Ubah Cara Berbelanja Dengan GLOWBASKET!!!

Farah Waheda Wahid
10
Hidup sekarang ni memang tercari-cari masa nak melakukan semua perkara, nak selesaikan semua perkara. Kebelakangan ni, kehidupan Farah memang tidak seperti sebelumnya. Nak-nak lagi, Ash masih di dalam "state" yang kurang stabil kesihatannya. Masih lagi demam dan tidak, masih lagi meragam, masih lagi bergantung... Kerja hakiki pula semakin hari semakin menimbun, kerja bukan hakiki juga menuntut komitmen yang agak tinggi. Pendek kata, apa sahaja perkara Farah mencari masa untuk dicuri supaya Farah dapat selesaikan segala keperluan, komitmen dan tanggungjawab. Tidur seharian pun sekarang dah tak dapat dah tidur berkualiti...Muahahaha...Sehari kurang sehari 2 jam jer dapat tidur. Nak buat macam mana, hidup memang sibuk sangat sekarang ni. Semua benda nak buat, haaa inilah dia... 

Fikir punya fikir, punya fikir tentang bagaimana lagi Farah boleh mencuri masa dan menggunakan masa yang dicuri itu untuk tuntutan lain.. tiba-tiba terlintas di kotak pemikiran Farah yang sebenarnya masa Farah boleh dijimatkan dengan satu cara. Iaitu, membeli barangan keperluan dapur untuk rumah melalui pembelian di atas talian. Lagipun, sekarang ni sudah banyak syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan pembelian atas talian kan? Dan kita pula sebagai pengguna juga bukannya mempunyai pilihan yang terhad ke arah langkah penjimatan perbelanjaan. Kita juga boleh berjimat sewaktu melakukan pembelian atas talian. Cara yang sama seperti yang Farah lakukan sebelum ini jika ingin memberi barangan keperluan dapur... "Survey"... "Survey" mana yang menawarkan harga yang lebih murah dan berbaloi. 

"Browse" sana, "browse" sini... Farah terjumpa dengan satu laman web yang menawarkan perkhidmatan pembelian atas talian untuk barang-barang keperluan rumah iaitu GLOWBASKET


Sebelum ni, tak pernah pula terjumpa atau terserempak dengan laman web pembelian barangan dapur rumah di atas talian yang ini. Akan tetapi sekali ini, terjumpa!!! Denggg!!! Menarik!!! Farah cuba membuat perbezaan harga yang ditawarkan oleh pihak GLOWBASKET dengan beberapa pihak lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Apa yang Farah dapati, sememangnya kebanyakan dari barangan yang ditawarkan sememangnya lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang lain. Sebagai contoh lah ek? Farah kongsikan dengan semua di sini:




Nampak tak perbezaannya? Agak jauh perbezaannya kan? Tanpa berfikir panjang disebabkan Farah dah membuat pengiraan bajet dan berapakah penjimatan perbelanjaan yang dapat dilakukan oleh Farah, Farah mengambil keputusan untuk membeli dari GLOWBASKET. 

Yang menariknya mengenai GLOWBASKET berbanding yang lain adalah:


Ianya adalah merupakan satu laman web pembelian atas talian bagi barangan runcit yang menawarkan harga borong setiap hari yang mana melalui pembelian yang dilakukan di GLOWBASKET, kita boleh mendapat penjimatan sebanyak 20% dari harga pembelian barangan keperluan dapur kita dan juga selain dari itu, sepertimana yang anda dapat lihat dari gambar yang Farah kongsikan di atas ini, antara lain sekiranya anda merupakan ahli kepada "GLOWBASKET WAREHOUSE CLUB" anda layak mendapat faedah-faedah seperti:
  • 2% nilai "cashback".
  • Mendapat mata kelab.
  • Tiada had perbelanjaan minima.
  • Penghantaran barangan secara percuma sehingga ke hadapan pintu anda.
  • "Privilege" sepanjang tahun ke atas harga borong.
  • Pembelian secara 24/7 di atas talian. 
  • Laporan perbelanjaan isi rumah untuk sepanjang tahun.
  • Khidmat "pre-order" ke atas produk baru yang tidak ada di dalam pasaran Malaysia.
  • Sokongan perkhidmatan selama 24 di Facebook Group

Macam-macam produk yang ditawarkan oleh pihak GLOWBASKET. Lebih dari 2000 produk dengan kualiti yang tertinggi untuk anda pilih. Memang rasanya tidak rugi kalau kita sebagai pengguna mendaftar sebagai ahli GLOWBASKET Warehouse Club. Apa tu orang kata? Ke arah langkah penjimatan yang lebih bijak. Jika anda tidak percaya pergilah sendiri ke pautan yang Farah sediakan di dalam entri ini dan lihat sendiri sama ada apa yang Farah katakan ini benar atau tidak. 


Tak terlewat rasanya untuk Farah berkongsi dengan anda semua bahawasanya pihak GLOWBASKET anda menawarkan sesuatu yang lebih menarik buat semua pada bulan Oktober 2015 ini. Seperti yang kelihatan di atas, pihak GLOWBASKET pada ketika ini sedang menjalankan promosi serta pemberian hadiah serta baucar yang bernilai RM12,500.00. 

Sebelum membeli, perlulah menjadi ahli. Tetapi menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu yer sebelum dapat membeli belah di GLOWBASKET. Bagaimana caranya, meh meh meh nak kongsi ni... 

Pertama sekali, anda perlu ke laman web GLOWBASKET di SINI


"Add To Cart" Warehouse Club Membership yang bernilai RM105.00 itu... (kena baca sehingga habis yer tentang pembayaran sebab Farah nak belanja anda nih...). dan paparan skrin akan menunjukkan paparan seperti di bawah:


Seterusnya, jika anda belum menjadi ahli GLOWBASKET, sila "create" akaun anda terlebih dahulu untuk Warehouse Membership seperti di bawah:




Isikan segala butiran yang perlu mengikut turutan yang disediakan... Kemudiannya terus ke paparan seterusnya iaitu "Payment Method" untuk melakukan pembayaran ke atas keahlian anda iaitu sebanyak RM105.00. Haaaa, tapi dulu...ada nanti lagi ni untuk pembayaran nih...Sebab kan Farah kata nak belanja... JANGAN ISIKAN DULU PAYMENT METHOD!!! BACA DI BAWAH:


TAK PERLU BAYAR!!! FARAH NAK BELANJA SEMUA KEAHLIAN SELAMA SETAHUN SECARA PERCUMA!!! YA, FARAH BELANJA SEMUA PEMBACA BUBBLYNOTES.COM...

FREE 1-YEAR MEMBERSHIP (WORTH RM105.00)...

Caranya Mudah Sahaja, Gunakan Kod Diskaun Farah iaitu:

FARAHclub

Bila dah masukkan kod discount, anda akan melihat paparan skrin seperti di bawah ini... 


Selepas itu tanpa sebarang yuran keahlian, anda sudah boleh mula menikmati pembelian barangan dapur atas talian dengan harga borong yang hebat dan murah!!! Musim-musim jerebu ni perlu kurang-kurangkan aktiviti luar dan adalah lebih baik jika kita beralih cara hidup kepada keadaan yang lebih bijak dan juga "stay inside" untuk menjaga kesihatan. Salah satu dari caranya adalah dengan membeli melalui GLOWBASKET. Betul kan??? Mudah, menjimatkan perbelanjaan, menjimatkan masa dan barangan adalah yang berkualiti tinggi sahaja!!!  Buat masa sekarang kawasan penghantaran adalah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dahulu.

Dah tu dok termenung depan entri Farah ni dah kenapa? Cepat-cepat pergi "redeem" keahlian percuma bernilai RM105.00 selama setahun yang Farah belanja tu... Tak rugi apa-apa pun ok? Malah menguntungkan anda semua lagi adalah...Bukannya selalu Farah nak belanja secara terbuka begini...Hari ni...Farah "OPEN TABLE" untuk semua... ;-)

Untuk Maklumat Lanjut:




Gaissss jangan cakap akak tak payung ok? Akak dah payunglah ni...besar punya!!! Tiada had lagi akak payung ni... Jadi rebut peluang keemasan akak memayung ni ha... Daftar dan dapatkan keahlian percuma selama setahun ok? Jangan lupa sekali lagi, gunakan kod yang kakak dah kongsi di atas... Daaaaa....;-) 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah menarik nie Farah..tq ye...

    ReplyDelete
  2. Senangnya sekarang nie..segalanya dihujung jari

    ReplyDelete
  3. Mudahnyaa kak farah.. lepas ni nk suh mak blnja kat glow ni jee

    ReplyDelete
  4. fuhhh glow basket ni terbaiklah...mudah kerja rumah pas ni...farah belanja ye mekasih mmmuah

    ReplyDelete
  5. menarik..
    tak perlu ke supermarket lagi utk beli brg dapur, hanya di hujung jari..

    ReplyDelete
  6. Ini memang betul betul berbelanja dihujung jari..jimat..pantas..

    ReplyDelete
  7. Wah.. Menarik betui. Mudah je nih..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !