24.11.2015 | "Officially 33 Years Old"

Farah Waheda Wahid
17

24.11.2015 | genap sudah usia diri ini 33 tahun. Bangun pagi ada senyum. Buka What's App sudah ada ucapan selamat hari lahir yang ke-33 tepat jam 12.00 tengah malam. Ahaksss tak rugi menuai setiap tahun untuk ucap selamat tepat jam 12.00 tengah malam. Kini apa yang dituai itu telah dipraktikkan sebagai rutin. :-). Diikuti pula dengan ucapan selamat hari lahir dari keluarga di Kelab Blogger Ben Ashaari melalui kumpulan What's App kami. Yang penting di belakang Farah di dalam kehadiran Farah di dunia blog. :-).

Sebelum bergerak ke pejabat, ucapan selamat hari lahir dari seorang ibu kepada anak tunggalnya dan ciuman yang hinggap di pipi kanan dan kiri serta pelukan kasih sayang dari seorang ibu itulah yang merupakan azimat. Sesampainya di pejabat, H.E. Pengarah Urusan syarikat pula masuk ke bilik Farah dan secara peribadinya mengucapkan selamat hari lahir untuk Farah. Ha ha ha, tetapi beserta dengan tugasan! Hari lahir pun hari lahir lah, kerja tetap kerja, rezeki tetap perlu dicari... 

"What a coinccidence!"... Hari lahir Farah, Farah ada tugasan di luar, "off site task" bersama C.L. dan A.J. Tugas yang nampak seronok tetapi tak boleh nak seronok sangattt lah! Semuanya bergantung kepada penilaian C.L., A.J. dan Farah. Kalau penilaian kami baik tetapi maklum balas buruk, buruklah jadinya. Jika penilaian kami buruk, maklum balas baik, baiklah jadinya. He he he... 

Stesen pertama adalah di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur. Nostalgia sangattt ok? Bila berdiri di atas dan nampak ini dari atas restoran berputar itu. 


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu, bermain dan segala keseronokkan alam sekolah yang ada di dalamnya serta terpahat kukuh di dalam memori. Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. "Simple in Virtue, Steadfast in Duty". Hari lahir kali ini di usia 33 tahun, sekali lagi berpeluang melihat sekolah yang paling "best" dalam hidup Farah ni. He he he... 



Dari 10.00 pagi sehingga 11.15 pagi, kami bertiga menghabiskan masa berdiskusi di restoran berputar ini dan melihat segala aspek penting yang perlu diambil kira dan dinilai sebelum menyediakan laporan kepada H.E. Bekerja sambil berseronok dan berseronok sambil bekerja. Macam tulah. 

Pukul 11.15 pagi kami bergerak ke Mandarin Oriental, KLCC. Temujanji jam 11.30 pagi. "Tour" dan diskusi dan kemudiannya di sinilah kami bertiga menikmati "birthday treat" untuk Farah untuk makan tengah hari. Ini boleh dikatakan sebagai sambil menyelam, minum air. 




Bukan jakun, bukan riak, bukan menunjuk-nunjuk dan bukan juga mengambil kesempatan atas kebebasan yang diberikan H.E. sewaktu waktu bekerja. H.E. sendiri dah maklum akan perkara ini dan dia sendiri berpesan supaya Farah menikmati sepenuhnya makan tengah hari atau "birthday lunch" di Mandarin Oriental. Jujur tak tau nak kata apa dan pengakuan ikhlas inilah pertama kali dalam seumur hidup sambut hari lahir di hotel 5 bintang! Nikmati makanan tengah hari dengan sebaiknya dan tepat jam 2.00 bergerak pula untuk tugasan seterusnya di Shang-Ri La Hotel. 


Selesaikan pula perbincangan di Shang-Ri La Hotel dan kemudiannya A.J. belanja minum petang di Shang-Ri La. Sekali lagi untuk hari lahir juga katanya. A.J. kata, nikmatilah hari ini dengan sebaiknya. Minum petang seketika, borak-borak, dan dah ibarat "girls day out" pun ada! Kemudiannya barulah pulang semula ke pejabat. Sampai pejabat lebih kurang 5.30 petang dan selesaikan apa tugasan yang patut diselesaikan. 6.30 petang berkemas dan bersedia untuk ke stesen keempat di hari lahir kali ini. 


Ini kira penutup lah ni. :-). Setiap pembukaan pasti ada penutupnya. Nikmati Raspberry Cheese Cake dan Caramel Frappucino kegemaran Farah. Habiskan masa seketika sebelum pulang ke rumah pada jam 8.00 malam. 


"This is a wrap up!"... Penutup kepada segala penutup untuk hari lahir Farah yang ke-33 ni. Mana mungkin berseronok tanpa ingat permata hati nan seorang. Yang terbaik, pulang ke rumah dan isikan masa bersama Iman Ash! Nikmati hari lahir yang sepenuhnya bersama Ash pula. :-). Tentulah ada yang dibawa pulang untuk Ash juga. Tak kenyang rasanya jika isi tekak sendiri tetapi tak dapat nikmati bersama Ash. Sedangkan sewaktu makan pun teringat keluarga ok? 

Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberikan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Farah sekali lagi. Di usia 33 tahun, sudah hendak memasuki tahun keempat alam rumahtangga. Mempunyai seorang cahaya mata setakat ini dan tiada ura-ura, ataupun perancangan ataupun pasang niat untuk menambah lagi buat masa ini. "Intend to stay this way for now at least". Di dalam langkah membina kerjaya, In Shaa Allah. Terus berblog. "I am happy and I am thankful and grateful with what I have now". Allah tak beri apa yang kita minta kerana Allah beri apa yang kita perlu... Alhamdulillah... Kerana Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih... Allah tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya kannn? 

Tahun ini, hari lahir ke-33 adalah antara yang terbaik...:-)... Dah 33 dah umur Mommy Ash yer? Ha ha ha tetapi masih "young at heart"... "A good kick start for 33 years old journey" dan diharapkan ianya membawa seribu kemanisan... Syukran Ya Allah, di dalam kekurangan yang terlihat oleh manusia, masih bahagia dengan cara yang tersendiri dan ada kemanisannya... ;-)... Iyalah kebahagiaan seseorang itu bukan atas penentuan atau hukuman manusia lain, ianya atas kehendak dan izin Allah SWT dan bagaimana caranya kita hendak menjadi bahagia... Bahagia itu juga adalah universal seperti cinta, ia bergantung kepada perspektif individu bagaimana kita mendefinisikan atau melihat kebahagiaan itu... 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sanah Helwah sicantik manis Farah..
    Semoga umur dirahmati Ilahi..
    Seronoknya ...

    ReplyDelete
  2. hepi belated besday kak..
    moga berbahagia selalu..

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday farah.. smoga impan terus terlaksana.. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday kakak! hihihi...Sally tak sempat nak wish sbb busy keja...hmmm...data pun hbis awal sebelum masanya..kahkah :P

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum akak, hepi birthday, hehehe tua dari is 2 tahun rupanya.

    www.iskandarx.com.my

    ReplyDelete
  6. happy birthday dear... u always beautiful ;)

    ReplyDelete
  7. Seronoknya the whole day sambut birthday!
    Selamat hari lahir, semoga sukses dunia dan akhirat ya!

    ReplyDelete
  8. farah awat semua gambar jadi kecik, nanti besarkan tau tak puas tengok, anyway happy birthday dear :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Seronoknya dapat sambut birthday sepanjang hari.
    Selamat hari lahir, semoga sukses dunia dan akhirat ya

    ReplyDelete
  10. Tipu mane ade AJ ikut akk gi keje....
    Hahahahahahaha......
    Btw happy birthday again kak.....

    ReplyDelete
  11. Selamat ulangtahun kak farah...macam tak best la...
    Selamat ulangtahun kelahiran mummy ash..haaa..best.PC sentiasa doakan mummy success sebagai anak,isteri,mummy dan hamba Allah di dunia seterusnya akhirat..amin...

    ReplyDelete
  12. happy birthday farah... keep shining! ;)

    ReplyDelete
  13. wowww... bestnya.... happy birthday farah...

    ReplyDelete
  14. selamat pnjang umur, farah.
    moga terus ceria gembira...
    moga dpt lahirkan anak2 yg sama comel dgn abg ash :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !