Tiada Cuti Untuk 26 November 2015...

Farah Waheda Wahid
4

26 November 2015 jatuh pada hari apa yer? Jap semak kalendar sebentar yer? Owhhh hari Khamis lahhh... Hu hu hu... Tak dapat nak cuti tahun ni pada tarikh bermakna itu seperti tahun lepas... Sedih sekejap sambil air mata ini bergenang-genang... Kenapa? Ada apa? Kerana pada tarikh itulah Iman Firash akan secara rasminya berusia 2 tahun tepat pada jam 11.35 pagi. 

Tahun 2013, memang Farah mohon cuti selama sehari semata-mata untuk meraikan serta meluangkan masa hanya untuk Ash. Sememangnya hajat di hati nak jadikan satu acara tahunan pada setiap tahun untuk mengambil cuti khas sempena hari lahir Ash. Hari itu, tarikh itu adalah hanya untuk dia! Kalau 2 anak pun, 2-2 tarikh lahir Farah akan mohon cuti.. Kalau 3 pun 3-3 tarikh lahir Farah akan mohon cuti. Itu kalaulah... 

Memang bukan kebiasaan dan memang bukan budaya semua orang begitu. Tetapi Farah... Farah adalah begitu dan bagi Farah itu adalah satu tarikh yang paling istimewa! Sebenarnya mengomel ni sebab rasa agak terkilan kerana tidak dapat bercuti untuk Ash pada hari lahirnya pada tahun 2015 ini disebabkan keadaan serta situasi kerja yang tidak mengizinkan. Bukan bermaksud cuti dah habis yer? Cuti "I is" berlambak-lambak lagi sebenarnya... Hu hu hu... Tapiiii... Waktu-waktu begini, tuntutan dan tanggungjawab kerja tidak mengizinkan dan tak berapa nak "appropriate" pula pada masa-masa sebegini nak cuti. Kan Farah dah bayangkan sebelum ini... November, Disember dan Januari Farah bakal padat dengan pelbagai perkara? Kalau terlepas pandang bolehlah rujuk entri November, Disember dan Januari...

Tak ada siapa pun kata wajib cuti oiii... Dan tak ada siapa yang larang kalau nak bercuti pun... Ini sendiri diri sendiri... Sebab kalau cuti juga... He he he... Macam tak cantik jer? Periuk nasi perlu dijaga juga... Untuk siapa? Untuk anak juga... Memanglah hak sendiri nak cuti ke tak cuti kannn? Tapi tak boleh! Atas alasan dan sebab musabab munasabah yang kuat. Hurmmm... Sedih tauuu... Walhal itu adalah hari yang sangat penting bagi Farah dan Ash... Huwaaaa.... (Dengan harapan "boss" baca dan memahami isi hati ini... Ha ha ha... Itupun kalau dia faham Bahasa Melayu... Masalahnya tak... Ekekekeke... Ok gurau-gurau...)

Untuk memujuk hati... Tak apaaaa... Kita tunggu hari yang bersesuaian dan kita sambut bersama... "Together-gether" dengan hari lahir Mommy sekali yer Ash? Mungkin itu yang lebih baik untuk kita pada tahun 2015 ini. :-). In Shaa Allah, Mommy akan cuba rancangkan sesuatu yang menarik buat Ash supaya Ash gembira serta rasa meriah menyambut hari lahir yang kedua tahun ini. In Shaa Allah, Amin... Semoga diizinkan oleh Allah SWT... Yang penting, Mommy tak sabar nak potong kek dengan Ash lagi... ;-)... 

Tapi, Mommy mohon maaf tahun ni Mommy tak dapat nak cuti pada 26 November... Tahun 2016, Mommy akan pastikan Mommy cuti yer? 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak pe... Jam 12 malam tu sambut siap-siap... Hehe...
    Alhamdulillah... Birthday si kakak jatuh pada cuti umum Malaysia jadi, takde alasan tak celebrate.. Hehe

    ReplyDelete
  2. tak pe farah. tak dapat cuti,cubalah balik seawal mungkin.boleh bw ash keluar dinner

    jemput ziarah blog saya kalau ade kelapangan
    http://www.cikguzamrud.com/2015/10/salam-ziarah-daripada-cikgu-zamrud-part.html

    ReplyDelete
  3. Tak pe nanti Mommy habis work boleh celebrate tiup2 lilin dekat rumah. Hehehe :D

    ReplyDelete
  4. selagi bernafas..selagi itu peluang masih ada..in sya Allah..mungkin Ash umur 2 tahun mummy tak dapat cuti merai ulangtahun kelahiran Ash..tapi Allah gantikan dengan nikmat yang lain..amin..yang penting Ash sentiasa sihat..membesar menjadi anak yang soleh..dan mummy lunaskan tugas sebaiknya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !