang dan dukung baby..hari pertama dapat baby nurse ajar semua..mujur la.kalau tidak memang tak tahu..masa anak kedua paling susah nak bagi dia sendawa..pernah nk dekat 15 minit dok urut2 tak de sendawa.
ReplyDeletewahhhh u preggy kah? tadi entry berbadan dua dalam kereta now sendawa baby pulak..nak kene say tahniah ke tak ni?? hehehe..best nyerrr..
ReplyDeletegood sharing ;)
ReplyDeleteSemua tu memang ada buat...
ReplyDelete